Aiskrim Penawar Penyakit Dengan 5 Khasiat Penting

Ais krim adalah makanan universal, menjadi kesukaan semua peringkat umur. Ia mempunyai pelbagai perisa seperti coklat, vanilla, strawberry, pandan, karamel dan kopi. Ditambah pula dengan pelbagai jenis topping seperti kekacang, buah, marshmallow dan gula-gula bagi menyedapkan lagi rasa.

Ais krim dianggap “comfort food” untuk menghilangkan tekanan, sebagai self-reward dan memberi keseronokkan. Teksturnya yang berkrim, sejuk dan manis meningkatkan kegembiraan. Ais krim boleh dipelbagaikan cara makan mengikut kesukaan dan kreativiti. Sebagai contoh, makan dengan roti, dalam kon, cawan, serta sebagai float dalam air bikarbonat. Ia sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas, lembap dan sentiasa hujan. 

Boleh dimakan bersama kek, pie atau pencuci mulut.

Ais krim mengandungi khasiat yang kita tidak sedar. Tetapi, ia tidak boleh mengganti makanan sihat semulajadi seperti salad dan buah. Jadi, kepada yang tidak suka makan sayur dan buah, boleh jadikan aiskrim sebagai alternatif.  Tapi, kena hati-hati dengan kandungan gula yang terdapat dalamnya. Kalori dan lemak untuk 1 hidangan aiskrim juga agak tinggi.

Walaubagaimanapun, kandungan nutrisi setiap aiskrim berbeza mengikut jenama dan jenis. Ini kerana, setiap jenama akan menghasilkan resepi standard masing-masing. Ais krim campuran buah-buahan mempunyai nutrisi yang lebih tinggi dan sihat berbanding aiskrim biasa.

Khasiat penting dalam aiskrim:

1. Aiskrim sumber tenaga

Ais krim mengandungi karbohidrat, lemak dan protein iaitu sumber tenaga utama untuk sistem badan. Manakala gula yang terdapat dalam ais ini merupakan sumber tenaga segera. Hal ini disebabkan gula akan dicerna menjadi glukosa dalam darah dengan cepat kerana sifatnya yang halus berbanding makanan karbohidrat lain. Glukosa ini yang akan ditukar menjadi tenaga dan digunakan untuk menggerakkan aktiviti harian. 

Satu kajian mendedahkan produk tenusu rendah lemak boleh menyebabkan lebihan kalori tetapi tidak akan meningkatkan berat badan. Justeru itu, pilih susu dan baham-bahan yang rendah lemak untuk menghasilkan aiskrim.

2. Aiskrim kaya antioksidan

Antioksidan bertanggungjawab melindungi diri daripada kerosakan sel yang disebabkan radikal bebas yang tidak efektif dalam badan. Radikal bebas ini penting untuk badan tetapi kuantiti yang berlebihan akan menyebabkannya menyerang sel-sel dalam badan. 

Ais krim dengan perisa vanila, coklat gelap dan buah-buahan kaya dengan antioksidan. Sementara itu, vanila juga kaya dengan mineral seperti kalsium, manganese, magnesium, potassium, zink dan iron. Di samping itu, coklat gelap mengandungi antioksidan dan flavonoid untuk melindungi jantung, asid oleik mengawal paras kolesterol dan fitokimia untuk melawan radikal bebas.

Antioksidan melindungi masalah kesihatan mata, melindungi diri daripada penyakit disebabkan kerosakan tisu-tisu dalam badan seperti Alzheimer, Parkinson dan Dementia serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Ia juga membantu mengekalkan awet muda.

3. Aiskrim tinggi vitamin dan mineral

Susu daripada aiskrim kaya dengan sumber kalsium, vitamin D, riboflavin, vitamin A, dan fosforus. Kalsium, fosforus dan riboflavin adalah mineral penting yang terlibat dalam penghasilan sel baru dan menguatkan tulang. Makanan kaya kalsium juga akan menguatkan badan dan meningkatkan metabolisma. 

Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium yang lebih efektif disamping melindungi kesihatan mental, tulang dan jantung. Vitamin A menguatkan sistem imunisasi, penglihatan dan membantu organ berfungsi secara normal.

4. Aiskrim menghasilkan serotonin.

Ais krim menghasilkan hormon serotonin, juga dikenali sebagai “penstabil mood semulajadi”. Ia adalah sejenis hormon yang menstabilkan emosi, perasaan dan memberi rasa bahagia. Dalam pada itu, bahan kimianya membantu memudahkan tidur dan melancarkan pencernaan.

Fungsi hormon serotonin:

  • Kurangkan tekanan (depression)
  • Merangsang kegelisahan (anxiety)
  • Menyembuhkan luka
  • Merangsang rasa loya
  • Mengekalkan kesihatan tulang

Sementara itu, susu juga mempunyai L-triptophane iaitu penenang semula jadi, merehatkan sistem saraf dan mengelak insomnia (sukar tidur). 

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Kyorin, Jepun, ais krim mampu merangsang otak apabila dimakan sebagai makan pagi. Kajian ini dibandingkan dengan menggunakan air sejuk dan ia mendapati orang yang makan aiskrim mempunyai rangsangan otak lebih pantas berbanding orang yang minum air sejuk.

Ais krim membuktikan ia merangsang otak jika diambil pada waktu pagi sebagai sarapan. Hal ini kerana ais krim mempunyai kandungan gula/glukosa yang tinggi berbanding air sejuk biasa. Gula ini yang akan menjadi penggerak tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

5. Aiskrim merangsang sistem imunisasi

Ais krim adalah sejenis makanan yang mengandungi bakteria baik untuk melindungi sistem pencernaan dan pernafasan daripada jangkitan. Kedua-dua sistem ini mudah terdedah kepada jangkitan. Sistem imunisasi yang kuat akan mengelakkan diri daripada mudah mendapat penyakit.

Konklusi:

Ais krim buatan sendiri lebih sihat kerana kandungan gulanya boleh dikawal disamping tiada bahan pengawet, pewarna dan perasa tambahan. Walaubagaimanapun, berlebihan dalam pengambilan makanan akan memudaratkan. Maka, makanlah secara bersederhana.

Ais krim bukan mimpi ngeri tetapi pemberi manfaat dalam diam. Konklusinya, ais krim mengandungi banyak khasiat kesihatan seperti pemberi tenaga, merangsang emosi dan menghilangkan tekanan.

Apa perisa aiskrim kegemaran anda? Jom kongsikan dengan kami.

Rujukan:

  1. Is Low-Calorie Ice Cream Healthy?
  2. The Surprising Benefits of Ice Cream
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here