Susu Ibu Terbaik Untuk Si Kecil! Ini 4 Cara Untuk Para Ibu Boost Susu Badan

Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan susu ibu adalah susu yang terbaik untuk si kecil. Ini kerana susu ibu adalah yang paling selamat, bersih dan mengandungi antibodi yang cukup untuk melindungi bayi daripada penyakit.

Para ibu dinasihatkan untuk memberi susu badan kepada si kecil sehingga si kecil berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun. Bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya tidak diberi makanan dan minuman yang lain selain daripada susu badan ibu. Susu ibu sudah pun mempunyai nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh badan si kecil.

Image Source: istockphoto.com

Bayi yang baru lahir tidak dapat menghasilkan kekebalan badan sendiri dan hanya mendapatkannya dari ibu yang dikenali sebagai Immunoglobulin G (IgG). Apabila bayi telah lahir, mereka sangat memerlukan susu ibu kerana susu ibu mempunyai antibodi yang lengkap seperti: 

  • Immunoglobulin A
  • Immunoglobulin D
  • Immunoglobulin E
  • Immunoglobulin G
  • Immunoglobulin M

Bukan itu sahaja, malah dengan memberi susu badan kepada si kecil, kedua-dua bayi dan ibu akan mendapat pelbagai manfaat dari segi kesihatan. 

Kelebihan Untuk Ibu dan Si Kecil

Image Source: istockphoto.com

Kelebihan Susu Ibu Pada Si Kecil

  • Kandungan dan nutrisi susu ibu berubah seiring dengan keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Meningkatkan antibodi dan imunisasi si kecil daripada jangkitan seperti selesema, radang paru-paru dan cirit-birit.
  • Susu ibu membantu mengurangkan risiko masalah alahan seperti kolik bayi, asma dan penyakit kulit ekzema.
  • Meningkatkan perkembangan dan kecerdikan otak bayi.
  • Membuatkan bayi berasa selesa dan selamat.
  • Memberi peluang untuk si kecil dan ibu berinteraksi dan mengeratkan hubungan.

Kelebihan Menyusu Badan Kepada Ibu

  • Membantu ibu untuk mengurangkan risiko kanser wanita seperti kanser ovari dan kanser payudara.
  • Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membantu ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal dan membakar kalori.

Disebabkan susu badan yang kaya dengan manfaat dan nutrisi untuk kedua-dua ibu dan si kecil, susu badan menjadi pilihan nombor satu yang dipilih oleh kebanyakan para ibu di serata dunia.

Jenis Susu Badan Ibu

Infant hands holding bottle of milk on light blue floor background. Feeding time. Pastel color. Closeup. Point of view shot. Top down view.

Terdapat 2 jenis susu ibu iaitu kolostrum dan susu matang. Di bawah susu matang pula ada 2 sub kategori iaitu foremilk dan hindmilk. Kolostrum adalah susu ibu yang terhasil pada hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Kolostrum mengandungi protein, karbohidrat, vitamin dan mineral baik untuk bayi. Terdapat antibodi yang sangat banyak dalam kolostrum untuk melindungi bayi ketika baru dilahirkan.

Selepas kolostrum, susu matang pula yang terhasil.

  • Foremilk (Susu awal yang ada dihadapan payudara dan terhasil semasa proses awal penyusuan. Foremilk bersifat cair dan mengandungi banyak air dan laktosa.)
  • Hindmilk (Susu akhir yang berada di belakang payudara. Lebih pekat dan sedikit kekuningan. Kaya dengan serat, kalori dan lemak.) 

Bagaimana Susu Ibu Terhasil Sewaktu Kehamilan

Image Source: istockphoto.com

Kita sudah sedia maklum bahawa susu badan akan ada pada payudara seseorang wanita sekiranya sudah mulai hamil. Bagaimana sebenarnya susu ibu ini terhasil sewaktu awal kehamilan?

Wanita atau ibu yang sedang menjalani fasa awal kehamilan akan mengalami perubahan pada fisiologi badan terutamanya pada bahagian payudara. Perubahan ini semestinya mempersiapkan ibu untuk fasa menyusu nanti. Antara perubahan payudara yang dialami adalah seperti payudara mulai membengkak dan densiti akan meningkat. Selain itu, warna puting payudara juga akan berubah menjadi sedikit gelap daripada warna asalnya. Ini untuk memudahkan si kecil mengesan puting semasa penyusuan.

Kelenjar susu juga bertambah aktif yang menyebabkan ibu mengandung akan mula merasa sakit pada bahagian payudara. Payudara juga akan mula berasa gatal dan titisan susu akan mengalir keluar dengan sendiri pada fasa akhir kandungan.

Bagaimana susu ibu terhasil sewaktu penyusuan si kecil? Terdapat hormon yang bernama Prolaktin yang memainkan peranan dalam merangsang penghasilan susu badan. Hormon Prolaktin ini akan mula bekerja semasa si kecil menyusu di payudara ibu. Refleks atau isyarat saraf akan dihantar ke otak. 

Isyarat ini akan menyebabkan kelenjar pituitari dalam otak bertindak untuk merembes prolaktin dan paras hormon ini akan meningkat dalam darah. Dengan ini proses penghasilan susu ibu akan terangsang. Semakin kerap si kecil menyusu, semakin banyak penghasilan susu ibu akan terangsang.

Tambahan pula, terdapat hormon yang dikenali sebagai oksitosin yang dirembeskan dan bertindak balas dengan kelenjar susu alveoli dan duktus. Proses ini bertindak untuk mewujudkan pengaliran air susu dengan membuatkan kelenjar susu mengecut.

Cara Menyusu Si Kecil

Image Source: istockphoto.com

Sebenarnya, tiada posisi yang betul atau salah untuk cara penyusuan susu badan kepada si kecil. Perkara yang penting adalah untuk kedua-dua ibu dan si kecil untuk berada dalam posisi yang selesa.

Walaubagaimanapun, ada tips-tips yang boleh dilakukan untuk memudahkan dan memberi keselesaan ketika penyusuan.

  1. Persediaan untuk menyusu
  • Tenangkan diri dan duduk dalam keadaan yang selesa.
  • Pegang si kecil dengan lemah lembut, rapatkan si kecil dengan payudara ibu.
  • Bantu si kecil membuka mulut dengan luas supaya si kecil dapat melekap dengan baik pada puting.
  • Pastikan untuk sentiasa memerhatikan kepala dan badan si kecil agar sentiasa lurus.
  • Beri sokongan pada bahagian belakang dan punggung si kecil.
  1. Memilih posisi yang betul
  • Mendukung (Cradle Hold)
  • Mendukung secara bersilang (Cross Cradle Hold)
  • Posisi mendakap (Football Hold)
  • Berbaring ke belakang (Laid Back Hold)
  • Posisi mengiring (Side Lying Hold)

Apabila kedua-dua  ibu dan si kecil tenang dan selesa di dalam posisi menyusu, penyusuan dapat berjalan dengan mudah dan lancar.

Cara Simpan Susu Badan Yang Dipam

Image Source: istockphoto.com

Susu badan ibu boleh dipam dan disimpan. Kebanyakan ibu yang memerah susu badan adalah ibu yang bekerja atau tidak dapat luangkan masa untuk memberi susu badan secara ‘direct’ kepada si kecil. 

Ini cara untuk menyimpan susu ibu yang telah dipam dan mengelakkan mereka daripada menjadi basi. Ini kerana susu ibu adalah sangat berharga.

  • Menyimpan susu yang telah dipam dalam bekas kecil atau plastik yang sesuai seperti ‘’breastmilk storage bag’’.
  • Biarkan susu yang dipam untuk seketika untuk menurunkan suhunya.
  • Pastikan untuk label bekas dengan tarikh sebelum menyimpan dalam peti sejuk.
  • Simpan susu yang dipam pada suhu bilik 26 celcius selama 3-4 jam dalam peti sejuk untuk 2-3 hari.
  • Susu yang tidak akan digunakan dalam tempoh 4 hari perlu terus disejuk beku. Ini adalah untuk menjaga kualiti susu tersebut.
  • Simpan susu dalam kuantiti yang kecil dalam setiap bekas simpanan susu untuk mengelakkan pembaziran. Simpan dalam 2 ke 4 ounce untuk sekali minum.
  • Simpan ruang 1 inci untuk di bahagian atas plastik simpanan susu kerana susu ibu yang sejuk beku akan mengembang.
  • Susu ibu boleh disimpan dalam bekas tahan sejuk dengan pek ais beku sehingga 24 jam semasa dalam perjalanan.

Antara jenis penyimpanan yang sesuai untuk susu badan yang dipam adalah seperti:

  1. Suhu bilik
  2. Freezer
  3. Chiller

Susu ibu perlu diurus dalam keadaan yang bersih, dan baik. Bekas simpanan haruslah kering dan bebas kotoran supaya susu tersebut tidak mudah tercemar dan rosak.

Tips ‘Boost’ Susu Ibu

Image Source: istockphoto.com

Zaman sekarang, ramai ibu mengalami kesusahan nak keluarkan susu daripada payudara mereka. Ada juga yang tak ada langsung susu badan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi rangsangan penghasilan dan pengaliran susu badan.

Antara faktor yang mempengaruhi susu badan ibu adalah:

  • Keadaan perubatan 
  • Pengurusan penyusuan
  • Pengunaan ubat tertentu semasa kehamilan dan kelahiran boleh menjejaskan pengeluaran susu.
  • Faktor kelahiran
  • Faktor umur ibu kerana penghasilan susu akan terbantut seiring dengan usia ibu.

Antara tips untuk para ibu ‘boost’ susu badan secara semulajadi adalah seperti:

  1. Kerap memberi susu badan kepada si kecil
Mother breastfeeding her little baby girl. Breastfeeding and family concept.

Apabila ibu kerap menyusu si kecil, hormon Prolaktin dan Oksitosin yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan dan mengalirkan susu badan akan terangsang apabila si kecil menghisap puting ibu.

Ini akan memberi keseimbangan kepada permintaan dan bekalan susu ibu. Semakin kerap si kecil diberi susu badan, semakin banyak jumlah susu terhasil. Dikatakan, memberi susu badan kepada si kecil sebanyak 8-12 kali sehari boleh membantu ibu menghasilkan susu badan dengan optimum.

  1. Mengepam susu badan sewaktu si kecil tidak menyusu
Breast milk pump and baby lying on the white bed

Penggunaan pam susu ketika si kecil tidak menyusu juga dapat meningkatkan penghasilan susu yang optimum. Mengepam susu daripada kedua-dua payudara juga akan menghasilkan kandungan lemak yang tinggi dalam susu.

  1. Menyusu dengan kedua-dua belah payudara

Sekiranya si kecil tidak tertidur selepas berhenti menghisap susu, para ibu boleh cuba untuk menyusu dengan payudara sebelah. Jika si kecil masih menghisap susu pada sebelah payudara, berkemungkinan payudara pada sebelah lagi tidak keluar. 

  1. Mengamalkan resipi makanan dengan bahan laktogenik sebagai ‘milk booster’
Image Source: istockphoto.com

Kurma Merah

Antara kombinasi bahan makanan yang boleh digunakan untuk membuat natural milkbooster ialah Kurma Merah. Menurut PEM Confinement Nanny Agency Singapore, Kurma Merah membantu melancarkan penghasilan susu badan dan juga mencegah masalah kurang darah merah selepas bersalin.

Goji Berry

Goji kaya dengan antioksidan dan mempunyai khasiat perubatan yang hebat. Ia telah digunakan dalam perubatan traditional sejak berkurun lamanya. 28 gram goji mengandungi 98 kalori, 4 gram protein, 0.1 gram lemak dan 21.6 gram karbohidrat. Ia juga kaya dengan serat, vitamin A, vitamin C dan zat besi. Nutrisi ini dapat membantu melancarkan pencernaan, menambah darah dan juga meningkatkan penghasilan susu badan ibu.

Barli

Barli adalah sejenis bijirin yang sangat dikenali di serata dunia. Ia juga mengandungi karbohidrat, kalsium, zat besi, asid folik dan protein yang diperlukan oleh para ibu. Kaya dengan manfaat laktogenik yang merangsang penghasilan susu.

Chia Seed

Badan ibu yang menyusu memerlukan banyak kalori untuk menghasilkan susu badan. Chia seed menyumbang sebanyak 130-140 kalori untuk ibu. Bukan itu sahaja, Chia Seed juga kaya dengan kalsium, serat dan protein.

Longan Kuning

Tinggi dengan vitamin C, Longan kuning membantu untuk mengurangkan kelesuan dan tekanan kepada ibu-ibu menyusu.

Kesimpulan

Susu ibu adalah makanan utama bayi sebaik dilahirkan. Ia mengandungi banyak khasiat yang penting untuk bayi. Susu yang mencukupi dapat memberi bayi nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Oleh itu, ibu yang menyusu bertanggungjawab dalam memastikan penghasilan susu badannya berjalan lancar dan dalam jumlah yang mencukupi.

Rujukan

  1. Chia seeds and pregnancy: Safety and benefits
  2. Longan Fruit vs. Lychee: Health Benefits, Nutrition Information, and Uses
  3. Breastfeeding
  4. Proper Storage and Preparation of Breast Milk | Breastfeeding | CDC
  5. Bagaimana susu ibu dihasilkan?
  6. The Benefits of Breastfeeding for Both Mother and Baby
  7. Jenis Susu Ibu: Beza Kolostrum, Hindmilk Dan Foremilk – Hello Doktor
  8. 6 Kandungan Penting Dan Berkhasiat dalam Susu Ibu – DoctorOnCall
  9. Confinement Red Dates Tea
  10. How Dates Can Help Improve Your Breastmilk Supply |
  11. Goji Berries: Nutrition, Benefits, and Side Effects
  12. 7 goji berry benefits backed by science
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here