COVID-19 Kian Meruncing. Kenali 10 Makanan Terbaik Meningkatkan Sistem Imunisasi

Pandemik Covid-19 atau wabak koronavirus adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Ia boleh tersebar melalui titisan air liur, pernafasan dan udara. Mula dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei, China pada pertengahan Disember 2019. Penyakit Covid-19 ini tidak mempunyai supplement, pemakanan atau gaya hidup yang spesifik yang boleh membantu melindungi diri daripadanya kecuali menjaga penjarakan sosial dan kebersihan diri. 

Tetapi, kita boleh meningkatkan sistem pertahanan (imunisasi) badan supaya menjadi lebih sukar untuk dijangkiti sebarang jangkitan mahupun penyakit termasuklah penyakit Covid-19 ini. Dengan keadaan pandemik yang kian meruncing, kekuatan sistem pertahanan badan sangatlah penting untuk dijaga daripada aspek pemakanan dan gaya hidup sihat selain vaksinasi yang perlu diambil. 

Tiada bukti saintifik yang menyatakan ada makanan tertentu yang dapat menyembuhkan atau mengelakkan Covid-19 dan vaksinasi Covid-19 boleh berfungsi dengan baik jika menjaga makanan tambahan. Walaubagaimanapun, pengurangan pengambilan makanan berproses seperti sosej, keju dan daging cincang dapat membantu badan untuk bekerja dengan lebih efektif. 

Penjagaan pemakanan yang sihat dan seimbang secara berterusan untuk tempoh masa lama dapat membantu badan meningkatkan daya tindak balas imunisasi dan melawan penyakit. Penjagaan pemakanan ini turut meningkatkan tindak balas sistem imunisasi terhadap vaksin.

Tips sebelum dan selepas suntikan vaksin Covid-19:

Sebelum vaksinasi:

Elakkan mengambil vaksin dengan perut kosong kerana akan menyebabkan anda lebih pening. Selain itu, minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan). Rehat yang cukup penting untuk sistem pertahanan (imunisasi) badan berfungsi dengan baik.

Selepas vaksinasi:

Amalkan pemakanan yang sihat dan mempunyai nilai nutrisi yang bagus serta minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan risiko jangkitan penyakit.

Gaya hidup sihat menguatkan sistem imunisasi:  

  • Tidak merokok
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
  • Kekalkan berat badan sihat
  • Elakkan jangkitan dengan mengamalkan kebersihan diri; basuh tangan selalu
  • Kurangkan tekanan diri
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan suntikan vaksin

Makanan untuk menguatkan sistem imunisasi:

1. Jambu batu

Jambu batu kaya dengan vitamin C (152mg/100g), antioksidan, potassium dan serat. Vitamin C perlu untuk memastikan sistem imunisasi badan berada dalam keadaan baik dan sihat serta dapat membunuh bakteria jahat dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan.

2. Lada benggala merah

Lada ini biasanya digunakan dalam masakan berasaskan Itali seperti spageti dan pasta. Ia juga sesuai digunakan dalam masakan harian kita. Rasanya yang tidak pedas boleh menjadi hiasan untuk sajian makanan. Kaedah memasak yang sesuai digunakan ialah goreng dengan minyak yang sedikit atau bakar. Kaedah steam dan rebus juga boleh digunakan tetapi akan menyebabkan nilai nutrisi dalam lada ni mudah hilang. Ia juga boleh dimakan mentah.

Lada benggala kaya dengan vitamin C (112mg/100g), vitamin E, vitamin K dan beta-carotene daripada vitamin A. Vitamin C boleh meningkatkan tindak balas sistem imunisasi terhadap mikroorganisma seperti bakteria dan mempunyai kesan anti-keradangan.

3. Buah-buahan sitrus

Buah-buahan sitrus terdiri daripada lemon, oren, limau gedang serta limau nipis. Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C yang diperlukan untuk membina sistem pertahanan (imunisasi) badan serta meningkatkan penghasilan sel darah putih untuk melawan jangkitan yang berpunca dari bakteria dan juga virus. Sel darah putih merupakan sistem pertahanan utama badan.

4. Betik

Betik mempunyai tekstur yang lembut serta rasa yang manis, sesuai untuk semua golongan usia. Buah ini mempunyai sumber nutrisi seperti vitamin C dan vitamin A. Vitamin C daripada buah-buahan dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit berkaitan bakteria dan virus.

Karotenoid iaitu sejenis antioksidan dari vitamin A berfungsi menstabilkan radikal bebas yang boleh menyerang sistem pertahanan badan dan mengelakkan penyakit.

5. Brokoli

Brokoli merupakan sayuran yang mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk badan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E serta serat. Ia merupakan antara sayur-sayuran hijau yang digemari ramai dari semula golongan usia.

Kajian mendapati, pengambilan brokoli dengan kerap dapat menyokong sistem imunisasi badan. Ini kerana brokoli mempunyai fitokimia yang bertanggungjawab menghasilkan warna, bau dan rasa yang bagus untuk sistem imunisasi badan manusia. Fitokimia tersebut termasuklah karotenoid, beta-carotene dan flavonoid.

6. Teh hijau

Teh bagus untuk diamalkan kerana mempunyai flavonoid yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan. Sejenis sebatian yang terdapat dalam teh hijau berupaya meningkatkan jumlah “”regulatory T cell” iaitu sejenis sel darah putih yang berperanan melawan penyakit berkaitan virus, meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghalang penyakit autoimun.

7. Bawang putih

Bawang putih sering digunakan dalam masakan harian. Orang Cina biasanya mengamalkan bawang putih kerana mereka mempercayai bahawa bawang ini sangat baik untuk kesihatan. Bawang ini mempunyai ciri-ciri yang dapat memusnahkan atau menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti virus, bakteria dan fungus dalam badan.

8. Halia

Halia biasa digunakan dalam masakan harian, pencuci mulut serta minuman teh. Selain fungsinya bagus untuk menghilangkan angin dalam badan, ia juga mempunyai kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Hal ini dapat menguatkan sistem badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dan jangkitan yang boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.

9. Bayam

Bayam merupakan sejenis sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi (56.4mg/100g) berbanding sayur-sayuran lain. Ia juga mempunyai vitamin E dan vitamin A.

10. Ayam dan itik

Ayam dan itik adalah daripada kumpulan makanan yang utama iaitu protein. Protein berperanan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan dan penyakit di samping bertanggungjawab dalam memastikan sel-sel badan sentiasa sihat di samping menghasilkan sel-sel baru. Oleh itu, berdasarkan banyak bukti kajian, proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dengan pemakanan yang tinggi protein.

Vitamin C

Vitamin C diperlukan setiap hari kerana badan tidak menghasilkan atau menyimpannya. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam buku Recommended Nutrient Intake (RNI) 2019 telah menyarankan vitamin C untuk diambil pada kadar 70 mg sehari untuk lelaki dan perempuan dewasa.

Vitamin C akan hilang dari makanan semasa proses penyediaan, memasak, serta simpanan. Oleh itu, disarankan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk sayuran atau buah yang mentah.

Cara masak yang terbaik untuk mengekalkan nilai vitamin C dalam makanan ialah steam, merebus, dan mereneh dalam kuantiti air yang sangat sedikit atau memasukkan dalam pembakar gelombang mikro untuk tempoh masa yang paling singkat.

Selain itu, untuk mengekalkan nilai vitamin tersebut, jangan simpan minuman jus di dalam peti sejuk melebihi 3 hari kerana kandungan vitamin c akan teroksida. Simpan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dipotong dalam bekas kedap udara dan sejuk dalam peti sejuk tanpa perlu merendam di dalam air. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan dengan memusnahkan atau menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti virus, bakteria dan fungus.

Flavonoid merupakan sejenis antioksidan yang membantu badan untuk berfungsi lebih efektif di samping melindungi diri dari pelbagai toksik dan tekanan.

Makanan tambahan atau suplemen seperti suplemen vitamin C tidak diperlukan kecuali disaran oleh nutritionist, dietitian atau doktor.  Tetapi boleh dapatkan semua vitamin dan mineral melalui makanan sihat yang seimbang. Tiada 1 makanan yang spesifik yang boleh memenuhi keperluan nutrien dalam badan. Sudah mencukupi dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Piramid Makanan Malaysia 2020.

Saya sudah amalkan makanan seimbang. Anda bagaimana?

Rujukan:

  1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322412
  2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/265990
  3. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-to-boost-your-immune-system
  4. https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-green-tea
  5. https://www.healthline.com/nutrition/8-proven-papaya-benefits
  6. https://www.healthline.com/nutrition/foods/bell-peppers#bottom-line
  7. https://www.healthline.com/nutrition/8-benefits-of-guavas#TOC_TITLE_HDR_10

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here