5 Khasiat Tebu Hitam Pada Kesihatan Yang Wajib Tahu

Tebu hitam dikenali dengan nama saintifik Sacharum Sinense. Terdapat pelbagai spesis tebu di pasaran. Ia boleh dibezakan dengan ciri-ciri fizikalnya iaitu warna daun, saiz batang, dan warna batang tebu.

Tebu tumbuh subur dalam cuaca panas dan lembap iaitu beriklim tropika dan separa tropika. Ia mengambil masa hampir setahun untuk mencapai tempoh matang. Mudah ditanam menggunakan keratan batang, dan akan menghasilkan pucuk baru setiap kali selepas tuaian.

Cara terbaik dalam penanaman tebu hitam ialah memilih tebu yang baru dipotong serta cabang yang mempunyai tunas yang tidak rosak di pertemuan cabang. Tanaman ini boleh digunakan untuk tempoh 2 ke 4 tahun setelah beberapa kali tuaian. 

Batang tebu menyimpan sukrosa yang digunakan untuk menghasilkan gula. Sifat tebu yang manis, berjus, dan mudah dimakan menjadikannya salah satu pilihan pemanis dalam minuman dan makanan. 

Tebu hitam lebih banyak digunakan dalam perubatan tradisional dan moden untuk mengurangkan risiko dan mengelakkan penyakit. Ia bertindak sebagai antiseptik, laxative dan diuretik.

Gula tebu hitam

Gula tebu hitam diproses menggunakan kaedah teknologi nano. Ia mengandungi 99% ekstrak pati tebu yang menjadikan kemanisannya hampir sama dengan gula putih biasa. Ia tidak mengubah rasa manis gula.

Melalui proses teknologi nano, gula ini mengandungi rasa manis 5 kali ganda berbanding gula putih biasa. Maka, penggunaannya lebih sedikit berbanding gula tersebut. Di samping itu, gula dengan proses ini lebih rendah kalori dan karbohidrat. Ia membantu mengawal gula dalam darah terutamanya dalam kalangan pesakit kencing manis.

Dengan teknologi nano ini, kandungan kimia, kolesterol, kalori dan karbohidrat yang memudaratkan kesihatan telah diasingkan. Oleh itu, ia lebih selamat untuk digunakan.

Pokok ubat tebu hitam

Pokok ubat tebu hitam sering digunakan dalam perubatan tradisional dan moden. Mempunyai batang bersaiz kecil dan berwarna merah kehitaman (merah maroon).

Sementara itu, tebu jenis ini mempunyai katam batang berwarna hitam keputihan serta akan meninggalkan kesan berwarna ungu pada tangan apabila dikikis batangnya. Rasanya kurang manis dan mempunyai kandungan air yang banyak berbanding tebu jenis lain.

Khasiat tebu hitam pada kesihatan:

1. Tebu hitam mengawal gula dalam darah (diabetes)

Tebu ini mengandungi pemanis semulajadi yang menjadikannya lebih baik berbanding gula biasa.     

Gula tebu hitam mempunyai kalori dan karbohidrat yang lebih rendah berbanding gula putih. Oleh itu, apabila kalori dan karbohidrat dikawal, paras gula dalam darah juga dapat dikawal. Pada masa yang sama, ia membantu mencegah berat badan berlebihan atau obesiti yang juga menjadi faktor menghidapi kencing manis.                   

Di samping itu, satu kajian daripada tabung uji membuktikan ekstrak tebu mengandungi polyphenol iaitu sejenis antioksidan yang akan membantu organ pankreas menghasilkan insulin dengan lebih banyak. Maka, paras gula dalam darah boleh dikawal.

2. Tebu hitam mencegah strok

Pengambilan minuman tebu hitam secara teratur boleh menjaga metabolisma tubuh. Ini akan melindungi badan daripada mudah kena serangan strok.

Selain itu, gula tebu hitam dengan teknologi nano mempunyai indeks glisemik (GI) 80% lebih rendah berbanding gula biasa. Makanan atau minuman dengan GI rendah membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah disamping menstabilkan bacaan tekanan darah. Ini mencegah daripada berlakunya serangan jantung dan strok.

3. Tebu hitam melawan kanser

Tebu kaya dengan antioksidan. Antioksidan bertanggungjawab melindungi diri daripada kerosakan sel yang disebabkan radikal bebas yang tidak efektif dalam badan. Radikal bebas ini penting untuk badan tetapi kuantiti yang berlebihan akan menyebabkannya menyerang sel-sel dalam badan.

Radikal bebas yang rosak boleh menyebabkan kanser. Dengan adanya antioksidan, ia akan melindungi diri daripada kanser. Indeks glisemik yang rendah juga membantu mengelak penyakit kronik seperti kanser.

4. Tebu hitam mengurangkan tekanan

Tebu hitam kaya dengan amino asid. Amino asid membantu dalam mengimbangi tahap kortisol yang dirangsang oleh tekanan. Ini boleh berlaku pada individu sihat dan mereka yang mempunyai masalah kegelisahan (anxiety). 

Kegelisahan atau anxiety adalah suatu keadaan apabila badan memberi tindak balas semulajadi kepada tekanan. Tekanan ini boleh disebabkan ketakutan, trauma dan sebagainya. 

Selain itu, kandungan amino asid dalam tebu juga dapat memberi tidur yang berkualiti dan lebih nyenyak. Dengan ini, fikiran akan menjadi lebih tenang dan bebas tekanan. 

5. Tebu hitam melindungi daripada jangkitan

Tebu ini mempunyai sifat anti-radang dan anti-septik. Anti-septik berkesan memperlahan atau menghentikan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Gula tebu hitam merupakan ubat semulajadi melegakan batuk.

Konklusi

Kandungan gula tebu hitam lebih baik berbanding gula putih biasa. Hal ini kerana ia mengandungi nutrisi-nutrisi penting yang mampu memberi khasiat kepada kesihatan. Gula ini dapat mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh hadir dengan pengambilan lebihan gula putih.

Justeru itu, gula tebu hitam sesuai menjadi alternatif kepada gula putih.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here