Khasiat Lingzhi Tidak Dimamah Zaman

Masih ramai lagi yang belum tahu tentang kebaikan cendawan Lingzhi ini terutamanya rakyat Malaysia. Cendawan Lingzhi kini mengambil tempat dan mendapat nama di pasaran di negara ini. Terdapat banyak produk alternatif herba yang berasaskan cendawan Lingzhi ini tetapi apa kebaikannya dan apa nutrien yang terkandung di dalam cendawan ini? Dalam penulisan ini, akan dibahaskan mengenai latar belakang, asal usul, kandungan nutrien, kebaikan dan kesan sampingan cendawan Lingzhi ini untuk pengetahuan semua. 

Apa Sebenarnya Cendawan Lingzhi?

Image Source: istockphoto.com

Cendawan Lingzhi ini atau nama saintifiknya adalah Ganoderma Lucidum. Cendawan ini juga dikenali dengan nama Cendawan Reishi adalah sejenis herba Timur yang sangat popular. 

Selain daripada 3 nama tersebut, cendawan ini juga mempunyai beberapa nama yang lain seperti:

  • Yeongji
  • 10000 Years Mushroom
  • Mannamtake
  • Rokkaku-Reishi
  • Ganoderma Spores
  • Cendawan Keabadian (Mushroom of Immortality)
  • Antlered Reishi

Herba Lingzhi ini mempunyai saiz yang besar berbanding cendawan biasa dan berwarna merah, sedikit perang berkilat. Bentuknya juga unik berbanding jenis cendawan yang lain.

Cendawan ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional orang Cina. Ia juga sudah digunakan sejak berabad lamanya dari zaman Dinasti Shu kira-kira 2,400 tahun yang lalu. Popularitinya juga berkembang dalam perubatan Jepun dan Korea.

Kandungan Cendawan Lingzhi

Image Source: istockphoto.com

Cendawan Lingzhi mengandungi molekul seperti triterpenoid, polisakarida dan peptidoglikan yang dikatakan mempunyai kebaikan untuk kesihatan kita.

Antara molekul atau nutrien lain seperti mineral yang ditemui dalam cendawan ini adalah:

  • Peptide
  • Protein
  • Fenol
  • Zink
  • Iodin
  • Zat besi
  • Selenium
  • Asid amino
  • Oligosakarida
  • Serat

Menurut kajian yang dibuat, komponen bioaktif yang terkandung dalam cendawan Lingzhi ini berpotensi untuk merawat masalah kesihatan seperti hepatopati, hepatitis kronik, hipertensi, artritis, insomnia, bronkitis, asma, ulser gastrik, diabetes, anoreksia dan kanser. Bukan itu sahaja, malah masalah kesihatan seperti penyakit hati, buah pinggang, jantung, dan jangkitan virus juga boleh dibantu dengan cendawan ini.

Khasiat & Kebaikan

Image Source: Istockphoto.com

Khasiat dan kebaikan cendawan Lingzhi yang dibahaskan dalam penulisan ini adalah berdasarkan 6 kajian saintifik yang telah dilakukan dan diuji ke atas sel, haiwan dan manusia.

Tingkatkan Sistem Imunisasi

Image Source: istockphoto.com

Antara kesan atau khasiat cendawan Lingzhi yang ketara adalah ia membantu meningkatkan ketahanan sistem imunisasi badan. Terdapat kajian in vitro (test tube) yang dilakukan ke atas cendawan Lingzhi ini mendapati ia memberi kesan kepada gen dalam sel darah putih. Untuk yang belum sedia maklum, sel darah putih memainkan peranan kritikal dalam sistem imunisasi kita.

Selain itu, ada juga kajian yang dibuat ke atas pesakit kanser dan terbukti terdapat molekul yang terkandung dalam cendawan ini meningkatkan rangsangan aktiviti sel darah putih semula jadi. Ia bertindak sebagai pertahanan yang melawan jangkitan dan sel kanser.

Kaya dengan Elemen Anti-Kanser

Ramai individu di serata dunia mengamalkan cendawan ini sebagai suplemen kerana ianya kaya dengan kandungan anti-kanser. Dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study yang dilakukan mendapati sebanyak 59% daripada 4,000 pesakit kanser payudara yang terselamat mengamalkan cendawan Lingzhi.

Tingkatkan Kesihatan Jantung

Image Source: istockphoto.com

Terdapat satu kajian yang dijalankan selama 12 minggu yang melibatkan seramai 26 orang menunjukkan cendawan Lingzhi ini berpotensi meningkatkan kadar kolesterol baik dan mengurangkan kadar trigliserida.

Keseluruhannya, banyak kajian dan uji kaji masih perlu dilakukan untuk menyokong kebaikan Lingzhi ini.

Melawan Lesu Badan & Kemurungan

Cendawan Lingzhi juga dibuktikan membantu untuk mengatasi masalah lesu, kemurungan dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti hidup.

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan di mana melibatkan kira-kira 132 orang yang menghidap Neurasthenia, sejenis keadaan kesihatan yang mempunyai gejala pening, sakit kepala, sakit-sakit dan sengal badan. Ianya dikatakan masalah lesu dan gejala Neurasthenia yang dialami oleh 132 orang ini berkurangan setelah mengambil suplemen Lingzhi selepas 8 minggu.

Bukan itu sahaja, malah gejala kemurungan dan kegelisahan (anxiety) juga dikatakan berkurangan daripada biasa.

Menstabilkan Kadar Gula

Image Source: istockphoto.com

Komponen yang terkandung dalam cendawan Lingzhi mempunyai kesan hipoglikemik di mana ia boleh mengatur dan menurunkan kadar gula yang tinggi. Kajian yang sama dilakukan kepada tikus makmal dan juga manusia. Walaubagaimanapun, masih banyak siasatan dan kajian yang perlu dilakukan untuk menguatkan lagi kesan Lingzhi ke atas kandungan gula.

Kesimpulan

Konklusinya, Cendawan Lingzhi adalah herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Cina sejak berabad lalu. Beberapa kajian yang dilakukan, didapati Lingzhi mempunyai nutrisi dan khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Walaubagaimanapun, sebelum mengamalkan apa jua herba tumbuhan sebagai salah satu komponen untuk meningkatkan kesihatan tubuh, konsultasi daripada pakar adalah dinasihatkan.

Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here