Apa Itu Taurine? Baik atau Tidak?

Pernah dengar tentang Taurine? Taurine sebenarnya adalah sejenis sebatian kimia asid amino sulfonik yang terhasil secara semulajadi dalam badan kita. Apa sebenarnya fungsi taurine ini? Apa peranan penting taurine dalam tumbesaran manusia?

Taurine ini memainkan peranan yang signifikan dalam melancarkan fungsi hati dan otak manusia. Bukan itu sahaja, taurine juga membantu untuk menyokong perkembangan saraf kita. Dengan membantu mengurangkan tekanan darah dan menenangkan sistem saraf, taurine memberi manfaat kepada individu yang menghidap kegagalan jantung. Taurine juga menghalang keadaan kegagalan jantung daripada merosot.

Taurine boleh dijumpai dalam sumber makanan seperti telur, daging dan ikan.

Sumber makanan yang kaya dengan taurine adalah daging, telur dan ikan. Walaubagaimanapun, selari dengan peredaran masa, taurine juga boleh dijumpai dalam makanan dan minuman seperti minuman yang memberi tenaga (energy drinks). Kebanyakan individu yang kerap bersenam mengambil taurine sebagai suplemen tambahan. Ada juga yang menganggap taurine mempunyai manfaat yang ajaib.

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dan didapati taurine memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan prestasi fizikal.

Fungsi Taurine Dalam Badan

Human anatomy model on the table

Kandungan taurine boleh dijumpai dalam beberapa organ dan memainkan peranan yang signifikan dalam badan kita seperti:

  • Mengekalkan tahap dan keseimbangan hidrasi dan elektrolit dalam sel.
  • Menghasilkan garam hempedu yang memainkan peranan penting dalam proses pencernaan.
  • Mengaturkan mineral seperti kalsium dalam sel.
  • Membantu melancarkan fungsi sistem saraf pusat dan penglihatan.
  • Meningkatkan sistem imunisasi dan fungsi antioksidan.

Apa manfaat kesihatan yang dapat kita peroleh daripada taurine?

Meningkatkan Kesihatan Hati & Jantung

Image Source: istockphoto.com

Asid amino sulfonik atau taurine ini boleh membantu mengurangkan risiko kita untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

Kajian yang dilakukan oleh Shigeru Murakami menunjukkan kandungan taurine yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol. Taurine membuang dan menghakis halangan di dinding saluran darah supaya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan. Ia juga dapat mengurangkan saraf impuls (nerve impulse) dalam otak yang meningkatkan tekanan darah.

Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang dilakukan di mana individu yang menghidap diabetes dan juga individu yang menghidap obesiti diberikan taurine selama kajian dijalankan. Di akhir kajian didapati, taurine membantu menghalang arteri daripada mengeras bagi melancarkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan untuk individu yang menghidap diabetes.

Untuk individu yang obes pula, selepas 7 minggu kajian dijalankan, didapati individu mengalami penurunan berat badan sekaligus mengurangkan faktor risiko penyakit jantung.

Meningkatkan Prestasi Fizikal

Image Source: istockphoto.com

Kenapa terdapat kandungan taurine dalam minuman tenaga? Taurine dikatakan boleh meningkatkan prestasi fizikal bagi individu yang aktif bersukan.

Dalam kajian yang dilakukan ke atas tikus makmal, didapati taurine membuatkan otot kita untuk berfungsi dengan cepat dan lebih lama. Ia juga dapat mengurangkan rasa letih dan kerosakan otot seperti otot terkoyak.

Selain itu, kajian yang dilakukan kepada manusia pula menunjukkan taurine membantu membuang sisa yang menyebabkan keletihan dan ‘muscle burn’. Taurine juga melindungi otot daripada kerosakan sel dan tekanan oksida. Lemak yang dibakar semasa aktiviti fizikal juga bertambah dengan pertolongan taurine.

Image Source: istockphoto.com

Disebabkan manfaat sedemikian, semakin banyak individu atau syarikat mengeluarkan minuman bertenaga yang mengandungi Taurine. Mereka mensasarkan individu gemar bersenam dan individu gemar membina badan sebagai “target market” mereka.

Melindungi Kesihatan Mata

Image Source: istockphoto.com

Menurut kertas kajian yang dikeluarkan pada tahun 2014, kandungan taurine juga didapati dalam retina mata kita dimana ia bertindak melindungi retina kita daripada merosot.

Dalam penulisan yang sama juga menyatakan kekurangan taurine di bahagian mata boleh meningkat risiko penyakit glaucoma dan “diabetic retinopathy”.

Kesimpulan

Tiada kesan sampingan dilaporkan mengenai suplemen Taurine sekiranya diambil dalam dos yang disyorkan oleh pakar. Walaubagaimanapun, berbeza pula dengan kandungan Taurine yang terdapat dalam minuman tenaga (energy drinks) yang sering dicampur dengan kandungan kafein yang tinggi.

Pengambilan yang sederhana dan konsultasi pakar adalah disarankan sebelum mengambil apa-apa suplemen atau makanan dan minuman yang dipasarkan baik untuk kesihatan.

Rujukan

  1. Benefits & Risks of Taurine
  2. Taurine & Atherosclerosis
  3. What Is Taurine?
  4. Taurine & Human Exercise Performance
  5. Taurine & Eye Health
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here