Herba Terbaik! 5 Manfaat Halia Bara Untuk Kesihatan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis halia. Contohnya, halia kuning (halia biasa), halia putih dan halia bara. Secara saintifiknya, dikenali sebagai Alpinia Purpurata. Merupakan tumbuhan herba dari kumpulan Zingiberaceae. Juga dikenali sebagai halia udang dan halia merah. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian 50 – 100cm tinggi. Mula ditanam di Asia (Indonesia, Malaysia) dan kini sudah mula ditanam di negara barat dan tropika seperti Afrika dan India. Tanaman ini memerlukan air yang mencukupi untuk tumbesaran.

Halia bara mempunyai rizom (batang bawah tanah) berwarna merah dan coklat kemerahan, bentuk yang sama seperti halia kuning. Isi halia ini berwarna kuning, mempunyai rasa yang lebih pedas dan bau yang lebih kuat berbanding halia kuning dan putih.

Selain itu, halia ini mengandungi nutrisi yang tinggi iaitu karbohidrat (50-70%), lipid  (3-8%), terpenes (zingiberene, 𝛽-bisabolene, 𝛼- farnesene, 𝛽-sesquiphellandrene, and 𝛼- curcumene) dan kompound fenolik (gingerol, paradols, and shogaol).

Berbanding halia biasa, halia bara telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan sebagai rempah ratus dalam masakan. Batangnya digunakan untuk merawat sakit perut, rizom (batang bawah tanah) untuk merawat sakit kepala dan daun digunakan sebagai pewarna dalam masakan iaitu pewarna kuning.

Kompound fenolik dari halia ini mempunyai khasiat yang baik untuk badan. Ia dapat merawat dan mengurangkan pelbagai jenis penyakit.

Manfaat halia bara

1. Merawat anti-radang

Halia bara boleh mengurangkan radang akut dan kronik. Radang akut berlaku secara tiba-tiba dan teruk tetapi radang kronik adalah radang yang berlanjutan untuk tempoh masa 3 bulan atau lebih.

Gastrik adalah penyakit radang yang berlaku pada dinding perut. Asid dalam perut akan mengikis lapisan dinding perut disebabkan mukosa pada dinding tersebut sudah menipis. Halia bara dapat membantu mengurangkan masalah radang ini dan melegakan ketidakselesaan perut.

Halia ini juga terbuktik dapat mengurangkan sakit otot dan sakit sendi yang berlaku disebabkan radang.

2. Antioksidan yang bagus

Kompound atau bahan yang terdapat dalam halia ini iaitu gingerol mempunyai antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini penting untuk melawan radikal bebas yang cuba merosakkan sel-sel dalam badan sehingga terjadinya penyakit-penyakit.

Ia dapat menghalang sel kanser daripada menjadi aktif yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis kanser. Dengan sifatnya yang antioksidan, penyakit seperti kanser dapat dicegah.

Selain itu, antioksidan bagus untuk kulit. Ia boleh melindungi kolagen daripada kerosakkan, meningkat keanjalan kulit dan menggalakkan kulit muda. Dengan ini, keremajaan kulit dapat dikekalkan.

3. Melawan jangkitan bakteria, kulat dan virus

Kompound gingerol dan phenolic dalam halia akan menghalang pertumbuhan bakteria Helicobacter Pylori di saluran penghadaman dan mengelakkan penyakit berkaitan sistem penghadaman.

Halia bara mempunyai kompound zingeron dan shogaol. Ia bertindak melawan jangkitan bakteria dan kulat. Pengambilan halia bara secara konsisten dapat membantu badan meningkatkan imunisasi.

4. Mengawal kencing manis

Halia bara juga berupaya mengawal paras glukosa dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis.

Satu kajian telah dilakukan keatas pesakit kencing manis menunjukkan halia bara mampu meningkatkan pengeluaran hormon insulin dan mengurangkan paras glukosa semasa puasa. Ia juga boleh mengurangkan serum kolesterol, serum triglyceride dan darah tinggi dalam pesakit kencing manis. Oleh itu, komplikasi kencing manis seperti penyakit jantung dan darah tinggi dapat dielakkan dan dikawal.

5. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi

Halia bara boleh mengurangkan pembentukkan darah beku dalam saluran darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan stroke. Hal ini kerana darah beku tersebut boleh menghalang oksigen untuk sampai ke organ-organ dalam badan. Kajian dari Australia membuktikan halia bara mempunyai bahan anti-coagulant (anti-pembekuan darah) yang sangat berkesan berbanding aspirin. Ia juga boleh mengurangkan paras kolesterol dan meningkatkan tahap kesihatan jantung.

Komponen yang terdapat dalam halia bara iaitu ginkgo dan bilberry membantu menghentikan pendarahan apabila terjadi luka. Kaum cina mempercayai halia bara boleh meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Halia ini berupaya mengawal tekanan darah dengan mengurangkan tahap tekanan pada jantung. 1 sudu kecil halia bersama air panas dipercayai berkesan menurunkan bacaan darah tinggi.

Konklusi

Halia bara mempunyai manfaat perubatan yang tinggi berbanding halia kuning dan putih dan digunakan secara meluas dalam bidang pharmaseutikal dan indutri makanan. Walaubagaimanapun, halia bara juga mempunyai kesan negatif jika digunakan secara berlebihan. Jadi, ambillah secara bersederhana.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here