Lebih Baik Makan Minyak Zaitun Daripada Santan… Rupa-Rupanya Ada Rahsia Tersembunyi

Makanan berlemak merupakan kegemaran orang Malaysia.

Ianya berasaskan santan, minyak dan makanan diproses serta tinggi kalori.

Contoh makanan tinggi lemak ialah kek, pizza, nasi lemak, masak lemak dan kari.

Ramai mengatakan makanan berlemak ini tidak sihat dan kurang baik untuk dimakan.

Menurut John (2019), boleh, kalau ingin makan makanan berlemak. Tetapi,

  • Makan jenis lemak yang betul
  • Hadkan jumlah kalori harian
  • Ambil dalam kuantiti yang betul

Lemak penting untuk proses dalam badan kita terutamanya untuk mencipta sel – sel baru untuk tubuh berfungsi secara normal (Hakim et al, 2018).

Pada bulan puasa, makanan berlemak kurang digalakkan.

Kenapa makanan berlemak perlu dielak?

Makanan utama kita dikategorikan kepada 3 iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Di antara 3 ini, lemak merupakan makanan yang paling lambat dicerna.

Jadi, apabila kita makan dalam kuantiti yang banyak, makanan tersebut akan duduk dalam perut untuk jangka masa yang lama seterusnya menyebabkan masalah lain pulak.

Selain melambatkan pencernaan, ia juga akan meransang asid refluks dalam perut.

Tips elakkan makanan berlemak

Pertama, elakkan makanan bergoreng

  • Elakkan atau kurangkan makanan bergoreng pada waktu sahur.
  • Ganti dengan masakan lebih sihat seperti masak steam, rebus, singgang, bakar

Kedua, makan lemak sihat

  • Kurangkan penggunaan minyak masak sawit.
  • Tukarkan kepada minyak yang lebih sihat seperti minyak zaitun, minyak mentega dan minyak jagung. Tetapi perlu menggunakan api yang perlahan dan dalam masa singkat. Hal ini untuk mengelakkan minyak ini menjadi lemak tepu (trans fat).
  • Buangkan lemak berlebihan pada daging dan ayam serta kulit ayam.

Ketiga, makan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap

  • Hal ini dapat membantu mengelak diri daripada makan banyak pada waktu makan seterusnya.
  • Dengan ini, kalori harian dapat dikawal.

Keempat, lebihkan serat seperti sayur dan buah untuk rasa kenyang dengan lebih cepat

  • Kajian menunjukkan tambahan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian akan memberi rasa kenyang dengan cepat dan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga harian.
  • Cara masakkan perlu diambil kira walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kalori yang rendah berbanding makanan lain.
  • Makan buah sebiji lebih baik daripada minum jus kerana serat asli daripada buah sudah berkurang ketika diproses.
  • Tambahan kalori juga boleh wujud apabila terdapat penambahan gula dan jus.

Kesimpulannya, makanan berlemak akan memudaratkan jika diambil pada kadar berlebihan. Oleh itu, lebihkan makanan sihat dalam pemakanan harian.

Rujukan:

  1. https://www.livestrong.com/article/427087-why-is-greasy-food-not-healthy-for-you/
  2. HAKIM, B. N. A., YAHYA, H. M., SHAHAR, S., & MANAF, Z. A. 2018. Sains Malaysiana 47(10): 2381–2390

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here