Keletihan Melampau? Kenali 7 Makanan Wajib Semasa Haid

Haid atau menstruasi adalah pendarahan faraj normal yang berlaku pada wanita sebagai sebahagian kitaran bulanan. Kitaran menstruasi yang normal adalah 28 hari. Maka, pengambilan makanan tinggi nutrisi penting untuk meningkatkan kembali darah dalam badan. 

Menorrhagia ialah haid yang tidak normal dan berpanjangan. Keadaan ini disebabkan hormon estrogen yang dihasilkan tidak mencukupi. Ada dikalangan wanita akan mengalami simptom sehingga keletihan dan penat yang terlampau semasa haid.

Simptom ini berkaitan pendarahan yang banyak atau masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan doktor. Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ada kajian membuktikan kekurangan pengambilan zat besi juga menyumbang kepada pendarahan yang banyak.

Zat besi adalah komponen penting untuk hemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen dari peparu ke tisu-tisu dalam badan. Zat besi juga diperlukan untuk pertumbuhan fizikal, perkembangan neorologi, fungsi sel serta penghasilan hormon. Ia boleh diambil dalam bentuk supplemen atau makanan semulajadi tinggi zat besi.

Masalah pendarahan yang banyak boleh diklasifikasikan seperti :

  • Sekurang-kurangnya 1 tuala wanita perlu ditukar setiap 1 jam
  • Tuala wanita dan tampon digunakan serentak
  • Bangun pada tengah malam untuk menukar tuala wanita
  • Pendarahan melebihi seminggu
  • Ketulan darah besar
  • Aktiviti harian terganggu

Faktor pendarahan banyak:

  • Tekanan
  • Hormon tidak stabil
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Melakukan aktiviti fizikal dengan kadar tinggi

Makanan semasa haid:

Untuk menggantikan darah dan nutrisi yang hilang semasa haid, makanan tinggi zat besi penting untuk pembentukkan semula sel darah merah.

1. Daging merah

Daging merah mengandungi banyak nutrisi untuk badan antaranya zat besi. Ia diperlukan golongan wanita terutamanya setiap kali datang haid untuk menampung kehilangan zat besi bersama darah haid. Selain itu, ia juga mengandungi protein, selenium dan vitamin B. Untuk setiap 100g daging merah, ia mengandungi 2.7mg zat besi.

Daging mengandungi nilai zat besi yang tinggi serta kadar penyerapan yang lebih tinggi dan mudah berbanding makanan lain. Ini kerana ia mempunyai zat besi jenis heme. Organ dalaman seperti hati lembu bagus untuk menambah nutrient zat besi kerana untuk setiap 100g organ dalaman mempunyai 6.5mg zat besi.

2. Makanan protein

Makanan berprotein atau lauk berasaskan haiwan mengandung zat besi yang lebih berbanding makanan berasaskan tumbuhan. Penyerapannya lebih baik dan mudah kerana mempunyai zat besi jenis bukan heme (non-heme iron). Maka, pengambilan lauk yang cukup penting untuk golongan wanita ketika haid untuk menggantikan zat besi yang hilang bersama darah haid.

Contoh makanan berprotein ialah ayam, itik, ikan dan telur dan makanan laut.

Makanan laut seperti kekerang mengandungi zat besi sebanyak 3mg untuk setiap 100g. Di samping itu, ia juga mempunyai vitamin C yang diperlukan untuk membantu penyerapan zat besi dan mengurangkan pendarahan haid yang banyak.

3. Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau merupakan sumber zat besi yang bagus. Ia mengandungi zat besi jenis bukan heme (non-heme). Walaupun zat besi ini tidak menyerap dengan baik tetapi sayur juga diperlukan oleh badan kerana mengandungi vitamin C yang akan mempercepatkan penyerapan zat besi.

Banyak sayur-sayuran hijau yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti bayam, daun moringa, brokoli, kangkung dan daun parsley. Untuk 100g bayam, ia mengandungi 2.7mg zat besi.

4. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering lebih baik untuk dijadikan sumber zat besi berbanding buah-buahan segar. Hal ini disebabkan kandungan nutrisinya lebih pekat kerana telah dikeringkan. Selain zat besi, buah ini juga mengandungi magnesium dan kalsium yang penting untuk badan.

Contoh buah-buahan kering ialah kurma, apricot dan kismis hitam. Untuk setiap 100g buah apricot mempunyai 3mg zat besi, 100g kismis bersamaan 2mg zat besi, dan 100mg anggur kering bersamaan 3mg zat besi.

5. Kekacang

Kekacang antara sumber zat besi yang bagus. Untuk setiap 198g kekacang yang dimasak, mengandungi 6.6mg zat besi. Selain itu, ia juga kaya dengan folate, magnesium dan potassium yang membantu mengurangkan masalah fasa pre-menstrual.

Contoh kekacang ialah gajus, kacang merah, kacang hijau, kacang parang serta kacang hitam.

6. Makanan kaya vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh badan untuk melancarkan penyerapan zat besi. Ia bertindak menangkap zat besi jenis buakn heme dan menyimpan dalam keadaan lebih mudah serap.

Contoh makanan tinggi vitamin C ialah limau gedang, oren, strawberry, kiwi, brokoli dan tomato.

7. Coklat gelap

Coklat gelap juga mengandungi nutrisi zat besi yang tinggi. Untuk setiap 28g coklat gelap bersamaan 3.4mg zat besi. Ia juga mengandungi magnesium dan copper yang membantu mengurangkan kesakitan senggugut semasa fasa pre-menstrual atau semasa haid.

Konklusi:

Konklusinya, makanan tinggi zat besi diperlukan badan untuk menampung kehilangan mineral dan vitamin semasa haid terutamanya ketika pendarahan yang banyak.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here