Sesak Nafas Tanda Kolesterol Tinggi!

Kolesterol tinggi punca utama untuk kita mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan strok. Sebanyak 15% daripada kematian pada tahun 2019 disebabkan oleh penyakit jantung dan statistik dibuat berdasarkan kematian yang disahkan secara perubatan. Ini membuktikan bahawa setiap tahun penyakit jantung menjadi punca utama kematian masyarakat di Malaysia. Risiko untuk kita mendapat penyakit jantung dan strok bermula dengan masalah kolesterol tinggi. 

Image Source: istockphoto.com

Kolesterol tinggi, rendah atau normal semuanya bermula dengan pemakanan harian dan gaya hidup kita tersendiri. Kedua-dua faktor ini membentuk kesihatan tubuh badan kita. Dua komponen ini sangat signifikan dalam memastikan kesihatan tubuh badan sesuai dengan usia kita. Hal ini kerana, kita akan tampak sangat aneh untuk menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan strok di usia muda. Bayangkan di usia dimana darah kita masih panas membara, kudrat masih kuat dan sihat tetapi kita tidak menjaganya dengan baik. 

Mencegah lebih baik daripada merawat dan seharusnya kita mengambil peluang ketika muda ini untuk menjaga corak gaya hidup dan pemakanan. Ini kerana, kecuaian dalam menjaga 2 faktor penting ini boleh meragut kebahagian dan juga nyawa kita. Terdedah kepada pelbagai risiko komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh kolesterol yang tinggi seperti strok, penyakit jantung, xanthelasma dan penyakit arteri periferal. 

Dalam penulisan ini akan dibahaskan bagaimana kolesterol tinggi dalam badan boleh menjejaskan pernafasan dan menyebabkan pernafasan kita boleh tersangkut.

Jenis Kolesterol: HDL dan LDL

Sebenarnya kolesterol juga memainkan peranan penting dalam tubuh badan seperti melindungi dan membentuk sel-sel yang baru untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Bukan itu sahaja, malah untuk menghasilkan hormon.

Kolesterol terdiri kepada dua jenis iaitu: HDL dan LDL. HDL ialah high-density lipoprotein merupakan kolesterol baik yang berpotensi untuk melindungi kita daripada sakit jantung dan strok. Kolesterol baik (HDL) memainkan peranan signifkan untuk membersihkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

Image Source: istockphoto.com

LDL pula low-density lipoprotein ialah kolesterol jahat atau kolesterol tak baik. Kolesterol jahat ini merangkumi sebahagian besar daripada jumlah kolesterol dalam tubuh badan manusia. Kolesterol LDL ini biasanya melekat pada dinding arteri dan membentuk plak yang akan mendorong terjadinya aterosklerosis. Aterosklerosis adalah penyempitan pembuluh darah arteri yang disebabkan oleh pengumpulan plak kolesterol. 

Adakah Kolesterol Tinggi Jejas Pernafasan?

Kadar kolesterol tinggi dalam badan meningkatkan risiko untuk kita menghidap penyakit kronik seperti strok dan serangan jantung. Sekiranya kita tidak menjaga kadar kolesterol dalam darah ia akan menyebabkan gangguan dan komplikasi dalam badan. Hal ini kerana plak kolesterol jahat akan membentuk gumpalan pada dinding arteri dan akan menganggu aliran darah ke seluruh badan.

Image Source: istockphoto.com

Dinding arteri atau saluran darah akan menyempit dan akhirnya tersumbat menyebabkan darah yang membawa oksigen tidak dapat dibawa ke jantung. Bila jantung kita tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi, kita akan mengalami sakit dada. Risiko untuk terkena serangan jantung boleh meningkat sekiranya bekalah darah dan oksigen ke jantung terputus. 

Antara tanda dan gejala serangan jantung adalah seperti:

  • Peluh sejuk
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Lesu
  • Pedih ulu hati

Dengan ini, ia membuktikan bahawa kolesterol tinggi mampu menjejaskan pernafasan kita. Kadar kolesterol yang tinggi menyumbat dan menganggu aliran darah dan oksigen ke jantung menyebabkan kita rasa sesak nafas. 

Kesimpulan

Kolesterol tinggi berpotensi untuk membawa pada kepada kesihatan kita kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit kronik yang lain. Hampir kebanyakan kematian di Malaysia yang berpunca daripada penyakit jantung bermula dengan masalah kolesterol tinggi yang tak dikawal.

Rujukan

  1. Kolesterol & Sesak Nafas
  2. Penyakit Jantung
  3. Serangan Jantung Pada Usia Muda
  4. Kesan Kolesterol Tinggi
  5. Elak Penyakit Jantung
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here