8 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Diabetes. Nombor 2 Paling Tak Sangka

Kencing manis atau diabetes terjadi apabila hormone insulin yang dihasilkan oleh organ pancreas tidak mencukupi atau insulin tidak mampu bertindak balas dengan gula (glukosa) dalam darah. Glukosa sangat penting dalam penghasilan tenaga untuk badan.

Penyakit kencing manis sangat berkait rapat dengan aspek makanan kerana pengambilan berlebihan akan menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Karbohidrat adalah makanan yang akan bertukar menjadi gula apabila masuk ke dalam badan. Karbohidrat terbahagi kepada 2 iaitu karbohidrat kompleks dan ringkas yang perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Karbohidrat kompleks disaran untuk diambil dalam kuantiti yang sama untuk setiap waktu makan utama setiap hari supaya bacaan gula menjadi stabil. Manakala, karbohidrat ringkas perlu diambil dalam kuantiti kurang dari 10% daripada jumlah karbohidrat yang disarankan dalam sehari.

8 jenis makanan perlu dielakkan oleh pesakit kencing manis:

  1. Gula – gula putih, gula perang, gula batu,  gula melaka,
  2. Madu
  3. Susu pekat manis
  4. Cordial, minuman berkarbonat
  5. Sapuan jam, kaya, jam oren (marmalade)
  6. Kek, biskut, kuih – muih
  7. Ais krim, puding, gula-gula, coklat
  8. Buah-buahan dalam tin, minuman koktail

Makanan manis dan diabetes 

Makanan-makanan ini mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat. Gula ini berbentuk halus serta mempunyai ukuran indeks glisemik yang tinggi dan kurang kandungan nutrisi.

Pengambilan gula ringkas secara berterusan boleh mengganggu fungsi hormon insulin menyebabkannya tidak dapat bertindak balas dengan glukosa. Banyak kajian telah membuktikan bahawa seseorang yang kerap minum minuman berkarbonat atau manis berpeluang sebanyak 25% untuk mendapat kencing manis. 

Selain itu, kajian lain menyatakan minum minuman manis sehari juga akan meningkatkan risiko kencing manis sebanyak 13%, tidak bergantung kepada penambahan berat badan. Pengambilan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman untuk tempoh masa yang panjang akan menyebabkan badan tidak dapat bertindak balas dengan hormon insulin.

Makanan manis dan obesiti 

Minuman berkarbonat dan minuman manis mempunyai fruktosa, sejenis gula ringkas. Lebihan pengambilan fruktosa akan menyebabkan hormon leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Hormon leptin penting untuk merangsang rasa lapar dan memberi tindak balas untuk berhenti makan.

Minuman manis tidak dapat memberi rasa kenyang dengan jumlah yang sedikit. Ini meransang seseorang untuk mengambil sebilangan besar kalori cecair. Minum air manis dengan banyak akan meningkatkan kandungan lemak yang meliputi organ-organ dalam badan seterusnya berkait rapat dengan kencing manis dan penyakit jantung.

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/does-sugar-cause-diabetes#metabolism
  2. https://www.healthline.com/nutrition/too-much-sugar#TOC_TITLE_HDR_2
  3. https://www.healthline.com/nutrition/does-sugar-cause-diabetes#prevention

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here