Kopi Bersama Kunyit Hitam, Pahit… Tetapi Sedap! Khasiatnya Luar Biasa

Kopi adalah minuman yang terkenal diserata dunia. Biji kopi datang daripada pelbagai negara dengan rasa yang unik dan berbeza mengikut tempat ia ditanam dan dihasilkan. Malah, setiap jenis biji kopi mengandungi kadar kafein yang berbeza.

Kopi dianggap menyihatkan dan menyegarkan. Namun demikian, ada juga yang menganggap kopi membawa ketagihan dan berbahaya kepada kesihatan jika diambil dengan kerap. Tapi, tahukah anda sebenarnya pengambilan kopi boleh membawa manfaat 

Kunyit adalah rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan untuk menyedapkan rasa. Kunyit hitam lebih digunakan dalam perubatan tradisional untuk mencegah dan mengurangkan risiko penyakit.

Khasiat Kopi & Kunyit Hitam:

1. Kafein

Kafein adalah perangsang utama dalam kopi. Ia diketahui dapat meningkatkan aktiviti fisiologikal atau saraf dalam badan. Ia adalah bahan semulajadi yang terkandung dalam biji kopi dan teh. 

Kafein inilah yang memberi rasa ketagihan kepada peminum kopi. Ia bertindak mempercepatkan tindak balas sistem saraf utama,  meningkatkan daya tumpuan, dan menghilangkan keletihan. Menurut Food and Drug Association (FDA), 400 milligram iaitu 4 hingga 5 cawan kopi sehari setiap hari tidak memberi kesan yang buruk. Tetapi kesannya berbeza keatas individu. 

Individu dengan kencing manis lebih disarankan untuk mengambil kopi yang tiada kafein (decaffeinated). Ini kerana kopi dengan decaffeinated masih mengandungi komponen lain yang bermanfaat tanpa risiko daripada kafein. 

Tetapi, apa yang lebih penting ialah kopi tersebut perlu dikawal kuantiti gula dan kreamer terutamanya untuk pesakit diabetes. Ini kerana paras gula dalam darah boleh meningkat dengan pengambilan dua bahan ini. 

Oleh itu, kafein yang terdapat dalam kopi sangat bermanfaat meningkatkan tenaga dan daya tumpuan individu.

2. Antioksidan

Antioksidan adalah sejenis kompound yang dihasilkan oleh tubuh badan. Ia juga boleh didapati dalam makanan. Badan manusia akan mengalami kerosakkan berterusan akibat serangan daripada radikal bebas. Ia akan merosakkan molekul-molekul penting dalam badan seperti protein dan DNA. Oleh itu, antioksida diperlukan oleh badan untuk melindungi diri daripada kerosakkan pada sel-sel badan disebabkan radikal bebas. 

Apabila radikal bebas terkumpul ia boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil sebagai tekanan oksidatif. Keadaan ini akan merosakkan DNA dan struktur-struktur sel dalam badan. Keadaan yang kronik boleh menyebabkan komplikasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer’s. 

Oleh itu, dengan mengamalkan minuman atau makanan tinggi antioksidan, ia akan membantu meningkatkan kembali paras antioksidan dalam darah untuk melawan tekanan oksidatif dan mengelakkan kerosakan sel dalam badan. Ini seterusnya mengurangkan risiko penyakit.

Kopi mengandungi kandungan antioksida yang tinggi seperti asid hydrocinnamic dan polyphenols. Asid hydrocinnamic sangat efektif dalam menstabilkan radikal bebas dan menghalang tekanan oksidatif. 

Polyphenol daripada kopi dapat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan kanser. 

Dalam kajian daripada Norway dan Finland, ia membuktikan kopi merupakan antara sumber antioksidan yang paling tinggi. Ia merangkumi 64% daripada jumlah pengambilan antioksidan. 

Kunyit hitam juga mengandungi kompound curcumin yang membantu menstabilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Kajian juga telah membuktikan curcumin boleh menghalang aktiviti radikal bebas dan akan merangsang aktiviti antioksidan. Kedua-dua bahan ini terbukti mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko penyakit. 

3. Mengawal paras gula

Kopi dan kunyit hitam mampu mengawal paras gula dalam darah. Ini kerana kedua-dua bahan ini mengandungi komponen antioksidan yang tinggi. Ia akan melindungi sel dan tisu badan daripada kerosakkan akibat serangan radikal bebas. 

Radikal bebas adalah hasil daripada metabolisme dalam badan. Ia dijadikan secara semulajadi apabila badan menukarkan makanan yang dimakan menjadi tenaga dan juga semasa bersenam. Radikal bebas ini boleh terhasil disebabkan faktor persekitaran seperti merokok, pencemaran udara dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Radikal bebas ini penting untuk badan tetapi kuantiti yang berlebihan akan menyebabkannya menyerang sel-sel dalam badan.

Menurut kajian pada tahun 2014, penyelidik menyatakan individu yang meningkatkan pengambilan kopi dengan sekurang-kurangnya 1 cawan sehari selama 4 tahun mempunyai 11% rendah risiko mendapat diabetes berbanding individu yang tidak mengambil kopi. 

Selain itu, kajian pada tahun 2017 membuktikan individu yang mengambil 4 hingga 6 cawan kopi sehari sama ada kopi berkafein atau kopi tanpa kafein setiap hari menunjukkan penurunan risiko mendapat penyakit berbahaya.

Kandungan magnesium yang terdapat dalam kopi juga membantu mengawal paras gula dalam darah. Banyak kajian telah membuktikan mengambil 250 – 350mg magnesium sehari selama 6 – 24 minggu mampu menurunkan paras gula ketika berpuasa. Untuk melancarkan penyerapan magnesium, ia lebih sesuai untuk mengambilnya bersama makanan. 

Kunyit hitam adalah sumber antioksidan yang hebat. Kandungan antioksidan daripada kunyit hitam membantu melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan. Dengan ini, risiko mendapat penyakit berkurangan.

Konklusi:

Kopi dan kunyit hitam mengandungi khasiat yang luar biasa. Kedua-duanya merupakan antioksidan yang hebat. Ia melindungi diri daripada kerosakan sel dan tisu badan seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit. Namun begitu, pengambilan gula bersama kopi dan kunyit hitam perlu dikawal kerana ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

Rujukan:

  1. Does Coffee Help or Cause Inflammation?
  2. 10 Proven Health Benefits of Turmeric and Curcumin
  3. Health benefits and risks of drinking coffee
  4. How does coffee affect diabetes?
  5. 12 Healthy Foods High in Antioxidants
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here