Ketagih Ramen Samyang? Ini Keburukan Makan Pedas Berlebihan!

Sensasi kegilaan Samyang Challenge ini bermula pada tahun 2014 oleh seorang “Youtuber” yang digelar sebagai Korean Englishman. Youtuber ini mencabar rakannya di dalam satu video untuk menghabiskan satu paket Samyang Fire Chicken Noodles yang dikatakan sangat pedas. Video tersebut mendapat perhatian rata-rata warganet dan menjadi garisan permulaan sensasi Samyang Challenge di seluruh dunia. 

Image Source: istockphoto.com

Sensasi ini akhirnya menjejakkan kakinya di Malaysia pada tahun 2016. Sehingga hari ini, 2021, Samyang Korean Fire Noodles boleh dijumpai di rata-rata kedai runcit dan pasaraya di Malaysia. Timbul kontroversi soal halal haram Samyang ini kerana ianya produk buatan Korea. Kontroversi ini diselesaikan dengan bukti hanya produk Samyang yang halal sahaja di import masuk ke Malaysia.

Bukan itu sahaja kontroversi yang timbul apabila sensasi Samyang Challenge mula digilai ramai di Malaysia. Ada kontroversi yang wujud dimana terdapat individu-individu yang ketagih memakannya tanpa kawalan.

Salah Ke Makan Pedas?

Image Source: istockphoto.com

Tidak salah untuk kita makan makanan pedas, tapi sekiranya makanan tersebut pedas yang melampau dan kita pula mengambilnya secara berlebihan boleh memudaratkan diri. Sedap dan menyelerakan tapi menjejaskan kesihatan? Berbaloi ke? Menurut Dr Zaharuddin, makanan yang terlalu pedas boleh menjejaskan fungsi badan seperti pedih ulu hati, sistem usus terganggu dan kekejangan perut.

Apa jadi dalam badan kita sekiranya kita makan makanan pedas berlebihan dan tanpa kawalan? Ini kesan buruk terhadap badan kita sekiranya kita makan makanan pedas berlebihan.

1. Gejala Cirit-Birit, Sembelit & Buasir

Image Source: istockphoto.com

Dalam kebanyakan makanan pedas mengandungi bahan yang bernama capsaicin yang dikatakan boleh merengsa. Apabila kita makan makanan pedas, lidah kita terasa seakan terbakar. Macam mana kalau masuk dalam perut? Perut kita akan berasa sakit dan pedih.

Sebaik sahaja makanan pedas turun ke usus, ia boleh menyebabkan cirit-birit kerana usus kita bertindak balas dengan sisa makanan pedas tersebut. Gejala cirit-birit mungkin mengambil masa agak lama untuk muncul bagi individu yang mempunyai toleransi pedas yang tinggi. Berbeza dengan individu yang mempunyai dinding perut sensitif dan toleransi pedas yang rendah.

Image Source: istockphoto.com

Jangan pandang gejala cirit-birit dengan sebelah mata. Cirit-birit yang normal menunjukkan bahawa badan kita berfungsi dengan baik. Manakala cirit-birit yang kronik di mana keadaan tersebut berlarutan melebihi 4 minggu, najis berair dan berdarah

Bukan itu sahaja, apabila kita makan makanan pedas berlebihan yang menyebabkan kita cirit-birit dan sembelit untuk jangka masa yang lama, ia boleh menyumbang kepada buasir. Di mana pembuluh darah di bahagian rektum dan dubur membengkak serta menyebabkan kegatalan dan kesakitan ketika membuang. Buasir menyebabkan ramai orang fobia untuk ke tandas kerana kesakitan yang dirasai apabila hendak membuang sehingga terdapat campuran darah pada najis.

2. Keradangan Usus

Image Source: istockphoto.com

Radang usus boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana usus kita mengalami keradangan atau inflamasi. Keadaan ini sekaligus menjejaskan sistem pencernaan kita kerana terdapat kerosakan fizikal pada usus. Ujian saringan yang boleh dilakukan seperti endoskopi dan sinar-X membantu kita untuk lihat kerosakan pada usus tersebut. 

Antara gejala radang usus adalah seperti:

  • Najis berdarah atau berwarna hitam
  • Kekurangan zat makanan
  • Sakit perut yang kronik
  • Kerap buang air besar
  • Demam
  • Pedih ulu hati

Sebagai iktibar, pada tahun 2019, individu yang bernama Mohamad Naufal Mohamed Nasorllah Antezen ditahan di hospital selama 2 hari selepas 2 minggu menderita sakit perut yang kronik. Graduan undang-undang ini mengaku obses dan ketagih dengan makanan pedas sejak kecil lagi. Pemeriksaan dan ujian saringan dilakukan terhadapnya dan didapati Mohamad Naufal mengalami masalah GERD (Gastro Esofagus Refluks Disease) yang menyebabkan pedih ulu hati dan injap ususnya juga sudah sedikit longgar.

Makanan pedas bersifat pedih, jadi pengambilan yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan kepedihan dan keradangan pada usus kita. Kepedihan ini boleh perlahan-lahan memberi kerosakan fizikal terhadap usus kita. 

3. Menjadi Punca Masalah Angin Dalam Badan

Image: Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Bila makan makanan pedas, kita lebih cenderung untuk makan dan kunyah dengan cepat. Ini akan menyebabkan makanan yang dimakan tidak hancur dengan sepenuhnya sewaktu turun ke perut. Nak tahu apa lagi yang terjadi bila kita makan makanan pedas dengan tergesa-gesa? Tahap asid dalam perut juga tidak dapat dilaraskan dengan baik dan akan menyebabkan asid naik semula ke dalam salur makan.

Asid yang naik semula ke dalam salur makan boleh menjadi punca salur makan kita radang atau rasa pedih ulu hati. Keadaan ini juga dikenali sebagai GERD (Gastro Esofagus Refluks Disease). Bukan sahaja asid malah kandungan makanan juga naik semula dalam salur makan kita yang buat badan berangin. Kita akan berasa pedih ulu hati, kerap sendawa, loya, muntah, sakit dada dan pening.

Image Source: istockphoto.com

Selain itu, kita juga berisiko untuk mengalami penyakit gastrik. Tahap asid perut yang tak dapat dilaraskan boleh menjadi tidak stabil dan menghakis lapisan mukosa seterusnya mencederakan dinding perut. Antara tanda gastrik adalah seperti rasa pedih dalam perut, hilang selera makan, dan kembung perut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tiada masalah nak makan makanan pedas tapi berpada-pada dan bersederhana itu sangat penting. Pengambilan apa jua makanan secara berlebihan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 

Sebenarnya kalau kita mengambil makanan pedas secara bersederhana ia memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti membantu pengaliran darah dan mengurangkan sakit sendi. Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak mengamalkan kesederhanaan pada makanan kegemaran mereka dimana ia boleh memberi mudarat.

Rujukan

  1. Keburukan Makan Pedas
  2. Baik Buruk Makan Pedas
  3. Spicy Foods: Healthy or Not?
  4. Spicy Foods: To eat or Not to eat
  5. Buasir
  6. Individu Serik Makan Pedas
  7. Is Your Favorite Spicy Food Damaging Your Stomach?
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here