Kurma Merah Bukan Kurma Arab… Tetapi Khasiatnya Luar Biasa

Buah ini juga dikenali sebagai Ziziphus jujuba. Biasa dipanggil jujube atau kurma merah. Ia juga dipanggil kurma cina, berasal daripada Asia Tenggara. 

Buah yang sudah masak akan berwarna merah gelap atau ungu dan akan berkedut. Ia mempunyai rasa yang manis, dan kenyal. Disebabkan itu, ia dikeringkan dan digunakan dalam gula-gula dan pencuci mulut di serata Asia di tempat ia selalu tumbuh. 

Kurma merah adalah sejenis pokok renek yang telah digunakan dalam perubatan herba secara meluas. Ekstrak daripada buah ini boleh didapati dalam bentuk supplement. Buah ini digunakan untuk pelbagai keadaan termasuk sembelit dan tekanan darah tinggi.

Nutrisi Kurma Merah

Buah kurma merah kaya dengan pelbagai nutrisi seperti serat, vitamin C, vitamin B dan asid lemak serta rendah kalori. 

100 gram buah kurma merah mengandungi 79 kalori, 1 gram protein dan 20 gram karbohidrat. Kurma merah sesuai untuk dijadikan snek kerana kaya dengan kandungan serat dan rendah kalori. Serat penting untuk melancarkan pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit atau cirit-birit.

Journal of Agricultural and Food Chemistry in 2013, membuktikan buah ini boleh mengurangkan masalah keradangan, mencegah obesiti, merangsang sistem imuniti, membaiki kesihatan usus, dan merangsang jumlah radikal bebas yang dirosakkan oleh antioksidan. 

Ia juga kaya vitamin c, iaitu vitamin dengan antioksidan dan ciri-ciri perangsang imuniti. Potassium daripada kurma merah diperlukan dalam mengawal pergerakkan otot, dan keseimbangan elektrolite dalam badan. Kurma ini mengandungi karbohidrat berbentuk gula semulajadi yang akan memberi tenaga untuk badan. 

Kurma merah biasanya dikeringkan dan dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Buah yang dikeringkan mengandungi kalori dan gula yang tinggi. Hal ini kerana semasa proses pengeringan, gula akan menjadi pekat serta ditambah gula tambahan untuk memberi ketahanan pada buah tersebut. 

Manfaat Kurma Merah

1. Antioksidan 

Kurma merah kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, polysaccharides, and triterpenic acids. Antioksidan adalah sejenis kompound yang diperlukan untuk mencegah dan menyembuhkan kecederaan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan. 

Antioksidan yang dihasilkan oleh badan akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu, ia perlu ditambah daripada sumber makanan untuk menampung kekurangan tersebut.

Radikal bebas adalah hasil daripada metabolisme dalam badan. Ia terjadi secara semulajadi apabila badan menukarkan makanan yang dimakan menjadi tenaga dan juga semasa bersenam. Radikal bebas ini boleh terhasil disebabkan faktor persekitaran seperti merokok, pencemaran udara dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Kerosakkan disebabkan radikal bebas menjadi penyumbang utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian menggunakan tikus kajian membuktikan aktiviti flavovoid iaitu antioksian membantu mengurangkan tekanan dan keradangan disebabkan radikal bebas yang merosakkan organ hati.

2. Meningkatkan fungsi otak dan membaiki kualiti tidur

Kurma merah telah digunakan secara meluas untuk membaiki kualiti tidur dan fungsi otak. Ia juga adalah ubat alternatif untuk masalah anxiety. Di samping itu, kajian membuktikan kurma merah meningkatkan ingatan, dan membantu melindungi sel otak dari kerosakkan oleh kompound pemusnah saraf. 

Ekstrak biji kurma akan membantu mengurangkan masalah dementia disebabkan Alzheimer’s. Dementia ialah masalah untuk mengingat, berfikir, atau membuat keputusan yang mengganggu aktiviti harian. 

3. Merangsang sistem imuniti

Kurma merah mengandungi serat dengan ciri-ciri antioksidan, menggalakkan pengeluaran sel-sel imun dan meningkatkan kadar di mana sel-sel ini meneutralkan sebatian berbahaya. Sifat kurma merah yang kaya dengan vitamin C meningkatkan ciri-ciri anti-kanser.

4. Membaiki pencernaan

Kurma merah akan membantu pencernaan. 50% daripada buah ini adalah serat. Ia diperlukan untuk mempercepat pergerakan makanan melalui saluran pencernaan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ekstrak kurma merah akan membantu menguatkan dinding perut dan usus, mengurangkan risiko kerosakkan disebabkan ulser, kecederaan, dan bakteria berbahaya yang akan melekat di dinding usus. Kajian membuktikan ekstrak kurma merah menguatkan dinding usus dalam tikus kajian yang ada colitis. Colitis adalah radang pada bahagian usus besar.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here