Tidak boleh minum kopi pada bulan Ramadan?

“Betul ka saya tak boleh minum kopi semasa puasa?”

Kopi mempunyai kafein. Kafein diketahui akan menajamkan tahap tumpuan serta meningkatkan prestasi mental dan fizikal.

Penggemar kopi selalunya akan mengambil kopi setiap pagi sebagai “booster” untuk memulakan hari baru.

“Booster” untuk memulakan hari baru

Selain kopi, teh juga mempunyai kafein tetapi dalam kuantiti yang sedikit berbanding kopi. Kafein yang terdapat dalam kopi memberi rasa dan aroma yang sangat unik dan menenangkan.

Selain memberi kesan positif kepada organ seperti otak, kopi akan memberi kesan diuretik kepada buah pinggang apabila diambil pada kadar yang tinggi. Dengan ini, seseorang akan membuang air dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa.

Jadi, minuman berkafein akan merangsang kehilangan air melalui perkumuhan (kencing, pernafasan dan peluh). Oleh itu, anda akan mengalami kekeringan badan dan dahaga.

Badan akan kehilangan cecair dengan banyak apabila bekalan air tidak mencukupi. Sebagai contoh pada bulan Ramadan, minuman berkafein perlu dikurangkan pada waktu sahur kerana boleh menyebabkan proses dehidrasi (kehilangan air) berlaku pada siang hari.

Kajian menunjukkan minum kopi pada kadar yang sederhana (4 cawan atau kurang) tidak akan membuatkan anda dehidrasi

Tips minum kopi

  1. Minum pada waktu malam
    • Jangan minum kopi semasa berbuka kerana akan menyebabkan rembesan jus asid gastrik dalam perut disebabkan perut kosong.
    • Kopi boleh diminum pada waktu malam seeloknya 2 jam selepas berbuka.
    • Minuman berkafein ini tak digalakkan untuk diambil pada waktu sahur.
  2. Banyakkan minum air kosong
    • Air kosong penting untuk mengembalikan air dalam badan setelah seharian berpuasa
    • Menurut Buku Panduan Pemakanan Malaysia (2010), rakyat Malaysia disarankan untuk minum 8 gelas air kosong sehari.
  3. Kurangkan pengambilan gula dalam kopi
    • Gula akan memberi kalori tambahan
    • Penambahan gula dalam minuman kopi akan menyebabkan keperluan air kosong meningkat kerana kadar dehidrasi akan meningkat

Kesimpulannya, kopi boleh diminum pada bulan puasa. Tetapi disaran untuk mengelakkan minum pada waktu sahur dan sebaik berbuka. Banyakkan minum air kosong apabila berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Rujukan:

  1. Buku Panduan Pemakanan Malaysia (2010)
  2. http://www.emro.who.int/nutrition/healthy-eating/index.html
  3. https://www.rmit.edu.au/students/support-and-facilities/student-support/health/healthy-body-healthy-mind/healthy-fasting-during-ramadan#:~:text=Avoid%20foods%20high%20in%20fat,nutritious%20burst%20of%20natural%20sugar
  4. https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/seasons/ramadan.html

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here