Jangan Ambil Sesuka Hati.. Ini 5 Jenis Pil Perancang Di Pasaran Perlu Ambil Tahu

Sedang merancang keluarga dan bilangan anak? Pil perancang akan menjadi salah satu pilihan untuk para wanita. 

Pil perancang adalah salah satu alat yang digunakan untuk merancang kehamilan. Ia berfungsi mencegah proses ovulasi dengan menghalang penghasilan telur daripada ovari. Dengan itu proses persenyawaan tidak dapat berlaku di antara telur dan sperma. Pil ini juga menyebabkan lendiran pada serviks menebal, menghalang sperma untuk memasuki rahim untuk persenyawaan.

Selain itu, ia juga digunakan untuk :

  • menstabilkan haid yang bermasalah,
  • Masalah kesihatan seperti pcos, endometriosis
  • Merawat jerawat 

Banyak sebenarnya jenis pil perancang di pasaran dengan kesan yang berbeza ke atas individu. Walaupun mengambil pil perancang, 9 daripada 100 wanita secara tidak sengaja hamil setiap tahun. Hal ini disebabkan mereka tidak mengambil pada masa yang tetap setiap hari, seterusnya mengganggu penghasilan hormon wanita.

Fungsi pil perancang :

Pil perancang mengandungi dua hormon iaitu estrogen dan progestin yang mencegah proses ovulasi dengan menghalang ovari daripada mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Hormon estrogen dan progestin sintetik di dalam pil ini akan menyebabkan lapisan rahim kekal nipis, membuatkan telur yang telah disenyawakan sukar untuk melekat dan membesar. Pil ini juga berfungsi menebalkan lendir di bahagian servik untuk memperlahankan pergerakan sperma daripada sampai ke bahagian uterus untuk menyuburkan telur (ovum).

Semua pil perancang mempunyai fungsi sama antara satu sama lain.

Jenis pil perancang :

Pil perancang mengandungi hormon buatan manusia yang dikenali sebagai estrogen dan progestin. Pil perancang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kandungannya seperti kandungan hormon estrogen atau progestin atau kombinasi kedua-duanya.

1. Pil kombinasi

Kebanyakan pil kombinasi datang khas dalam bentuk pek 21 hari atau 28 hari. Pek 21 hari memerlukan anda berhenti mengambil pil pencegah kehamilan selama 7 hari (pek 21 hari). Manakala untuk pek 28 hari, anda akan diberi pil yang tidak mengandungi hormon selama 7 hari.

Pil kombinasi juga boleh mengurangkan kekerapan haid wanita kepada sekali dalam tempoh 3 bulan dengan membekalkan pil hormon selama 12 minggu dan pil tidak aktif selama 7 hari. 

Pil kombinasi ini 99% berkesan mencegah kehamilan jika digunakan pada masa yang betul. Jika ia tidak digunakan pada masa yang sama setiap hari, keberkesanannya berkurangan ke 93%. 

Kaedah yang paling berkesan adalah mengambil pil ini pada waktu yang sama setiap hari. Untuk lebih berhati-hati, gunakan alat mencegah kehamilan seperti kondom sebagai langkah berjaga-jaga.

Kebaikan pil kombinasi :

  • Haid yang lebih pendek, ringan dan teratur
  • Kejang perut yang kurang teruk
  • Jerawat semakin kurang
  • PMS yang tidak teruk
  • Mengelakkan anemia (hilang sel darah merah) disebabkan haid 
  • Kurangkan risiko kanser endometrium dan ovari

Kesan negatif pil kombinasi :

  • Sakit dan tidak selesa pada payudara
  • Haid tidak teratur
  • Kembung perut
  • Loya tekak
  • Berat badan bertambah
  • Meningkatkan risiko serangan jantung, strok, darah beku

2. Pil progestin

Juga dikenali sebagai pil mini. Ia hanya mengandungi hormon progestin iaitu hormon yang menyerupai hormon progesterone. Ia perlu diambil setiap hari dan pada waktu yang sama untuk mendapat kesan terbaik. Keberkesanan pil ini tidak sama dan kurang berbanding pil kombinasi. 

Pil ini akan berkesan sendiri selepas 7 hari. Namun, waktu mula pil ini menunjukkan keberkesanannya berbeza mengikut individu. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil perancang.

Kelebihan pil mini:

  • Lebih selamat jika berisiko mendapat darah beku, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular atau migrain
  • Boleh digunakan jika sensitif pada hormon estrogen
  • Mudah kembali subur
  • Sesuai untuk wanita berusia 35 tahun ke atas
  • Untuk wanita menyusu
  • Untuk wanita dengan sejarah pembekuan darah
  • Perokok

Keburukan pil mini: 

  • Kadar kegagalan lebih tinggi daripada pil kombinasi
  • Perlu diambil pada masa sama setiap hari untuk kesan yang efektif

3. Pil kitaran lanjutan

Sejenis pil kombinasi yang mengandungi hormon estrogen dan progestin. Kitaran haid selepas mengambil pil ini lebih besar. Ia dicipta untuk diambil untuk tempoh masa yang lama. Ia akan diberikan untuk tempoh 12 ke 13 minggu pengambilan pil aktif secara berterusan. Kemudian, diikuti seminggu pengambilan pil tidak aktif. Pada fasa ini haid masih keluar tetapi tidak kerap seperti 3 ke 4 kali setahun.

Haid juga boleh dihentikan sepenuhnya dengan mengambil pil ini secara berterusan. Sesetengah wanita akan mengalami tompokan faraj atau darah disebabkan pengambilan pil perancang. Lagi lama ia diambil, tompokan ini akan semakin hilang. 

Pil ini berkesan 99% jika diambil tepat pada waktunya. Keberkesanannya berkurangan kepada 91% jika tidak diambil secara konsisten.

Kelebihan pil kitaran lanjutan

Kelebihan pil ini sama seperti pil kombinasi biasa dengan penambahan:

  • Haid yang sedikit 
  • Haid lebih ringan dan tempoh masa pendek dalam setahun

Keburukan pil kitaran lanjutan

Pil ini memberi kesan sama seperti pil kombinasi dengan penambahan:

  • Risiko tompokan darah diantara haid
  • Risiko haid yang lebih banyak

Pil kitaran lanjutan yang popular :

  • Seasonale
  • Seasonique
  • Lybrel

4. Pil dos rendah

Pil jenis kombinasi atau progestin sahaja. Ia mengandungi dos hormon yang rendah tetapi berkesan seperti pil dengan dos tinggi. Kesan sampingan adalah sedikit. Pil jenis kombinasi dengan kandungan hormon estrogen 35mcg atau kurang. Pil dos-ultra mengandungi 20mcg atau kurang hormon estrogen.

Hormon estrogen yang rendah dalam pil ini mengurangkan risiko kesan sampingan seperti sakit kepala, loya tekak dan sakit pada payudara namun masih berkesan seperti pil biasa. 

Pil ini popular sejak 20 tahun lalu dalam mencegah kehamilan dan mengawal kitaran haid dalam dos yang tinggi. Pil yang digunakan dengan betul berkesan 99% mencegah kehamilan. Jika tidak digunakan secara konsisten, ia masih berkesan tetapi sebanyak 91% dalam merancang kehamilan. 

Pil ini lazimnya diberikan kepada wanita yang sensitif dengan hormon estrogen.

Kelebihan pil dos rendah :

  • Kurangkan kesan sampingan estrogen
  • Kurang kesan sampingan berbanding pil dos tinggi
  • Senggugut dan PMS yang tidak teruk
  • Kurangkan jerawat 
  • Kurang risiko kanser ovari 
  • Haid teratur

Kesan sampingan pil dos rendah :

  • Risiko tekanan darah tinggi
  • Kurang episod darah beku yang boleh menghalang saluran darah vena (saluran darah yang membawa darah daripada seluruh badan ke jantung)
  • Tompokan darah diantara haid
  • Sakit kepala
  • Loya tekak

Pil dos rendah popular

  • Yasmin 
  • Levora 
  • Ortho-Novum
  • Apri
  • Aviane
  • Yaz
  • Levlen 21

5. Pil kecemasan

Pil ini tidak seperti pil lain. Ia akan diambil selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan, kondom rosak atau terlepas mengambil pil perancang untuk mencegah daripada kehamilan. Ia boleh diambil sehingga hari ke 5 selepas hubungan kelamin. Pil ini terdapat dalam beberapa jenis seperti 

  • Kombinasi progestin & estrogen
  • Progestin sahaja
  • Anti-progestin 

Contoh pil jenis ini adalah Levonorgestrel iaitu pil dengan hormon progestin. Seperti pil lain, ia juga menghalang pelepasan telur (ovum) daripada ovari atau mencegah persenyawaan telur dan sperma. Ia hanyalah pil alternatif jika kaedah mengawal kehamilan gagal dan tidak boleh digunakan setiap hari.  

Keberkesanan pil ini berbeza atas individu bergantung pada kecepatan mereka mengambil pil ini selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.

Kelebihan pil kecemasan :

  • Mudah didapati di kaunter
  • Boleh dibeli oleh pelbagai jantina
  • Tidak mahal 
  • Sangat berkesan 
  • Kesan sampingan sedikit

Kesan sampingan pil kecemasan :

  • Tiada kesan sampingan teruk
  • Pening 
  • Loya tekak
  • Muntah selepas 2 jam ambil pil akan mengurangkan keberkesanan pil
  • Tidak sesuai untuk wanita yang mengalami masalah hati, sawan dan asma teruk

Pil perancang sering digunakan :

Pil kombinasi sering digunakan dengan kombinasi hormon progestin dan estrogen. Progestin adalah hormon buatan seakan hormon semulajadi manusia iaitu progesterone. Ia penting untuk menghalang kehamilan. Manakala hormon estrogen penting untuk mengawal pendarahan haid.

Pil perancang paling selamat :

Pil perancang dos rendah jenis kombinasi atau pil mini progestin saja lebih selamat berbanding pil lain. Hal ini kerana risiko darah beku berkurangan.

Kesan sampingan lazim daripada pil perancang

Kesan sampingan pil jenis kombinasi : 

  • Loya tekak
  • Sakit kepala
  • Kejang perut / senggugut
  • Sakit pada payudara
  • Keputihan bertambah
  • Kurangkan libido

Kesan sampingan pil jenis progestin :

  • Jerawat 
  • Naik berat badan 
  • Haid tidak teratur
  • Sakit kepala
  • Loya tekak
  • Pening
  • Peningkatan pertumbuhan rambut
  • Sakit payudara

Adakah pil perancang menyebabkan mandul? :

Mengikut kajian 2018, penggunaan pil ini tidak mengganggu kesuburan tidak kira jenis atau tempoh penggunaan pil perancang. Kebanyakan wanita boleh kembali mengandung selepas 2 bulan tidak mengambil pil perancang. 

Bagaimana jika terlepas pil perancang?

Jika terlepas mengambilnya selama 48 jam, ia perlu diambil segera. Jika tempoh masa melebihi 48 jam, pil perlu diambil segera bersama alat pencegah kehamilan lain. Pil kecemasan disarankan jika terlepas pil perancang di awal kitaran atau di minggu akhir pengambilan pil dalam pek yang sama. Dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan pil yang betul.

Konklusi

Pil perancang perlu diambil secara konsisten pada masa yang sama setiap hari. Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu kitaran hormon seterusnya risiko untuk mengandung tinggi.  Dapatkan nasihat pegawai perubatan sebelum mengambil pil perancang. 

Rujukan :

  1. What is the best birth control pill for you?
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here