Masalah Dalaman Punca Wanita Sukar Hamil

Kehamilan merujuk kepada proses pembentukan janin di dalam rahim seorang wanita dan di akhir proses iaitu selepas 9 bulan adalah proses kelahiran bayi.

Normal lah bagi wanita dan pasangannya yang dah berkahwin mempunyai hasrat dan berusaha untuk memperolehi zuriat. Sekiranya tiada masalah dan kesukaran pasangan yang berkahwin tidak perlu menunggu jangka masa yang lama untuk pasangan wanitanya hamil.

Image Source: istockphoto.com

Walaubagaimanapun, ada juga pasangan berkahwin yang menghadapi kesukaran untuk memperolehi zuriat walaupun sudah beberapa kali melakukan hubungan intim tanpa perlindungan. Fakta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan satu daripada enam atau tujuh pasangan kemungkinan mengalami kesukaran untuk menimang zuriat.

Kesukaran memperoleh zuriat ini dilihat sebagai satu masalah yang besar bagi pasangan yang sudah berkahwin sehingga ada yang sanggup menghabiskan ratusan duit, tenaga, emosi dan usaha.

Akibat daripada belum memperoleh zuriat selepas beberapa tahun sudah berkahwin menyebabkan pasangan ini sering dipandang rendah dan dijadikan bahan jenaka oleh orang-orang dan keluarga sekeliling. Tanggapan orang sekeliling akan memberikan tekanan yang membahayakan pasangan berkahwin tersebut dan juga rumah tangga mereka.

Asian muslim couple husband and wife having fight, argue and ignoring on each other, bad relationship in marriage concept

Faktor-Faktor Menyebabkan Kesukaran Untuk Hamil

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi peluang seorang wanita untuk hamil adalah seperti:

  • Berat badan berlebihan
  • Faktor usia
  • Masalah tekanan 
  • Gaya hidup
  • Masalah kesihatan
  • Pemakanan

Bukan itu sahaja, malah masalah dalaman wanita juga boleh menjadi faktor atau punca yang menyumbang kepada masalah-masalah dan kesukaran untuk hamil. Masalah dalaman wanita sering kali dikaitkan atau memberi kesan terhadap alat sulit wanita.

Apa jenis masalah dalaman wanita yang menjadi punca wanita sukar hamil?

Masalah Dalaman Wanita Mempengaruhi Kehamilan

Endometriosis

Image Source: istockphoto.com

Penyakit Endometriosis ini tidaklah bahaya tapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan   komplikasi lain seperti menyekat saluran peranakan wanita.

Endometriosis terjadi bila selaput endometrium yang sepatutnya tumbuh dalam rahim tapi dah  tumbuh di salur fallopian, ovari, usus besar dan kecil. Selaput endometrium terdiri daripada beberapa lapisan termasuk sel seakan sel kulit, sel darah, ruang tisu dan kelenjar.

Awal Menopaus

Image Source: istockphoto.com

Maksud awal menopaus ini merujuk kepada ovari wanita berhenti menghasilkan telur dan tidak mempunyai sebarang kitaran sebelum mencecah umur 40 tahun.

Keadaan ini mungkin berpunca daripada kelemahan sistem imun, kesan rawatan kemoterapi dan genetik.

Gangguan Ovulasi

Image Source: istockphoto.com

Gangguan pada kitaran ovulasi juga masalah dalaman yang menjadi salah satu punca wanita sukar hamil. Ovulasi adalah proses dimana telur dihasilkan daripada ovari.

Antara penyakit gangguan ovulasi adalah PCOS yang juga dikenali sebagai penyakit sindrom ovari polisistik. PCOS adalah keadaan di mana wanita menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan. Penyakit ini boleh menjejaskan kesuburan wanita.

Lekatan Pada Pelvis

Image Source: istockphoto.com

Terdapat lekatan pada pelvis yang merujuk kepada tisu parut yang terbentuk selepas seseorang wanita mengalami jangkitan pada pelvisnya. Lekatan pada pelvis ini bertindak mencantumkan organ.

Bukan sahaja jangkitan pada pelvis yang menyebabkan lekatan pelvis, malah masalah seperti endometriosis, usus buntu dan pembedahan pada pelvis juga menyebabkan keadaan lekatan ini.

Kecacatan pada rahim

Image Source: istockphoto.com

Kecacatan pada rahim atau serviks terjadi apabila terdapat ketumbuhan yang terbentuk pada dinding rahim dan menyekat tiub fallopio. Ini akan menghalang telur daripada melekat pada rahim.

Kanser

Terdapat kanser dan rawatan kanser yang menjejaskan kesuburan wanita terutama yang berkait rapat dengan sistem reproduktif manusia.

Rawatan Yang Boleh Dipertimbangkan

Image Source: istockphoto.com

Sekiranya mempunyai masalah-masalah dalaman yang menjejaskan dan menyebabkan kesukaran untuk hamil, pasangan berkahwin boleh mempertimbangkan rawatan-rawatan ini.

Rawatan ini membantu untuk meningkat kesuburan wanita dan menyediakan kaedah lain untuk memperoleh zuriat.

Antara rawatan yang boleh dipertimbangkan adalah:

  • Ubat kesuburan – Berfungsi untuk merangsang penghasilan telur.
  • IUI (Inseminasi Intrauterin) – Sperma suami yang sihat diletakkan terus ke dalam rahim isteri semasa ovari melepaskan telur.
  • Pembedahan – Pembedahan tertentu dilakukan akibat daripada masalah rahim untuk mengembalikan kesuburan.
  • Kaedah IVF (Persenyawaan In Vitro) – Telur daripada ovari wanita dan sperma lelaki yang matang disuburkan di dalam makmal menggunakan tabung uji. Embrio yang terbentuk kemudian akan disenyawakan semula ke dalam rahim.

3 Tips Menguatkan Rahim

Image Source: istockphoto.com

Rahim seorang wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam asas kehidupan manusia. Oleh itu, semua wanita harus menitikberatkan dan peka dengan kesihatan rahim masing-masing.

Hal ini kerana masalah rahim lemah boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan menjejaskan peluang untuk mendapat zuriat.

Apa tips yang kaum wanita boleh amalkan untuk kuatkan rahim? Jom baca!

  1. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan nutrisi

Kalau nak tahu, terdapat makanan yang boleh kuatkan rahim wanita tau. Antaranya adalah makanan yang tinggi dengan protein seperti salmon, ayam, susu, daging lembu dan kacang soya.

Kurma juga makanan yang tanpa disedari boleh kuatkan rahim kerana kaya dengan vitamin A, vitamin C, zat besi, dan kalsium. Bukan itu sahaja, kurma juga membekalkan tenaga kepada badan. Sesuai dijadikan snek harian yang sihat.

Makanan lain yang bantu kuatkan rahim adalah seperti teh hijau dan badam.

  1. Mengamalkan gaya hidup sihat

Gaya hidup yang sihat dan aktif dimana kita orang wanita aktif bersukan atau melakukan aktiviti fizikal juga dapat membantu kita untuk kuatkan rahim.

Apabila kita aktif dan sihat, berat badan juga terjaga serta tidak berlebihan. Masalah berat badan berlebihan akan menyebabkan kitaran haid terganggu dan menjadi tidak normal. Malah hormon juga menjadi tidak seimbang.

  1. Mengelakkan diri daripada tabiat menahan kencing

Tabiat menahan kencing ini boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI). Antara tanda jangkitan adalah rasa sakit ketika membuang air kecil dan rasa sakit pada pelvis.

Jangkitan saluran kencing ini menjejaskan bahagian pelvis dan meningkatkan risiko jangkitan yang lain seperti jangkitan pelvis dan faraj.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masalah dalaman wanita adalah salah satu faktor berat yang menjejaskan kesuburan wanita dan menyebabkan kesukaran untuk memperoleh zuriat. Walaubagaimanapun, ada rawatan dan kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk membantu meningkatkan kesuburan dan untuk mendapatkan zuriat.

Untuk mengurangkan risiko mempunyai masalah dalaman pada rahim, seseorang wanita perlulah peka dengan penjagaan rahimnya seperti menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, mengelakkan daripada mengamalkan tabiat-tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan rahim seperti menahan kencing.

Rujukan

  1. Nak Cepat ‘Lekat’ Lepas Berkahwin? Amalkan 4 Jenis Makanan Ini Bagi Rahim Kuat!
  2. Healthy Eating for Women
  3. Foods That Can Affect Fertility
  4. Infertility Specialists, Treatments & Services
  5. Sebenarnya Berapa Lama Boleh Tahan Kencing? Tahu Tak BAHAYA Jika Lebih Tempoh Ini!
  6. Infertility – NHS
  7. Why Am I Not Getting Pregnant? 8 Possible Reasons
  8. Susah hamil(ingin mengandung)- Assalamualaikum,hai doktor…saya-DoctorOnCall
  9. Kesukaran Untuk Hamil – PORTAL MyHEALTH
  10. Tanda, Punca & Kaedah Rawatan Untuk Wanita Sukar Hamil
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here