Hentikan STIGMA Psoriasis! Penyakit Ini Tidak Berjangkit!

Penyakit kulit bersisik, Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik di mana kulit pesakit menebal dengan lebih cepat berbanding kulit individu normal. Penyakit Psoriasis bukanlah sejenis penyakit yang jarang ditemui, sekurang-kurangnya sebanyak 12 ribu rakyat Malaysia disahkan menghidap Psoriasis.

Psoriasis juga bukan sekadar penyakit kulit, ia juga sejenis penyakit auto-imun yang memberi kesan kepada kulit seseorang individu sehingga menjadi ‘luka’. Penyakit jenis auto-imun menyebabkan sistem imun badan seseorang individu menyerang pertahanan tubuhnya sendiri. 

Image Source: istockphoto.com

Bagi penyakit Psoriasis ini, sel pada lapisan luar kulit iaitu epidermis menjadi sasaran utama. Keadaan ini akan menyebabkan pembentukan tompokan kering merah dan kulit bersisik yang disebut sebagai plak. Antara bahagian kulit badan yang sering diserang penyakit Psoriasis ini adalah kulit kepala, siku, lutut, kaki dan kuku.

Meskipun penyakit ini tidak berjangkit tetapi pesakit Psoriasis sering dipandang dengan tidak mesra dan kurang selesa. Hal ini akan menyebabkan pesakit bukan sahaja perlu melawan penyakit Psoriasis ini tetapi juga rasa malu dan kurang keyakinan diri.

Punca Penyakit Psoriasis

Punca penyakit Psoriasis ini masih belum diketahui dan masih lagi disiasat. Para saintis juga mempercayai penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor genetik dan faktor persekitaran. Selain itu, Psoriasis ini juga boleh terjadi akibat daripada masalah dan keadaan kesihatan yang lain seperti:

  • Diabetes type 2
  • Kegelisahan 
  • Kemurungan
  • Penyakit jantung
  • Artritis Psoriatik
  • Sindrom Iritasi Usus

Jenis-Jenis Psoriasis

Image Source: istockphoto.com
  1. Psoriasis Bertompok (Psoriasis Plak)

Psoriasis Plak atau bertompok adalah Psoriasis yang paling biasa ditemui. Jenis Psoriasis ini menyebabkan tompokan atau plak kemerahan di atas kulit. Plak bersisik ini biasa terjadi pada bahagian lutut, siku dan kulit kepala.

  1. Guttate Psoriasis

Jenis Psoriasis Guttate ini biasa terjadi di kalangan kanak-kanak di mana ia menyebabkan pembentukan tompok-tompok berwarna ungu atau merah jambu pada bahagian kaki, lengan dan dada hingga ke pinggang.

  1. Erythrodermic Psoriasis

Jenis Psoriasis yang kronik dan jarang ditemui. Pesakit jenis Erythrodermic Psoriasis ini memerlukan rawatan di hospital.

  1. Pustular Psoriasis

Pustular Psoriasis ada sejenis psoriasis dimana tompokan bernanah dan menyebabkan kesakitan. Jenis Psoriasis ini lebih cenderung terjadi dalam kalangan orang dewasa.

Tanda & Simptom Psoriasis

Image Source: istockphoto.com

Gejala dan simptom penyakit Psoriasis ini bergantung kepada tahap keseriusannya dan jenis Psoriasis yang dialami. Ini bermakna simptom atau gejala yang dialami oleh pesakit-pesakit Psoriasis boleh berbeza antara satu sama lain. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda dan simptom yang biasa ditemui seperti:

  • Rasa gatal yang minima
  • Pembentukan tompok-tompok merah pada bahagian siku, lutut, dan kulit kepala
  • Kulit bersisik
  • Keguguran sisik pada kulit

Rawatan Untuk Psoriasis

Image Source: istockphoto.com

Psoriasis adalah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang diperlukan untuk mengawal simptom dan gejala penyakit ini.

Antara rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit Psoriasis adalah dalam bentuk ubat-ubatan dan krim untuk mengawal simptomnya. Rawatan lain selain daripada ubat-ubatan dan krim pula ditentukan oleh jenis, tahap keparahan psoriasis dan juga kawasan kulit yang terkesan. 

Selepas 3 aspek ini dikenalpasti, doktor anda mungkin akan memperkenalkan 3 kategori rawatan bagi penyakit Psoriasis ini.

3 kategori rawatan Psoriasis iaitu:

  • Terapi topikal
  • Suntikan atau ubat oral
  • Terapi cahaya

Menangani Psoriasis!

Image Source: istockphoto.com

Meskipun masih belum mempunyai penawar janganlah kita berputus asa! Masih ada cara yang boleh kita amalkan untuk melawan penyakit ini atau setidaknya mengawalnya! 

  1. Menguruskan stres dan tekanan

Dengan menangani stres dan tekanan dengan baik, kita dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh badan akibat stres melampau. Melakukan meditasi antara salah satu cara yang baik dan mudah untuk menguruskan tekanan.

  1. Melakukan perubahan tabiat pemakanan harian

 Perubahan pada corak atau diet pemakanan harian terbukti membawa kesan positif kepada individu yang mengalami Psoriasis. Pemakanan kaya sayur-sayuran, bijirin penuh dan buah-buahan membantu mengurangkan simptom-simptom berkaitan.

Bukan itu sahaja, malah mengehadkan pengambilan makanan diproses, lemak tepu dan tinggi garam perlu diamalkan dalam diet pemakanan harian.

  1. Pengambilan vitamin sebagai suplemen 

Pengambilan vitamin juga boleh dititikberatkan bagi memenuhi keperluan nutrisi badan kita. Walaubagaimanapun, nasihat daripada doktor terlebih dahulu adalah diutamakan sebelum mengambil sebarang vitamin.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit kronik yang belum ada penawar. Rawatan jangka panjang diperlukan untuk mengawal gejala dan simptom penyakit ini. Penyakit ini tidak berjangkit jadi kita tidak perlulah takut atau rasa tidak selesa untuk duduk bersama dengan individu yang mengalami penyakit ini. Sebaliknya, berilah mereka sokongan untuk menghadapi masalah ini dengan cekal dan tingkatkan keyakinan diri mereka.

Rujukan

  1. Healthline:Psoriasis
  2. Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini
  3. MyHealth:Psoriasis
  4. HelloDoktor: Psoriasis
  5. Epidemiology of psoriasis in malaysia: a hospital based study
  6. MayoClinic: Psoriasis Condition
  7. Psoriasis Association of Malaysia
  8. Webmd: Psoriasis
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here