Lebih Baik Daripada Sayur Biasa… Kini Manfaat Buah Mungai Menjadi Kegilaan

Daun kelor atau juga dikenali dengan nama saintifiknya “Moringa Oleifera” adalah sejenis tumbuhan yang dipanggil sebagai “Miracle tree”, pokok drumstick, pokok minyak atau pokok lobak. Warga tempatan lebih mengenalinya sebagai daun atau pokok mungai. 

Tumbuhan tropika ini mudah tumbuh, tinggi, berdaun dan menghasilkan bunga. Ia berasal dari pergunungan Himalaya, bahagian India dan Afrika. 

Setiap bahagian pokok ini mempunyai manfaat tersendiri; daun, biji, bunga, dan buah. Ia mengandungi lebih kurang 90 kompound termasuk isothiocyanates, flavonoids and phenolic acids.

Moringa sudah digunakan sejak berkurun dalam bidang perubatan dan kesihatan manusia termasuk perubatan Ayurveda sejak 4000 tahun lalu. Tumbuhan ini popular dengan kelebihan utamanya melawan radang serta mencegah masalah malnutrisi (kurang zat makanan). 

Kaedah penggunaan popular adalah dengan mengisar daun moringa menjadi serbuk. Daun ini mengandungi banyak antioksidan dan nutrisi. Ia biasanya diambil dalam bentuk minuman teh atau minyak sapuan untuk kulit.

Nutrisi Moringa Oleifera:

Moringa telah menjadi salah satu superfood sejak beberapa tahun lepas kerana penemuan kandungan nutrisinya yang memberi manfaat untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan kompound seperti antioksidan, serat, asid lemak, protein, kalcium, sodium, vitamin C and vitamin A.

Kandungan nutrisi Moringa Oleifera:

#1. Zat besi 25X lebih daripada bayam

  • Penting dalam penghasilan darah merah
  • Melancarkan peredaran oksigen ke seluruh badan

#2. Vitamin C 1X lebih banyak daripada oren

  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Menyembuhkan luka
  • Menghasilkan kolagen

#3. Potassium 15X lebih daripada pisang

  • Membantu fungsi saraf dan otot untuk mengecut
  • Mengawal keseimbangan cecair dalam badan
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal darah tinggi

#4. Protein 4X lebih daripada telur

  • Membaiki dan menghasilkan tisu badan
  • Sumber tenaga untuk menggerak

#5. Kalsium 17x lebih banyak daripada susu

  • Mengekalkan kekuatan tulang
  • Merangsang pengecutan otot
  • Mengaktifkan faktor pembekuan darah (blood-clotting factor)

#6. Vitamin A 10X lebih banyak daripada lobak merah

  • Meningkatkan penglihatan yang baik
  • Membantu jantung, peparu, buah pinggang dan organ untuk berfungsi secara normal

Dengan kandungan vitamin A yang tinggi, daun moringa diberi kepada kanak-kanak di negara dunia ketiga setiap tahun yang menderita masalah kekurangan vitamin A. Keadaan ini dikaitkan dengan gangguan fungsi imun. 

Selain daripada daun, buah dari pokok moringa mempunyai biji yang berfungsi sebagai minyak penyembuh. Minyak dari biji moringa boleh digunakan dalam masakan dan sebagai sapuan pada badan.

Keberkesanan

Keberkesanan herba ini bergantung kepada individu. Setiap individu mempunyai kesan yang berbeza. Tiada dos spesifik kerana ia adalah sejenis herba. Tetapi ada kajian menyatakan dos optimum untuk manusia ialah 29mg untuk setiap kg berat badan.

Untuk mendapat kesan yang terbaik, disarankan untuk mengambil separuh sudu teh serbuk daun moringa secara oral setiap hari selama 3 – 5 hari, kemudian naikkan dos secara perlahan dalam masa 2 minggu.

Cara penggunaan:

1. Daun moringa kering/serbuk moringa

Daun adalah bahagian paling utama dan sering digunakan untuk minuman teh dan perubatan. Ia mengandungi banyak antioksidan dan micronutrients penting untuk badan. Menurut kajian, daun moringa selamat untuk diambil sebanyak 6g setiap hari sehingga 3 minggu.

Daun moringa kering juga boleh dijadikan teh dengan merendam dalam air panas. Walaubagaimanapun, daun ini tidak boleh direbus kerana akan menghilangkan nutrisi-nutrisi penting.

3. Biji moringa- bunga, buah, kacang

Bunga dan buah dari pokok moringa mengandungi kompound fenolik yang tinggi serta asid lemak dan protein. Bahagian ini juga digunakan untuk menambah kandungan protein dalam diet rendah protein. 

Ia biasa ditemui dalam bentuk krim, kapsul dan serbuk. Buah yang tidak matang berwarna hijau, dipanggil “drumsticks” dan diproses sama seperti kacang hijau. Biji dari dalam buah akan dikeluarkan dan dipanggang atau dikeringkan seperti kekacang untuk mengekalkan kesegarannya

Kacang atau buah moringa digunakan dalam masakan tradisional melayu seperti asam pedas dan gulai

4. Minyak moringa

Minyak ini biasanya dipanggil Ben Oil. Disarankan untuk menyimpan di tempat sejuk, gelap jauh dari suhu tinggi dan sumber cahaya matahari. Ia digunakan sebagai minyak sapuan pada permukaan kulit.

Kesan sampingan

  1. Menurunkan bacaan darah tinggi – tidak digalakkan diambil dengan ubat-ubatan lain
  2. Memperlahankan degupan jantung
  3. Mengecutkan otot rahim
  4. Mengganggu kesuburan – tidak sesuai untuk ibu mengandung
  5. Mutasi sel apabila biji dimakan berlebihan

Moringa akan mengganggu keberkesanan antibiotik iaitu rifampin serta mengganggu ubat antiretroviral yang digunakan untuk merawat HIV.  

Konklusi:

Daun, buah dan biji moringa selamat diambil sebagai makanan tambahan. Produk mengandungi daun moringa selamat untuk digunakan untuk tempoh 6 bulan. Manakala, produk dengan biji moringa selamat digunakan untuk tempoh 3 minggu. Akar moringa dan ekstrak akar tidak selamat untuk digunakan secara oral. Hal ini kerana ia mengandungi spirochin iaitu sejenis toksik.

Konklusinya, moringa adalah herba semulajadi yang mengumpulkan pelbagai nutrisi dalam 1 herba.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here