Tips makan secara sihat di hari raya

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Bakal disambut pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalender Hijrah.

Ianya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Hari raya Aidilfitri seringkali disambut selama sebulan berserta rumah terbuka.

Amalan ziarah – menziarahi sudah menjadi tradisi sejak zaman – berzaman. Walaupun Covid melanda sejak tahun lepas (tahun 2020), aktiviti ziarah-menziarahi tetap diteruskan.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan semasa puasa tetapi, ramai juga yang berjaya menaikkan semula berat badan apabila menjelang Syawal.

Hal ini kerana, pengambilan makanan yang tidak terkawal ketika beraya menyebabkan penambahan berat badan secara mendadak.

Tambahan pula, banyak rumah terbuka sepanjang Syawal yang menyajikan pelbagai juadah yang sedap dan menyelerakan.

Kalori disarankan mengikut Recommended Nutrient Intake (2020):

  • Lelaki dewasa : 2200kcal/hari
  • Wanita dewasa : 1900kcal/hari

Untuk kekal sihat, kita haruslah makan secara sihat. Pemilihan makanan semasa raya haruslah bijak.

Tips makan secara sihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia:

1. Makan dalam kuantiti yang kecil

  • Dapat mengawal jumlah kalori yang diambil
  • Dapat mengelakkan peningkatan berat badan
  • Menurut kajian, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap dapat memberi rasa kenyang dengan cepat dan tahan lama.

2. Pilih makanan rendah kalori

Bihun sup adalah contoh makanan rendah kalori
  • Contoh makanan rendah kalori ialah buah-buahan, makanan kurang minyak, lemak dan santan serta kurang bergula
  • Jika makanan berminyak, elakkan dari mengambil lapisan minyak tersebut.
  • Sebagai tuan rumah, disarankan untuk menyediakan makanan yang rendah kalori.
  • Tuan rumah juga disarankan menyediakan biskut dengan kandungan gula kurang dari biasa.

3. Makan makanan tinggi serat

  • Serat dapat memberi rasa kenyang dengan lebih cepat disamping baik untuk pencernaan.
  • Contoh makanan yang boleh diambil ialah buah-buahan.
  • Selain itu, pilih biskut raya yang menggunakan bahan tinggi serat seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.

4. Snek dengan makanan sihat

  • Buah-buahan sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut
  • Buah boleh membantu melancarkan pencernaan.
  • Snek dengan makanan sihat dapat menjimatkan kalori harian disamping dapat banyak nutrient-nutrient baik untuk badan

5. Minum air kosong berbanding air manis atau berkarbonat

  • Air manis mempunyai kalori. Maka, ia akan meningkatkan berat badan.
  • Untuk kekal sihat, air manis atau berkarbonat perlu dielakkan. Ini dapat mencegah daripada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, dan darah tinggi.
  • Tuan rumah disarankan untuk menyediakan air kosong sebagai alternatif minuman kepada tetamu.

Kesimpulannya, hari raya bukan alasan untuk kita tidak menjaga pemakanan. Pilihlah makanan sihat untuk kesihatan yang optimum.

Rujukan:

  1. Buku panduan makan secara sihat di Hari Raya oleh KKM, 2012
  2. Small, Frequent Meals
  3. Buku panduan pemakanan Malaysia, 2010
  4. Recommended Nutrient Intake (RNI), 2020

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here