5 Kaedah Mengurangkan Buasir Seperti David Beckham

Tahukah anda bahawa ramai selebriti dunia juga mengalami buasir. Ia bukan sahaja dialami orang biasa. Antara selebriti terkenal tersebut ialah David Beckham, Marilyn Monroe dan Whitney Houston. Tanpa sedar, mungkin ada juga pernah mengalami buasir walaupun masih muda.

Hal ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor terutamanya tekanan kehidupan, tabiat makan yang tidak bagus dan gaya hidup yang tidak aktif. Kehidupan yang sibuk menyebabkan seseorang itu sering mengabaikan keinginan untuk pergi ke bilik air pada waktunya seterusnya akan mengubah rutin pencernaan di bahagian usus.

Buasir ialah saluran darah vena membesar di bahagian hujung usus besar iaitu rektum dan dubur. Keadaan ini semakin teruk apabila saluran darah tersebut membengkak atau menjadi radang. 

Terdapat 2 jenis buasir:

  1. Buasir dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Saluran darah vena akan membengkak di usus besar bahagian rektum. Buasir ini biasanya tidak sakit tetapi pesakit hanya akan menyedarinya apabila terdapat darah dalam najis. Dalam sesetengah kes, pesakit akan merasa seperti terdapat unjuran yang terkeluar tetapi unjuran ini akan hilang dengan sendiri atau perlu menolak masuk semula. 
Buasir yang terjadi di bahagian dalam rektum.
  1. Buasir luaran boleh dilihat. Ia adalah unjuran yang terkeluar di bawah bahagian dubur. Disebabkan banyak urat saraf yang sensitif di bahagian ini, buasir ini lebih menyakitkan dan kadar kesakitan yang dirasai mungkin berbeza untuk setiap orang. Meneran semasa proses membuang air besar akan menyebabkan pendarahan. Buasir ini yang paling biasa dialami oleh kebanyakan orang.  
Buasir di bahagian luaran rektum.
4 tahap buasir dalaman

Buasir yang sudah semakin teruk lebih sakit terutamanya semasa duduk atau baring dan bertambah buruk semasa membuang air besar dan adanya darah beku di rektum.

Golongan berisiko mendapat buasir

Buasir adalah penyakit yang biasa dalam kalangan masyarakat kerana sekurang-kurangnya 3 dari 4 orang dewasa akan mengalaminya. Walaupun begitu, penyakit ini biasanya akan sembuh. 

Perempuan lebih berisiko untuk mendapat buasir semasa mengandung kerana apabila rahim membesar, ia akan menekan saluran darah di usus besar menyebabkannya membonjol keluar. Faktor perubahan hormon semasa mengandung juga memainkan peranan dalam hal ini.  

Risiko untuk mendapat buasir tinggi apabila usia meningkat. Biasa berlaku dalam kalangan dewasa berusia 45 hingga 65 tahun. Kanak-kanak dan orang muda juga boleh mendapat buasir.

Faktor terjadi buasir

  • Cirit-birit yang teruk 
  • Sembelit kerana ia akan memberi tekanan kepada dinding saluran darah apabila perlu meneran najis. 
  • Duduk terlalu lama
  • Genetic 
  • Obesiti 
  • Mengangkat berat

Simptom buasir

  • Pendarahan najis yang tidak sakit
  • Gatal-gatal di kawasan dubur
  • Ketidakselesaan dan sakit di kawasan dubur
  • Bengkak atau ketulan di kawasan dubur
  • Panas atau pedih di kawasan dubur
  • Najis bocor

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika terdapat pendarahan najis untuk memastikan bahawa pendarahan tersebut adalah buasir bukannya masalah kesihatan yang lain seperti kanser usus. Untuk mengelakkan atau tidak memburukan lagi keadaan buasir tersebut, beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan. 

Langkah mengelak buasir dan mengurangkan simptomnya:

1. Penjagaan pemakanan

Makan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makanan bijirin penuh (wholemeal) disarankan kerana ia adalah serat tidak larut yang akan membantu melancarkan penghadaman, dan mengurangkan kesakitan serta ketidakselesaan. 

Makanan bijirin penuh yang biasa ialah nasi beras perang, roti bijirin penuh, barli dan oat. Makanan yang rendah serat perlu dikurangkan seperti produk tenusu, daging merah, makanan bergoreng dan makanan pedas.

Makanan anti-radang seperti kunyit, buah-buahan (oren, strawberries, bluberries), sayur-sayuran (bayam, tomato, brokolli) , teh hijau, coklat gelap dan minyak zaitun dapat mengurangkan bengkak buasir.

2. Minum air secukupnya  

Air yang cukup dapat mengelakkan najis dari mengeras. Menurut Panduan Pemakanan Malaysia (2010), air kosong perlu dilebihkan sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari untuk kekal dehidrasi dan mengelakkan sembelit. 

3. Elakkan terlebih meneran

Hal ini akan memberi tekanan kepada salur darah vena dan menyebabkannya membengkak. Keadaan yang berterusan akan menyebabkan buasir berada tahap 4, tidak dapat dimasukkan semula.

4. Melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal atau senaman dapat membantu melancarkan pergerakan usus di samping mengekalkan berat badan sihat. Oleh itu, ini akan membantu mengelakkan sembelit. Menurut Panduan Pemakanan Malaysia (2010), aktiviti fizikal disarankan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk 5 kali seminggu dengan kadar intensiti sederhana.

5. Elak duduk terlalu lama

Duduk atau baring untuk tempoh masa lama akan memberi tekanan kepada saluran darah vena, seterusnya menyebabkannya membengkak dan terjadinya buasir. 

Buasir adalah penyakit yang boleh terjadi kepada semua golongan usia. Amalan gaya hidup sihat dan penjagaan pemakanan dapat mengurangkan risiko buasir.

Rujukan:

  1. Buasir
  2. What to know about hemorrhoids
  3. Hemorrhoids
  4. Food for Piles: 15 Foods to Fight Hemorrhoids
  5. Panduan Pemakanan Malaysia, 2010
  6. 10 Celebrities Stars with Hemorrhoids – Top Famous People Who Previously Suffered from Piles

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here