Hamil sama-sama dengan teman rapat dah selalu sangat dengar. Tapi datang haid dalam masa yang sama dengan teman rapat atau rakan sekerja bolehkah terjadi? Mesti ada yang pernah mengalami pengalaman ini tanpa sedar.
Period syncing adalah mitos atau kepercayaan bahawa wanita yang tinggal bersama atau banyak meluangkan masa bersama akan mendapat kedatangan dan kitaran haid yang sama. Mitos ini telah popular sejak berkurun abad tetapi kajian saintifik mula dilakukan oleh Martha McClintock dan mitos ini turut dikenali sebagai McClintock effect.
Ia juga dikenali sebagai menstrual synchrony. Ia adalah teori yang menyatakan apabila seseorang itu bersentuhan fizikal seperti kulit dengan wanita sedang haid, feromon saling mempengaruhi dan haid akan datang dalam kitaran masa sama.
Hormon feromon
Feromon adalah sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon tetapi bekerja di luar daripada badan. Ia adalah sejenis komunikasi secara tersembunyi. Ia berfungsi pada manusia dengan menghantar isyarat dari seorang individu ke individu lain. Isyarat ini akan merangsang tindak balas pada individu yang menerima isyarat tersebut. Isyarat yang dihantar adalah seperti perubahan hormon dan perwatakan tertentu. Feromon boleh dibahagikan kepada lelaki dan wanita. Feromon wanita akan mempengaruhi haid antara individu yang berbeza.
Teori feromon dalam kitaran haid wanita adalah feromon akan berfungsi apabila 2 individu wanita berkawan rapat, mengakibatkan mereka mengalami kitaran haid pada masa sama. Fenomena period syncing ini perlu diambil kira faktor tempoh haid setiap individu berbeza-beza. Ada yang mempunyai tempoh haid 28 hari dan ada juga yang mempunyai tempoh haid melebihi 30 hari.
McClintock effect
Nama ini diambil sempena nama penyelidik pertama yang menjalankan kajian berkaitan fenomena haid wanita iaitu Martha McClintock.
Kajian oleh McClintock telah dilakukan keatas sekumpulan wanita yang tinggal bersama atau bekerja bersama. Kajian ini menunjukkan sekumpulan wanita yang tinggal bersama mempunyai kitaran haid yang sama iaitu semasa mula haid dan tempoh haid.
Fenomena ini hanya melibatkan feromon wanita. Namun begitu, kajian ini masih ada kekurangan dan kajian yang lebih lanjut diperlukan.
Konklusi :
Haid sama rakan rapat boleh terjadi. Namun, kitaran haid wanita berbeza-beza mengikut hormon masing-masing. Ada yang mengalami kitaran haid yang lebih lama seperti 30 hari atau lebih. Kitaran normal adalah 28 hari.