Susu Baru Pam Dah Basi! Ketahui Cara Kekalkan Kesegaran Susu Ibu

Pernahkah terfikir, cara penyimpanan susu ibu anda selama ini tidak betul? Susu yang diperah cepat basi? Cara penyimpanan yang salah akan menyebabkan susu ibu mudah untuk tercemar dengan bakteria dan rosak.

Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk membesar dengan sihat. Malah, susu ini merupakan perlindungan pertama untuk para bayi.

Susu ibu adalah vaksin semula jadi untuk bayi. Ia dipanggil imuniti pasif. Kajian membuktikan bayi yang menyusu dengan susu ibu mempunyai tindak balas antibodi yang lebih kuat berbanding bayi dengan vaksin tambahan yang perlu diambil bayi. 

Susu ini perlu disimpan dalam suhu dan bekas yang betul untuk memastikan ketahanan susu tersebut.

Nutrisi susu ibu yang disimpan:

Susu ibu segar kaya dengan antioksidan. Tetapi, susu yang disimpan dan disejuk beku akan kehilangan sedikit nutrien dan antioksidan. Tetapi masih lebih daripada susu formula. Vitamin C antara nutrien yang akan hilang disebabkan proses sejuk beku.

Kajian daripada Hospital Kanak-Kanak Schneider, Amerika menyatakan susu ibu yang disejuk beku selamat daripada pembiakan bakteria. Tetapi, susu ini akan kehilangan nutrien seperti komponen imun, protein dan enzim.

Jenis-jenis penyimpanan susu ibu:

1. Suhu bilik

Susu ibu boleh berada di suhu bilik dengan suhu 77’F atau 25’C. Ia boleh bertahan sehingga 4 jam. Susu ini perlu ditutup dalam berkas yang bersih dan disimpan sedingin mungkin. Menutup bekas dengan tuala sejuk yang bersih boleh membantu mengekalkan kesejukkan susu tersebut. Sisa susu yang sudah diminum perlu dibuang dalam masa 2 jam setelah bayi selesai menyusu.

2. “Chiller”

Suhu yang terbaik untuk chiller adalah 40’F atau 4’C. Susu yang disimpan di dalam suhu chiller boleh disimpan sehingga 4 hari. Ia perlu disimpan dibahagian belakang peti sejuk dan dilabel. Susu ini perlu disusun dengan susu perahan awal perlu dikeluarkan terlebih dahulu.

3. “Freezer”

Suhu “freezer” ialah 0’F atau -17’C. Susu yang di sejuk beku boleh disimpan untuk tempoh 6 bulan. Ia juga boleh bertahan sehingga 12 bulan. Susu perlu disimpan dibahagian belakang di tempat suhu yang lebih stabil. Susu yang disimpan di suhu -17’C lebih tahan lama. Hal ini kerana suhu ini akan menyahaktif bakteria dan virus.

Tips penyimpanan susu ibu:

  • Susu ibu perlu dilabel dengan tarikh ia diperah. 
  • Susu ini tidak boleh disimpan di bahagian tepi pintu peti sejuk atau peti sejuk beku. Ini adalah untuk melindungi susu ibu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu. 
  • Susu yang tidak akan digunakan dalam tempoh 4 hari perlu terus disejuk beku. Ini adalah untuk menjaga kualiti susu tersebut.
  • Gunakan plastik atau botol yang kering dan bersih untuk mengelakkan pencemaran atau kerosakkan susu.
  • Apabila susu disejuk beku:
    • Simpan susu dalam kuantiti yang kecil dalam setiap bekas simpanan susu untuk mengelakkan pembaziran. Simpan dalam 2 ke 4 ounce untuk sekali minum. 
    • Simpan ruang 1 inci untuk di bahagian atas plastik simpanan susu kerana susu ibu yang disejuk beku akan mengembang.
    • Susu ibu boleh disimpan dalam bekas tahan sejuk dengan pek ais beku sehingga 24 jam semasa dalam perjalanan. 

Tips cairkan perahan susu ibu:

Susu ibu yang disejuk beku perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi. Ia boleh diletakkan di bahagian peti sejuk (“chiller“) malam sebelum digunakan. Ia juga boleh dicairkan dengan merendam perahan susu beku dalam air suam atau melalukan botol tersebut di bawah air suam.

Jangan mencairkan perahan susu ibu dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro (“microwave”). Hal ini kerana suhu susu tersebut akan menjadi tidak sekata. Kajian juga membuktikan pemanasan secara pantas akan memberi kesan kepada antibodi yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu yang terlebih dipanaskan akan kehilangan nutrien-nutrien penting seperti komponen imun yang diperlukan untuk melindungi bayi daripada jangkitan bakteria dan virus. Komponen bioaktif protein juga akan menjadi tidak aktif dan lemak akan berkurangan apabila susu ibu dipanaskan dengan suhu yang berlebihan.

Konklusi:

Susu ibu perlu diurus dalam keadaan yang bersih, dan baik. Bekas simpanan haruslah kering dan bebas kotoran supaya susu tersebut tidak mudah tercemar dan rosak.

Rujukan:

  1. Stored Breast Milk Loses a Bit of Pizzazz
  2. Proper Storage and Preparation of Breast Milk
  3. 6 Kesilapan Cara Simpanan Susu Ibu Yang WAJIB Dielak Atau Buruk Padahnya!
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here