TANGANI KESAN VAKSIN DAN AMAL PEMAKANAN ‘BOOSTER’ UNTUK SISTEM IMUN!

Sejak seluruh dunia diserang wabak COVID-19 yang bermula 3 tahun yang lalu, penggunaan topeng muka dan ‘hand sanitizer’ menjadi norma baru kehidupan setiap individu. Malah, vaksin juga diperbuat oleh beberapa syarikat farmaseutikal dan orang ramai digalakkan mengambil vaksin tersebut. 

Image Source: istockphoto.com

Negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada pandemik dan masih terkesan sehingga hari ini. Kerajaan Malaysia juga mewujudkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan pada 24 Februari 2021 dimana suntikan vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia secara percuma. Vaksin COVID-19 diwujud dan diformulasikan dengan tujuan untuk mengaktifkan sistem imun untuk bertindak balas melawan jangkitan COVID-19. Antara jenama vaksin yang disediakan adalah Pfizer, SinoVac, CanSino, AstraZeneca dan Sinopharm. 

Image Source: istockphoto.com

Walaubagaimanapun, terdapat laporan kesihatan yang dibuat disyaki disebabkan oleh vaksin COVID-19. Bahagian Regulatori Farmasi Negara bekerja keras memantau laporan keadaan kesihatan selepas pengambilan vaksin yang disebut sebagai Adverse Events Following Immunisation (AEFI) atau Kesan Advers Susulan Imunisasi.

Laporan AEFI diwujudkan bagi merekod dan mengenalpasti kesan sampingan dan keadaan kesihatan yang dialami selepas pengambilan suntikan vaksin COVID-19. Ianya dikatakan tahap kesan sampingan bergantung kepada tahap tindak balas badan seseorang individu.

Antara kesan sampingan biasa selepas suntikan vaksin COVID-19 adalah:

  • Sakit kepala atau pening
  • Demam
  • Sakit dan lenguh otot
  • Sakit pada tempat suntikan
  • Sejuk menggigil
  • Sesak Nafas
  • Loya
  • Palpitasi

Kesan-kesan sampingan yang tidak serius kebiasaannya akan pulih selepas satu hingga dua hari.

Ada juga kesan sampingan serius yang dialami oleh sesetengah individu yang memerlukan rawatan perubatan dan perhatian dengan segera seperti:

  • Gatal seluruh badan
  • Kesukaran bernafas
  • Kesakitan pada dada
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Timbul bengkak pada tekak dan muka

Baru Sahaja Mengambil Vaksin COVID-19! Apa Perlu Saya Buat Untuk Kurangkan

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diwujudkan dan bekalan vaksin disediakan secara percuma untuk mempersiapkan rakyat Malaysia bagi melawan virus COVID-19. Hal ini kerana fungsi utama vaksin adalah untuk mencegah jangkitan penyakit dan bukan diambil ketika mempunyai jangkitan.

Walaubagaimanapun,  AEFI pada vaksin memang wujud. Oleh itu kita perlu tahu cara yang betul untuk mengendalikan kesan sampingan tersebut. Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 atau dos penggalak?

Pantau dan Kenal Pasti Kesan Sampingan Vaksin

Image Source: istockphoto.com

Selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 atau mungkin dos penggalak, kita perlulah sentiasa memantau tindak balas dan kesan sampingan. Kita boleh mula memantau sewaktu berada di ruang pemerhatian sehingga pulang ke rumah.

Antara kesan sampingan yang perlu dimaklumkan pada pegawai perubatan adalah seperti:

  • Sukar untuk bernafas
  • Reaksi alahan (Bengkak muka atau tekak dan terjadi ruam pada badan)
  • Jantung berdegup laju
  • Loya dan muntah

Mengambil Ubat Tahan Sakit

Image Source: istockphoto.com

Pengambilan ubat tahan sakit seperti Paracetamol sangat digalakkan untuk mengurangkan kesakitan selepas disuntik. Sekiranya demam, Paracetamol boleh menurunkan suhu badan yang tinggi dan mengurangkan rasa sakit.

Pastikan mengambil Paracetamol atau sebarang ubat tahan sakit mengikut dos yang disyorkan dan tidak mengambilnya secara berlebihan. Pengambilan ubat tahan sakit berlebihan boleh memudaratkan diri.

Membuat Laporan Sekiranya Kesan Sampingan Berlarutan

Image Source: istockphoto.com

Jika kesan sampingan vaksin COVID-19 atau dos penggalak berlarutan sehingga seminggu atau lebih, sangat penting untuk kita memaklumkan kepada pakar perubatan. Hal ini kerana, kebiasaannya kesan sampingan tersebut akan berlarutan untuk sehari dua sahaja.

Dengan mengenal pasti dan membuat laporan, kita dapat mengelakkan masalah atau komplikasi kesihatan yang boleh terjadi.

Pengambilan Makanan Yang Meningkatkan Imunisasi Badan

Image Source: istockphoto.com

Mencorak diet pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapat menguatkan sistem dan fungsi badan kita. Pengambilan makanan yang sihat dan lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita dapat menguatkan sistem imun bada dalam mencegah jangkitan COVID-19.

Cukup dengan nutrien seperti karbohidrat, asid amino, protein, mineral, vitamin dan antioksidan, badan kita cukup kuat untuk mencegah dan melawan sebarang jangkitan penyakit. Hal ini kerana, sekiranya sistem imun badan kita kuat, setiap komponen dan sistem badan dapat membentuk antibodi yang kuat.

Antara makanan yang boleh menguatkan sistem imun badan kita adalah seperti:

  • Sayuran Brokoli
  • Buah-buahan Sitrus (Tangerine, Lemon & Oren)
  • Bawang Putih
  • Beri biru
  • Bayam
  • Teh hijau

Black Garlic Meningkatkan Sistem Imun Badan

Selain daripada bawang putih, black garlic atau bawang hitam juga baik untuk membantu kita dalam meningkatkan sistem imun badan. Hal ini kerana black garlic kaya dengan nutrisi seperti vitamin B, vitamin C, protein, serat, zink, iron, magnesium, kalsium, fosforus, dan karbohidrat. Juga kaya dengan asid amino, fitonutrien dan antioksidan. Kandungan antioksidan dalam black garlic juga dikatakan lebih banyak berbanding bawang biasa.

Dengan mengamalkan black garlic, fungsi dan proses badan semulajadi akan meningkat dengan lebih baik. Misalnya, dalam black garlic terdapat agen yang dikenali sebagai Allicin. Agen Allicin ini bertindak sebagai anti-kulat semulajadi yang membantu untuk merawat – setidaknya mengurangkan jangkitan seperti jangkitan yis, kulat kaki, kurap dan jangkitan kulat di kulit. Agen Allicin dalam bawang hitam ini juga yang memainkan peranan meningkatkan sistem imun tubuh badan kita.

Bawang hitam bukan sahaja boleh dimasukkan dalam menu makanan. Malah ia juga sesuai untuk dibuat kopi dan jus. Khasiatnya yang pelbagai menjadikannya pilihan terbaik pelbagai peringkat umur.

Kesimpulan

Hidup dengan norma baru yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini menyedarkan kita betapa pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan dari segi pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Terus amalkan SOP yang ditetapkan, menjaga penjarakkan sosial dan memakai topeng muka. 

RUJUKAN

  1. Cegah COVID-19, Amalkan 8 Makanan Ini Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan
  2. How Nutrition can help to fight against COVID-19 Pandemic | Pakistan Journal of Medical Sciences
  3.  Garlic | NCCIH
  4. MODULE 3 – Classification of AEFIs – WHO Vaccine Safety Basics
  5. Adverse events following immunization (AEFI)
  6. 10 Cadangan Makanan Yang Meningkatkan Imuniti Badan | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
  7. KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSINASI COVID-19 PERLU DILAPORKAN | COVID-19 MALAYSIA
  8. BAGAIMANA CARA MELAPORKAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 | COVID-19 MALAYSIA
  9. STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 11/02/2022
  10. Paracetamol – PORTAL MyHEALTH
  11. Health Benefits of Black Garlic
  12. The effects of black garlic (Allium satvium) extracts on lipid metabolism in rats fed a high fat diet
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here