Berharga Ibarat Emas… Ini 4 Khasiat Susu Kolostrum Untuk Kesihatan

Susu kolostrum daripada lembu kian dipopularkan atas kesedaran khasiat susu ini pada kesihatan. Susu ini menjadi alternatif dan supplement tambahan kepada susu ibu akibat kekurangan susu ibu pada ibu-ibu baru bersalin.

Susu kolostrum adalah susu awal yang lebih pekat keluar daripada payudara ibu sebelum susu ibu keluar. Ia dihasilkan oleh manusia dan haiwan mamalia seperti lembu.

Susu kolostrum sangat penting untuk bayi yang baru lahir untuk hidup lebih lama. Hal ini kerana bayi yang baru dilahirkan sama ada manusia atau haiwan, mempunyai sistem badan yang tidak berkembang sepenuhnya. Dengan susu kolostrum, ia membantu melengkapkan sistem badan yang tidak berkembang sepenuhnya. 

Bukan itu saja, susu kolostrum daripada lembu mempunyai khasiat yang hampir sama dengan susu kolostrum ibu. Susu kolostrum daripada lembu telah menjalani proses berteknologi tinggi dalam bentuk serbuk. Khasiatnya masih dikekalkan. Ia boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. 

Macam mana susu kolostrum dihasilkan :

Susu kolostrum daripada lembu diambil dan melalui proses pasteurisation (memanaskan susu dalam alat khas untuk membunuh bakteria  dan menambah jangka hayat susu) dan dikeringkan menjadi pill atau serbuk yang boleh dicampur air. Susu ini mempunyai tekstur yang pekat dan kelihatan melekit dengan warna kuning kerana mengandungi beta-carotene (vitamin A) yang tinggi.

Nutrisi susu kolostrum :

Kandungan nutrisi susu kolostrum berbeza mengikut cara lembu itu diternak. Susu kolostrum mengandungi lactoferrin, antibodi, hormon dan growth factors yang melindungi diri daripada jangkitan bakteria dan kuman serta membantu pertumbuhan badan terutamanya dalam bayi ingin membesar. 

Ia berbeza dengan susu ibu biasa, susu kolostrum mengandungi lemak, protein, karbohidrat, magnesium, vitamin B, vitamin A, C dan E. Susu kolostrum asli daripada lembu tidak mempunyai laktosa. Ia sesuai untuk individu yang mengalami masalah lactose intolerance.

1. Lactoferrin 

Lactoferrin adalah protein yang berperanan penting untuk fungsi imun dan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-virus. Kajian pada 2014 menunjukkan susu kolostrum daripada lembu menguatkan sistem imuniti dalam badan manusia. 

2. Antibodi 

Sebahagian protein dalam susu kolostrum adalah antibodi yang melindungi diri daripada jangkitan bakteria, kuman dan virus. 

Antibodi (immunoglobulin) daripada susu kolostrum lembu lebih tinggi daripada susu kolostrum manusia dan mengandungi 40 kali lebih banyak.

Khasiat susu kolostrum :

1. Diabetes

Diabetes terjadi apabila organ pankreas tidak menghasilkan hormon insulin dengan cukup atau hormon insulin yang dihasilkan tidak dapat bertindak balas dengan gula dalam darah. 

Lemak yang berkumpul di perut dan sekeliling organ menghalang insulin untuk bertindak balas dengan gula. Dengan susu kolostrum ini, ia membantu mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Insulin dapat bertindak balas dengan gula dalam darah dengan baik. 

Malah susu ini turut membantu menggerakkan gula ke otot untuk menghasilkan tenaga.

Gula yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko jangkitan bakteria, kuman dan virus. Dengan susu kolostrum, ia membantu meningkatkan fungsi sistem imuniti dengan menyalurkan antibodi tambahan dari susu ke badan. 

2. Mempercepatkan penyembuhan luka

Susu kolostrum mengandungi growth factor yang membaiki dan membantu pertumbuhan tisu baru, serta mempercepatkan penyembuhan luka. Antibodi yang kuat daripada susu kolostrum merangsang sistem imuniti badan untuk berfungsi dengan baik menghalang pertumbuhan bakteria, kuman dan virus yang boleh mengganggu proses penyembuhan luka. Oleh itu, gabungan growth factor dan antibodi daripada susu kolostrum membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Hal ini dikuatkan lagi dengan bukti kajian pada 2018 yang membuktikan susu kolostrum mempercepatkan penyembuhan luka. 

3. Menguatkan imuniti 

Susu kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi membantu melindungi diri daripada jangkitan bakteria dan kuman. Walaupun ia daripada sumber haiwan, ia tetap dapat memberi manfaat yang hampir sama. Sistem imuniti manusia memerlukan sumber luar sebagai perangsang untuk menggerakkannya. 

Susu kolostrum daripada lembu membantu merangsang sistem imuniti manusia untuk melawan bakteria dan kuman penyebab penyakit. Susu daripada sumber haiwan ini mengandungi antibodi (IgA & IgG) yang lebih tinggi daripada susu kolostrum manusia. Antibodi ini adalah sejenis protein yang melawan virus dan bakteria dalam badan. Kajian turut membuktikan susu kolostrum daripada lembu berkesan meningkatkan imuniti dalam kalangan atlet elit. 

Dalam kajian lain, 35 peserta dewasa pelari jarak jauh telah dipilih sebagai peserta kajian. Daripada kajian ini, peserta-peserta ini menunjukkan peningkatan antibodi dalam badan. Ini membuktikan susu kolostrum membantu menguatkan imuniti dan merangsang badan melawan jangkitan saluran pernafasan atas dalam kalangan peserta. 

Oleh itu, susu kolostrum daripada lembu dengan imuniti yang tinggi baik untuk melindungi diri kita daripada jangkitan bakteria, kuman dan virus.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Susu kolostrum daripada lembu baik untuk kesihatan usus. Ia membantu mengurangkan keradangan yang berlaku pada dinding usus seperti radang usus. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah menunjukkan pengurangan keradangan dalam badan. 

Kajian lain juga menunjukkan susu kolostrum boleh membaiki dinding usus yang bocor dan mengurangkan pergerakan toksin dan bakteria usus ke dalam saluran darah yang boleh menyebabkan jangkitan. Justeru itu, susu kolostrum baik untuk melindungi kesihatan usus.

Konklusi :

Susu kolostrum daripada lembu kian dipopularkan dalam bentuk serbuk untuk kegunaan manusia. Ia mempunyai khasiat yang hampir sama dengan susu kolostrum ibu. Susu ini boleh diminum oleh semua peringkat umur untuk mendapatkan khasiatnya.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here