Ini SEBAB Kenapa Pundi Kencing ROSAK Sebelum Mencapai Usia 40!

Pundi kencing adalah antara organ terpenting dalam badan kita yang bekerja sepanjang hayat kita. Organ ini terletak di bahagian bawah perut dan merupakan salah satu organ yang berongga. Fungsi organ ini adalah untuk menyimpan air kencing.

Mengapa pundi kencing dikatakan sebagai organ terpenting dalam badan kita? Hal ini kerana selain daripada menyimpan air kencing, ia juga bekerja untuk membuang air kencing supaya air kencing yang baru ditapis oleh buah pinggang boleh disimpan untuk pembuangan seterusnya.

Image Source: istockphoto.com

Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia, pundi kencing kita juga akan semakin lemah dan kurang tegang sekiranya tidak dijaga dengan baik. Apa yang terjadi sekiranya pundi kencing sudah tidak kuat dan hilang ketegangan? Pundi kencing tidak akan dapat menahan isipadu atau jumlah air kencing yang banyak. Ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air kecil.

Selain daripada elastik pundi kencing menjadi tidak tegang, otot dinding pundi kencing dan pelvis (lantai pinggul) juga menjadi lemah.. Ini boleh menyebabkan proses pengosongan pundi kencing secara sepenuhnya menjadi susah.

Punca Pundi Kencing Lemah & Kehilangan Ketegangan

Image Source: istockphoto.com

Selain daripada peningkatan usia, terdapat punca dan faktor lain lagi yang menyebabkan pundi kencing kita lemah, hilang ketegangan dan mungkin juga rosak. Antara punca lain adalah seperti corak pemakanan, gaya hidup, masalah kesihatan umum, keadaan kesihatan yang dialami wanita dan keadaan kesihatan yang dialami lelaki.

Corak Pemakanan & Gaya Hidup

Corak pemakanan dan gaya hidup kita juga boleh menjadi punca pundi kencing kita merosot dan rosak dalam jangka masa yang lama. Antara contoh corak pemakanan yang tidak sihat adalah pengambilan gula yang tinggi. Corak pemakanan tinggi gula bukan sahaja boleh merosakkan pundi kencing malah buah pinggang juga terancam. Hal ini kerana, buah pinggang bekerja untuk menapis sisa buangan dalam badan dan dibuang melalui pundi kencing.

Banyak gula dalam badan bermakna buah pinggang dan pundi kencing kita perlu bekerja dengan lebih kuat untuk membuang lebihan gula dan sisa lain keluar daripada badan kita. Dalam jangka masa yang lama, buah pinggang dan pundi kencing akan mula lemah, tidak tegang dan rosak.

Masalah Kesihatan

Terdapat beberapa masalah kesihatan yang memberi komplikasi kepada pundi kencing kita secara tidak langsung. Masalah-masalah kesihatan ini memberi kesan kepada keupayaan organ ini untuk mengawal air kencing.

Antara masalah dan keadaan kesihatan yang memberi komplikasi kepada pundi kencing kita adalah seperti:

  • Diabetes atau Kencing Manis
  • Masalah berat badan berlebihan atau obesiti
  • Sembelit berpanjangan dan kronik
  • Batuk berpanjangan
  • Kecacatan semasa kelahiran
  • Jangkitan pada pundi kencing
  • Saluran kencing tersumbat akibat tumor atau batu karang
  • Masalah sistem saraf (Parkinson, Strok, Alzheimer)
Image Source: istockphoto.com

Masalah & Keadaan Kesihatan Wanita

Selain daripada masalah kesihatan umum, masalah dan keadaan kesihatan wanita juga boleh mendorong kepada kerosakan pundi kencing mereka. Hal ini kerana, kebanyakan masalah kesihatan wanita memberi kesan dan melemahkan otot lantai pelvis wanita. 

Otot lantai pelvis yang lemah akan menyukarkan pundi kencing untuk menahan air kencing sewaktu mengalami tekanan. Antara komplikasi yang boleh dialami oleh wanita sekiranya otot lantai pelvis lemah adalah stres inkontinen. 

Antara masalah dan keadaan kesihatan wanita yang memberi kesan kepada pundi kencing wanita adalah:

  • Kecederaan atau trauma seperti serangan seksual
  • Menopaus
  • Kehamilan dan kelahiran anak
  • Organ peranakan jatuh 

Masalah dan Keadaan Kesihatan Lelaki

Untuk masalah serta keadaan kesihatan lelaki yang memberi kesan kepada pundi kencing mereka seringkali melibatkan prostat. Hal ini kerana kaum lelaki mempunyai kelenjar prostat yang mengelilingi pembukaan pundi kencing.

Sejajar dengan peningkatan usia dan penuaan seseorang lelaki, saiz prostatnya juga akan membesar. Ada juga yang menjadi terlalu besar sehingga membentuk masalah kesihatan iaitu penyakit prostat bengkak. Selain itu, penyakit seperti kanser prostat juga akan memberi kesan kepada pundi kencing lelaki.

Antara komplikasi yang boleh dialami oleh lelaki adalah seperti:

  • Pengaliran air kencing yang lemah
  • Sukar mengosongkan pundi kencing sepenuhnya 
  • Susah untuk membuang air kecil
  • Susah untuk mengawal pundi kencing

Penyakit & Masalah Pundi Kencing Biasa Berlaku

Image Source: Istockphoto.com

Inkontinen Urin

Inkontinen Urin ini merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu tidak berupaya untuk mengawal pundi kencingnya. Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, meskipun tidak serius tetapi ia masih boleh mengganggu kehidupan harian kita.

Terdapat beberapa jenis masalah Inkontinen Urin iaitu:

  • Inkontinen stres (Kebocoran saluran kencing akibat tekanan)
  • Inkontinen fungsi (Kesukaran untuk menggunakan tandas akibat daripada masalah fizikal, kekeliruan, kemurungan dan komunikasi)
  • Inkontinen refleks (Mengeluarkan air kencing lebih banyak)
  • Inkontinen terdesak (Rasa ingin terkencing secara tiba-tiba dan mudah untuk terkencing)

Retensi Urin

Keadaan atau masalah Retensi Urin ini bermaksud pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Keadaan ini boleh berlaku untuk jangka masa yang panjang atau pendek secara akut ataupun kronik.

Masalah Retensi Urin ini dikatakan lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki.

Keradangan Pundi Kencing

Masalah keradangan pundi kencing ini juga dikenali sebagai interstitial cystitis yang merupakan antara masalah pundi kencing kronik. Ia melibatkan tekanan dan rasa sakit di kawasan pundi kencing.

Pundi Kencing Terlebih Aktif (OAB)

Keadaan pundi kencing terlebih aktif atau OAB ini bukanlah sejenis penyakit tetapi ia lebih kepada nama yang diberikan kepada sekumpulan gejala pundi kencing. Gejala OAB yang lazim adalah rasa ingin buang air kecil yang tinggi dan kerap kencing pada waktu siang atau malam.

Jenis Makanan Menguatkan Pundi Kencing

Image Source: istockphoto.com

Pemakanan yang kita ambil seharian memainkan peranan penting dalam memastikan ketahanan dan kesihatan pundi kencing kita dalam jangka masa akan datang. 

Antara jenis makanan yang diambil secara berlebihan dan boleh merosakkan pundi kencing kita adalah seperti:

  • Makanan pedas
  • Buah-buahan Citrus
  • Coklat
  • Daging diproses
  • Makanan/Minuman tinggi gula
  • Minuman berkarbonat
  • Minuman berkafein
  • Produk tenusu

Makanan dan minuman yang disenaraikan di atas tidak perlu dielakkan sepenuhnya tetapi kita perlulah sentiasa mengambil berat tentang kekerapan pengambilannya. Hal ini kerana, pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan badan kita. Mengamalkan kesederhanaan atau sekali-sekala adalah jalan yang terbaik.

Kalau senarai di atas adalah makanan yang perlu dikurangkan untuk mengelakkan kerosakan pundi kencing, bagaimana pula dengan makanan yang menguatkan pundi kencing kita?

Banyak jenis makanan yang boleh kita amalkan untuk menguatkan ketahanan pundi kencing, antaranya adalah:

  1. Buah dan sayuran yang TIDAK BERASID & KAYA VITAMIN
    • Tembikai
    • Strawberi
    • Epal
    • Kelapa
    • Epal
    • Pisang
    • Beri hitam
    • Lobak merah
    • Brokoli
    • Kangkung
    • Timun
    • Asparagus
    • Seleri
  2. Makanan yang TINGGI SERAT 
    • Badam
    • Barli
    • Kekacang
    • Lentil
    • Oat
    • Rasberi
  3. Makanan KAYA PROTEIN
    • Telur
    • Ayam
    • Ikan
    • Tauhu

Tips Menjaga Kesihatan Pundi Kencing

Image Source: istockphoto.com

Selain daripada mengamalkan makanan yang menguatkan pundi kencing, kita juga boleh mengamalkan tips-tips mudah ini menjaga pundi kencing kita.

  1. Minum air yang secukupnya (Meningkatkan kesihatan buah pinggang dan pundi kencing)
  2. Jangan/Berhenti merokok (Mengelakkan batuk kronik yang boleh memberi tekanan kepada pundi kencing)
  3. Mengamalkan senaman kegel (Menguatkan otot lantai pelvis)
  4. Bersenam (Mengatasi masalah sembelit dan kurangkan risiko masalah pundi kencing)
  5. Buang tabiat menahan kencing (Tabiat ini boleh melemahkan otot pundi kencing)

Kesimpulan

Kesimpulannya, kebanyakan masalah pundi kencing berpunca daripada gaya hidup, tabiat buruk dan pemakanan tidak sihat kita sendiri. Oleh itu, kita seharusnya lebih peka dan mengambil berat tentang kesihatan bukan sahaja organ pundi kencing kita malah kesihatan organ-organ yang lain juga. 

Sebelum mengamalkan sebarang tips atau mengambil keputusan yang melibatkan kesihatan, kita perlulah merujuk kepada doktor terlebih dahulu, terutamanya yang mempunyai masalah kesihatan. 

Rujukan

  1. Petua-Petua Untuk Menangani Masalah Inkontinen Urin – PORTAL MyHEALTH
  2. Masalah Pundi Kencing
  3. Urinary Incontinence – Symptoms – Treatment
  4. What is Interstitial Cystitis(IC)/Bladder Pain Syndrome? – Urology Care Foundation
  5. Overactive Bladder (OAB): Symptoms, Diagnosis & Treatment – Urology Care Foundation
  6. Urinary Retention
  7. Elak 5 Makanan Ini Jika Anda Ada Masalah Kencing Kotor, Makin Buruk Jadinya Nanti!
  8. Bladder-Irritating Foods: Symptoms, Diet, Relief
  9. 10 Diet Changes Your Bladder Will Love.
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here