Yey! Raya ni boleh pakai baju saiz S

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum umat Islam nak menyambut perayaan terbesar iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sempat ka tak ni nak kurus?

Sebenarnya, bulan Ramadan merupakan “bonus” kepada yang ingin kurus.

Dengan disiplin semua tujuan pasti boleh berjaya.

Nak pakai baju saiz S raya ni? kena kurus!

Nak kurus, kita kena makan secara sihat dan kurangkan kalori harian yang selalu diambil seperti sebelum puasa.

Ramadan merupakan bulan menahan nafsu.

Oleh itu, nafsu makan juga harus dijaga.

Tips turunkan berat badan ketika puasa

Pertama, masak sendiri juadah berbuka

Rakyat Malaysia terkenal dengan bazar Ramadan.

Bagaikan tidak lengkap apabila tiada bazar Ramadan seperti tahun lepas.

Hal ini kerana, bila kita memasak sendiri, potensi untuk mempunyai pelbagai jenis juadah ketika berbuka itu berkurang berbanding jika kita membeli di bazar Ramadan.

Masakan sendiri lebih sihat dan bersih.

Jika ingin dibandingkan dengan makanan di bazar Ramadan, kita tidak tahu masakan tersebut dimasak dengan menggunakan sumber minyak dan air yang bersih atau tidak.

Malah, kawasan memasak dan penyediaan juga tidak diketahui tahap kebersihannya.

Kedua, adakan senarai makanan jika ingin membeli juadah di luar

Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih membeli atau membeli makanan yang tidak sepatutnya.

Ia juga dapat membantu kita membuat pilihan yang sihat dan bijak.

Dengan ini, kesihatan dan kewangan kita lebih terjamin.

Ketiga, makan secara sikit-sikit tapi kerap

Bulan puasa juga digalakkan untuk makan secara sikit-sikit dan kerap untuk menurunkan berat badan disamping dapat mengelakkan peningkatan asid gastrik dalam perut yang menyebabkan ketidakselesaan ketika berbuka.

Cadangan waktu makan yang sesuai:

Waktu makan yang pertama : setelah azan Magrib

Segera berbuka dengan air dan buah kurma, kemudian boleh solat Magrib dahulu.

Buah kurma dapat membantu mengembalikan tenaga dan meningkatkan kembali kecergasan badan dengan cepat.

Waktu makan yang kedua : setelah selesai solat Magrib.

Disarankan makan makanan yang lebih berat yang cukup segala nutrient seperti nasi, lauk, sayur dan buah-buahan.

Kuantiti makanan perlu dijaga supaya tidak melebihi kalori yang disarankan.

Cadangan makan secara sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan digalakkan untuk ambil dalam kuantiti yang lebih kerana ia dapat memberi rasa kenyang dengan lebih cepat.

Di samping itu, sayur – sayuran dan buah – buahan merupakan makanan yang mempunyai kalori yang sangat rendah berbanding makanan – makanan lain apabila ia dimasak dengan cara sihat.

Waktu makan yang ketiga: selepas solat Terawih.

Masa ini selalu kita panggil “moreh” iaitu pelapik perut sebelum tidur. Jadinya, makanan berat tidak digalakkan untuk diambil kerana ia akan menambahkan berat badan.

Waktu moreh tidak dapat lari dari makanan manis seperti kuih – muih.

Oleh itu, kita seharusnya membuat pilihan yang bijak dengan memilih makanan yang kurang bergula seperti karipap dan murtabak.

Waktu makan yang keempat: sahur

Waktu sahur digalakkan untuk makan makanan yang mengenyangkan merangkumi nasi, lauk, sayur dan buah.

Hal ini dapat membantu kita bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap ini dapat mencegah seseorang daripada makan berlebihan dalam waktu seterusnya.

Banyakkan minum air kosong untuk mengembalikan air dalam badan.

Keempat, beriadah sebelum berbuka

Ramai yang ingin kekal sihat dan aktif walaupun pada bulan Ramadan.

Atlet-atlet juga meneruskan latihan kecergasan mereka seperti biasa ketika Ramadan.

Cumanya, masa latihan sedikit berbeza dengan masa latihan hari biasa.

Jika ingin bersenam, masa petang sebelum berbuka adalah masa yang terbaik.

Bersenam pada waktu pagi kurang digalakkan sebab kita akan kehabisan tenaga awal, seterusnya pada petang hari, kita akan berasa letih dan lesu.

Gantikan waktu bersenam pada waktu malam dibolehkan kerana tenaga kita sudah dipulihkan setelah berbuka.

Kesimpulannya, walaupun berpuasa, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak kekal cergas dan sihat.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here