Bahaya Asid Urik Berlebihan Dalam Badan! Ini Cara Untuk Detoks Toksin Asid Urik!

Asid urik terhasil daripada makanan tinggi purin yang dicerna dalam badan. Ia diproses dalam buah pinggang dan disingkirkan melalui air kencing. Apabila jumlahnya berlebihan, buah pinggang tidak dapat menyingkirkan asid urik dengan baik dan cekap. Asid ini akan mendap dan berkumpul dalam badan kemudian membentuk kristal tajam. Asid urik ini biasanya berkumpul di kaki dan kemudian ia akan merebak ke bahagian lutut, buku lali atau kaki. 

Asid urik yang terkumpul di sendi-sendi akan menyebabkan penyakit Gout. Penyakit ini adalah salah satu penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi. Ia menyebabkan bengkak, kemerahan dan sakit pada bahagian  sendi penghubung seperti lutut, buku lali dan jari.

Image Source: istockphoto.com

Gout juga dikenali sebagai ‘penyakit orang kaya’. Ini disebabkan masalah ini sering terjadi akibat lebihan pengambilan makanan dan alkohol yang hanya mampu dinikmati oleh orang berada.

Penyakit ini boleh terjadi dalam pelbagai peringkat umur. Lelaki lebih berisiko mendapat kerana mereka tiada hormon estrogen iaitu hormon wanita yang membantu asid urik untuk dikumuhkan secara semulajadi melalui air kencing. 

Walaubagaimanapun, apabila wanita sudah mencapai fasa menopause, risiko mendapat gout akan meningkat. Ini kerana hormon estrogen sudah tidak dikeluarkan untuk membantu menyingkirkan asid urik. Oleh itu, lebihan asid urik berkumpul dan membentuk kristal.

Simptom-Simptom Penyakit Gout

Image Source: istockphoto.com

Tidak semua pesakit gout menunjukkan simptom. Ada yang mempunyai paras asid urik yang tinggi dalam darah tetapi tiada simptom. Ia dikenali sebagai Asymptomatic Hyperuricemia.

Antara gejala Gout adalah seperti:

  • Rasa terlalu sakit
  • Panas 
  • Bengkak 
  • Merah 
  • Pergerakan menjadi terhad
  • Tidak selesa

Sekiranya gejala Gout yang tidak dirawat akan menjadi kronik. Asid urik akan bertambah mendap dan benjolan yang dipanggil tophi akan terjadi di sendi-sendi, kulit dan tisu lembut. Ia boleh mencederakan tulang dan tisu lembut dalam badan. Ia boleh mencederakan tulang dan tisu lembut dalam badan. Perubahan pada sendi ini adalah kekal.

Faktor Mempengaruhi Risiko Penyakit Gout

Image Source: creakyjoints

Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan dan minuman tinggi purin serta tinggi gula fruktosa boleh meningkatkan asid urik dalam badan. Keadaan yang tidak dirawat daripada awal boleh membentuk kristal keras yang menyakitkan pada sendi badan.

Bukan itu sahaja, malah ginjal juga akan perlahan-lahan rosak akibat daripada bekerja keras untuk menyingkirkan asid urik yang banyak daripada badan.

 Jantina dan Umur

Kaum lelaki lebih berisiko mendapat Gout terutamanya apabila sudah mencecah pertengahan umur. Untuk kaum wanita pula, mereka lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit Gout apabila sudah mencapai fasa Menopaus.

Berat Badan

Berat badan berlebihan atau obesiti akan mengakibatkan badan menghasilkan lebih banyak asid urik. Kemudian, buah pinggang perlu bekerja keras untuk menapis dan menyingkirkan asid urik daripada badan.

Genetik

Individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap Gout juga berisiko tinggi untuk turut mendapat Gout pada masa hadapan.

Kesihatan

Masalah kesihatan lain juga boleh meningkatkan risiko penyakit Gout. Antaranya masalah kesihatan yang membawa risiko Gout adalah diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit tiroid dan penyakit buah pinggang.

Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak sihat dengan tabiat merokok dan minum minuman beralkohol akan meningkatkan risiko Gout.

Ubat

Terdapat juga jenis-jenis ubat yang boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan seperti ubat untuk tekanan darah tinggi.

Tips Untuk Mendetoks Asid Urik

Image Source: istockphoto.com
  1. Kekalkan hidrasi dengan minum air yang mencukupi 
Image Source: RockHerbs Ind

Kekurangan air dalam badan menyebabkan toksin-toksin tidak dapat disingkirkan dengan baik. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengumpulan di dalam badan yang membentuk kristal dan mengganggu fungsi sistem badan. 

Dengan meminum air yang cukup, ginjal akan menghasilkan air kencing untuk mendetoks asid urik dan toksin lain keluar daripada badan. Oleh itu, pastikan diri mendapat bekalan air yang mencukupi.  

  1. Kurangkan atau Elak daripada memakan makanan tinggi dengan purin
Image Source: istockphoto.com

Purin adalah antara komponen yang terurai daripada protein menjadi asid urik. Proses menguraikan makanan purin akan menghasilkan asid urik yang tinggi. Antara makanan yang tinggi dengan purin adalah seperti tuna, sardin, ikan bilis, makanan laut, organ dalaman, makanan dan minuman manis.

  1. Elakkan daripada mengambil ubat di kaunter (Over-the-counter medication)
Image Source: istockphoto.com

Antara over-the-counter medication adalah seperti aspirin dan diuretik yang biasa digunakan untuk membuang air daripada badan. Walaubagaimanapun, sekiranya digunakan untuk membuang asid urik daripada badan, keadaan atau gejala Gout mungkin akan bertambah teruk.

Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan aspirin 1 – 2g/sehari boleh mengurangkan penyingkiran asid urik seterusnya menyebabkan hiperurisemia. Air yang tidak mencukupi mengakibatkan asid urik tidak dapat disingkirkan daripada badan. Ini seterusnya menyebabkan pengumpulan asid urik dalam badan pada sendi-sendi. Justeru itu, pengambilan ubat-ubatan haruslah mendapat nasihat daripada pegawai perubatan yang bertauliah. Elakkan membeli ubat di kedai atau farmasi tanpa nasihat doktor.

  1. Mengawal berat badan
Image Source: istockphoto.com

Gout boleh menyerang sesiapa sahaja, malah orang yang kurus juga berisiko untuk menghidap penyakit ini. Ini kerana orang kurus juga berpotensi mempunyai lemak-lemak terkumpul dalam badan. Individu yang mempunyai banyak lemak terkumpul dalam badan berisiko untuk menghidap penyakit gout.

Sel lemak akan menghasilkan lebih banyak asid urik dalam badan berbanding otot. Lemak terbahagi kepada dua iaitu lemak dibawah kulit (subcutaneous fat) dan lemak meliputi organ (visceral fat). Lemak dibawah kulit boleh dilihat dan tidak berisiko mendatangkan penyakit.

Lemak visceral tidak boleh dilihat tetapi boleh menimbulkan pelbagai penyakit. Berat badan berlebihan akan menyukarkan ginjal untuk menapis asid urik keluar melalui air kencing.  Oleh itu, kita disarankan untuk menjaga berat badan dan mengekalkannya di paras normal untuk mengurangkan risiko gout.

  1. Menjaga pemakanan
Image Source: istockphoto.com

Menjaga pemakanan harian juga sangat penting untuk pesakit gout bagi mengurangkan atau mendetoks kadar asid urik dalam badan. Antara pemakanan yang dinasihatkan untuk pesakit gout adalah makanan yang kaya dengan serat.

Serat membantu menyingkirkan lebih banyak asid urik daripada badan. Di samping membantu menstabilkan paras gula dan insulin dalam darah, ia juga membantu memberi rasa kenyang yang lama seterusnya mengelakkan daripada terlebih makan. Dengan ini, berat badan dapat dikekalkan di paras normal.

Individu dengan masalah asid urik tinggi disarankan untuk mengambil 5 – 10 gram serat mudah larut sehari bersama makanan semulajadi. Ini adalah untuk mengawal paras asid urik dalam darah.

Antara makanan yang kaya dengan serat adalah seperti kekacang, oat, barli, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Terdapat sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan flavonoid yang membantu untuk menurunkan dan mengawal asid urik.

Kesimpulan

Gout adalah penyakit yang menyeksakan bagi penghidapnya. Sendi menjadi merah, bengkak dan sensitif, malah boleh terjadi serangan akut pada bila-bila masa. Asid urik berlebihan akan menyebabkan pembentukkan kristal pada sendi-sendi badan. Oleh itu, beberapa tips berkesan ini wajar diamalkan untuk mengurangkan terjadinya serangan Gout secara berulang-ulang.

Walaubagaimanapun, hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dalam cara menangani masalah Gout atau masalah asid urik berlebihan.

Rujukan

  1. 8 natural ways to lower uric acid
  2. Gout | Arthritis | CDC
  3. Gout: Causes, Symptoms, Treatment & Prevention
  4. How to Reduce Uric Acid: Lower Levels Naturally
  5. 5 Home Remedies To Control High Levels Of Uric Acid – NDTV Food
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here