5 Makanan Untuk Pesakit Gout. No.4 Semakin Menjadi Pilihan Warga Malaysia

Gout adalah sejenis penyakit artritis iaitu penyakit keradangan berkaitan sendi. Pengumpulan asid urik akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, lembut dan memberi rasa sakit yang kronik. Masalah ini dipanggil gout.

Purin adalah sejenis bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan. Apabila ia dicerna, ia akan menghasilkan asid urik dalam badan. 

Secara normal, badan akan memproses dan membuang asid urik dengan efektif. Namun begitu, beberapa keadaan boleh terjadi dalam dalam keadaan yang tidak normal. Keadaan tersebut ialah asid urik akan bergumpul pada sendi atau buah pinggang tidak dapat membuang asid urik dengan baik dan cukup. Hal ini akan menghasilkan asid urik berlebihan dalam darah. 

Makanan mencegah gout:

Penjagaan pemakanan atau diet membantu mengurangkan simptom-simptom gout. Walaupun diet tidak mampu menyembuhkan penyakit ini, tetapi ia akan melambatkan kerosakkan sendi dan mengurangkan risiko serangan gout seterusnya.

Makanan yang disarankan untuk pesakit ini ialah makanan rendah purin. Ia diklasifikasikan sebagai makanan yang mengandungi purin kurang daripada 50mg untuk setiap 100g makanan.

1. Buah-buahan

Buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral-mineral penting untuk badan. Pesakit gout perlu memakan buah-buahan kerana selain penting untuk penghadaman, nutrisi daripada buah boleh menghalang serangan gout dengan menurunkan paras asid urik dalam darah dan mengurangkan keradangan. 

Antara buah yang mengandungi purin yang rendah adalah pisang, epal, pear, nenas, dan avocado. Di samping itu, buah-buahan vitamin C seperti jambu batu, oren, betik dan ceri juga terbukti boleh menurunkan asid urik dalam darah dan melindungi daripada serangan gout.

Buah juga mengandungi fruktosa. Ia adalah gula yang dikenali sebagai monosaccharides. Ia juga dipanggil “gula buah” kerana akan ditemui kebanyakannya dalam buah. Ada juga makanan lain yang mempunyai fruktosa seperti madu, tebu dan sayur-sayuran. 

Satu kajian telah dilakukan untuk mengetahui perkaitan makanan tinggi fruktosa dan gout. Ia melibatkan buah seperti kurma, epal, pic, plum, anggur, prun dan pear. Ia membuktikan buah ini boleh dimakan oleh pesakit gout tetapi dalam kadar sederhana. Pesakit perlu menghadkan kepada 1 ke 2 cawan buah sehari. 

Soda atau minuman ringan dan jus yang dipermanis dengan sirap jagung fruktosa juga mengandungi fruktosa. Maka, ia harus dielakkan. Air kosong atau jus buah sebenar ada lebih baik daripada minuman ini. Kopi juga boleh menggantikan minuman ringan ini. 

2. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran adalah makanan yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk badan. Contoh sayur tinggi purin adalah asparagus, bayam, bunga kobis, kacang peas dan cendawan. Sayur-sayuran ini perlu dielakkan dan digantikan dengan kentang, cendawan, terung dan sayur berdaun hijau.

3. Kekacang

Kekacang antara makanan rendah purin. Pengambilan kekacang dengan sederhana tidak akan meningkatkan risiko gout. Hal ini kerana makanan tinggi purine diklasifikasikan melebihi 50mg untuk setiap hidangan. 1 hidangan kekacang bersamaan 35g. 

  • 35g kacang tanah mengandungi 22mg purin
  • 35g kacang badam (almond) bersamaan 10mg purin
  • 35g walnut bersamaan 7mg purin

Kajian diterbitkan oleh Nutrition Journal pada 2015 membuktikan pengambilan kacang badam dalam pemakanan harian dapat menurunkan asid urik. Kekacang mempunyai kalori yang tinggi. Makan berlebihan akan menaikkan berat badan. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko gout

Selain mempunyai purin, kacang badam juga kaya dengan manganese, magnesium, dan vitamin E. Kulitnya mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang memusnahkan dan merosakkan sel manusia.

4. Bijirin Penuh (Wholegrain)

Makanan wholegrain mengandungi purin yang rendah. Contohnya adalah oat, nasi beras perang, barli, quinoa, pasta wholegrain dan roti wholegrain.

Makanan ini mengandungi serat yang tinggi. Ia dapat memberi rasa kenyang dengan cepat, mengawal pengambilan makanan seterusnya mengawal berat badan. Berat yang ideal dan sihat penting untuk mengelakkan simptom dan serangan gout. Oleh itu, wholegrain bagus untuk kesihatan gout. Namun begitu, pengambilan makanan ini juga harus dikawal untuk menjaga berat badan ideal.

5. Produk tenusu

Produk tenusu antara makanan terbaik yang boleh mengurangkan risiko gout. Pemilihan produk yang tepat amat penting. 

Kajian membuktikan peningkatan pengambilan produk tenusu rendah lemak mengurangkan risiko mendapat gout. Produk rendah lemak hanya mempunyai kandungan purin yang rendah. Oleh itu, ia sesuai untuk pesakit gout tetapi perlu diambil dalam kadar sederhana. Contoh produk tenusu adalah susu, keju, ice cream dan yogurt.

Konklusi

Gout adalah penyakit berkaitan makanan tinggi purin. Pemilihan makanan yang betul penting untuk mengelakkan serangan gout. Makanan rendah purin akan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

Banyakkan air kosong juga penting untuk membuang asid urik yang berlebihan daripada badan. Di samping itu, gaya hidup yang aktif akan mengekalkan kesihatan badan. Oleh itu, amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mengelakkan penyakit gout.

Rujukan:

  1. Best Diet for Gout: What to Eat, What to Avoid
  2. Gout Diet: Top Carbohydrates, Dairy, Fruits, and Vegetables to Eat
  3. What Not to Eat When You Have Gout
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here