Zaitun adalah buah daripada pokok zaitun. Ia dikenali dengan nama saintifik, Olea Europaea. Ia kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan vitamin K. Lemak sihat akan diekstrak untuk menghasilkan minyak zaitun.
Minyak zaitun sesuai untuk dijadikan pengganti minyak masak biasa seperti minyak kelapa sawit. Ia sering digunakan dalam masakan dan juga dalam salad serta sandwich. Buah zaitun yang tidak masak berwarna hijau dan sesetengahnya akan bertukar menjadi hitam apabila masak.

Antioksidan daripada minyak zaitun boleh melindungi badan daripada kerosakkan pada sel yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan.
Minyak zaitun mengandungi 11 – 15% lemak dengan 74% adalah asid oleik, sejenis asid lemak mono tidak tepu. Asid oleik mempunyai manfaat kesihatan seperti mengurangkan keradangan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melawan kanser.
Jenis minyak zaitun:
a) Extra virgin olive oil

Gred paling tinggi. Minyak ini dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama dan tidak mengalami proses pemanasan dan tiada campuran bahan kimia. Kadar asidnya 0.5 – 0.8% dan warna lebih gelap. Ia tidak sesuai untuk dimasak pada suhu tinggi kerana khasiat nutrisinya akan hilang. Ia sesuai dicampur dengan salad dressing, pasta dan sapuan roti.
b) Virgin olive oil
Dihasilkan daripada proses perahan kedua, mengandungi kadar asid 1% – 4%. Minyak jenis ini mempunyai warna kuning kehijauan.
c) Pure olive oil
d) Extra light/light olive oil

Minyak ini telah melalui beberapa proses penyulingan dan penapisan. Ia adalah campuran refined olive oil dan virgin olive oil.
Refined olive oil adalah minyak zaitun yang diproses dan ditambah bahan kimia untuk menambah baik kualiti dan nutrien. Bahan kimia ini diperlukan untuk menstabilkan rasa dan menurunkan kadar asid yang tinggi. Minyak ini mempunyai kadar asid melebihi 4% dengan warna minyak yang kekuningan atau kuning pucat.
Minyak ini boleh digunakan untuk menumis, menggoreng dan memanggang tetapi dengan suhu yang terkawal.
e) Olive pomace oil
Gred yang paling rendah dan telah melalui beberapa proses penapisan. Minyak jenis ini boleh digunakan untuk memasak, menggoreng, memanggang tetapi perlu mengawal suhu. Vitamin dan kualiti minyak akan hilang apabila suhu terlalu tinggi.
Manfaat minyak zaitun:
Pengambilan minyak zaitun secara berkala akan memberi manfaat kepada jantung, tulang, dan sistem pencernaan di samping menstabilkan kadar gula dalam darah.
1. Asid lemak mono tidak tepu

Minyak zaitun adalah ekstrak daripada buah zaitun. Asid lemak utama dalam minyak zaitun ialah asid lemak mono tidak tepu yang dikenali sebagai asid oleik. Ia merangkumi 73% daripada jumlah keseluruhan minyak tersebut. 14% daripada kandungan minyak ini adalah lemak tepu dan 11% adalah asid lemak poly tidak tepu seperti omega-3 dan omega-6.
Lemak ini baik untuk kesihatan kerana ia berbentuk cecair dalam suhu bilik. Ia tidak membentuk plak dalam salur darah yang boleh menghalang peredaran darah dan oksigen.
Kajian membuktikan asid oleik mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular (jantung). Asid lemak mono tidak tepu boleh bertahan pada suhu tinggi. Oleh itu, ia sesuai untuk dijadikan pilihan sihat untuk memasak.
2. Antioksidan

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan yang penting untuk badan seperti vitamin E dan vitamin K. Ia diperlukan untuk melawan keradangan dan mengelakkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok dan diabetes. Antioksidan adalah bahan semulajadi yang akan melambatkan atau menghalang kerosakkan sel-sel badan.
3. Anti-radang

Radang yang teruk menjadi pendorong utama kepada pelbagai penyakit seperti jantung, barah (kanser), sindrom metabolik, diabetes jenis 2, Alzheimer, arthritis dan obesiti. Minyak zaitun mempunyai kompound untuk mengurangkan masalah keradangan ini.
Kajian membuktikan asid oleik iaitu asid lemak utama dalam minyak zaitun boleh mengurangkan tahap penanda keradangan protein C-reaktif (CRP). Kajian juga menunjukkan antioksidan dalam minyak zaitun akan menghalang gene dan protein yang menyebabkan keradangan.
Saintis telah menganggarkan oleocanthal dalam 3.4 sudu teh (50ml) minyak zaitun dara tambahan (extra virgin olive oil) mempunyai kesan yang sama seperti 10% dos ubat ibuprofen untuk dewasa.
Ibuprofen adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan yang disebabkan pelbagai faktor. Oleocanthal adalah sejenis kompound fenolik (antioksidan) dalam extra Virgin olive oil.
4. Mencegah strok

Strok boleh berlaku disebabkan pengumpulan plak atau pengecutan salur darah. Keadaan ini boleh menghalang peredaran darah dan oksigen ke sel-sel badan dan otak. Apabila darah yang mengalir ke otak tidak mencukupi, ia akan menyebabkan sel-sel otak mati dan dipanggil strok.
Setelah menimbangkan faktor penjagaan pemakanan, aktiviti fizikal dan indeks jisim badan (bmi), kajian telah membuktikan pengambilan minyak zaitun dengan kerap dalam masakan mempunyai 41% rendah risiko mendapat strok berbanding individu yang tidak pernah mengamalkan minyak zaitun.
5. Melindungi kesihatan jantung

Minyak zaitun mengandungi antioksidan dan anti-radang yang membantu melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular (jantung).
Kajian membuktikan individu yang mengambil minyak zaitun lebih daripada setengah sudu besar setiap hari mempunyai 15% rendah risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan 21% rendah risiko mendapat penyakit jantung koronari.
Menggantikan mentega, marjerin, mayonis dan lemak tenusu dengan jumlah minyak zaitun yang sama merendahkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung) sebanyak 5% dan penyakit jantung koronari sebanyak 7%.
6. Anti-bakteria

Minyak zaitun mengandungi banyak nutrisi yang akan mencegah dan membunuh bakteria jahat. Salah satunya ialah Helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang hidup di dalam perut dan boleh menyebabkan ulser dan kanser perut.
Kajian daripada tabung uji menunjukkan extra virgin olive oil akan melawan bakteria. Kajian lain juga membuktikan 30g minyak zaitun ini jika diambil setiap hari boleh menghapuskan jangkitan Helicobacter pylori dalam 10-40% individu sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu.
7. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Kajian telah membuktikan minyak zaitun boleh mengawal paras gula (glukosa) dalam darah dan meningkatkan tindak balas insulin terhadap glukosa. Minyak zaitun membantu meningkatkan tindak balas insulin, HDL kolesterol, dan mengawal trigliserida. Oleh itu, paras glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi dapat dikawal.
Konklusi:
Minyak zaitun sesuai untuk dijadikan pengganti kepada minyak masak lain seperti minyak kelapa sawit. Walaupun minyak zaitun baik untuk kesihatan, ia tidak boleh digunakan dengan suhu yang tinggi.