Khasiat Tongkat Ali Masih Relevan!

Eurycoma longifolia atau lebih mesra dikenali sebagai Tongkat Ali oleh masyarakat di Malaysia ini berasal daripada keluarga Simaroubaceae. Bukan sahaja terkenal di Malaysia, Tongkat Ali juga sangat popular di kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand. Kalau nak tahu, di negara kita ada 4 spesies herba Tongkat Ali iaitu:

  • Eurycoma longifolia
  • Eurycoma apiculata
  • Polyathia bullata
  • Goniothalamus sp.

Spesies Eurycoma longifolia yang paling banyak digunakan berbanding spesies yang lain. Mana-mana produk makanan atau minuman herba yang dipasarkan untuk meningkatkan tenaga lelaki pasti mengandungi ekstrak Tongkat Ali spesies ini. Hal ini kerana, ia telah dibuktikan melalui banyak kajian saintifik di mana Tongkat Ali sememangnya memberi tenaga tambahan kepada lelaki.

Image Source: istockphoto.com

Di samping itu, herba hutan Tongkat Ali ini sudah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun seperti meningkatkan kesuburan lelaki. Walaubagaimanapun, benarkah khasiat Tongkat Ali hanya untuk lelaki? Meskipun menjadi lambang kekuatan lelaki, Tongkat Ali juga digunakan pada zaman dahulu untuk merawat penyakit seperti demam, jangkitan bakteria, jaundis, malaria dan sembelit.

Tapi, masih relevankah khasiat Tongkat Ali di era globalisasi ini di mana teknologi perubatan semakin moden dan canggih? Jangan pandang manfaat Tongkat Ali dengan sebelah mata, banyak khasiatnya yang masih digunakan pada hari ini. Jom baca sampai habis penulisan ini.

Membantu Membina Otot

Peningkatan tahap testosteron oleh Tongkat Ali juga membantu meningkatkan kekuatan otot. Bukan itu sahaja, ia juga membantu untuk membakar lemak dan menambah kekuatan fizikal.

Image Source: istockphoto.com

Terdapat satu penulisan kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine dimana sebanyak 100 mg ekstrak Tongkat Ali digunakan. Kajian tersebut dijalankan selama 5 minggu dan didapati peserta lelaki yang mengamalkan ekstrak Tongkat Ali mengalami perubahan dari segi kekuatan fizikal dan peningkatan otot.

Wanita yang aktif beriadah juga boleh mengamalkan Tongkat Ali dalam menguatkan otot dan menambah kekuatan fizikal.

Mengurangkan Tekanan Emosi & Meningkatkan Mood

Image Source: istockphoto.com

Pada tahun 1999, telah dijalankan satu kajian ke atas tikus makmal dan didapati Tongkat Ali mempunyai potensi sekuat ubat anti-keresahan yang biasa. Ini membuktikan bahawa tumbuhan herba Tongkat Ali dapat membantu mengurangkan hormon tekanan, rasa gelisah dan meningkatkan mood kita.

Kajian yang sama dilakukan ke atas 63 orang dewasa yang mengalami tahap stres yang sederhana selama satu bulan. Semua peserta diberikan ekstrak Tongkat Ali sebanyak 200 mg setiap hari. Di akhir kajian, peserta dilaporkan mengalami perubahan yang signifikan pada tahap stres dan tekanan masing-masing.

Image Source: istockphoto.com

Jadi, tidak hairanlah herba Tongkat Ali banyak dipasarkan dalam bentuk produk minuman seperti kopi dan teh yang sering dihidang dan dijamu pada waktu pagi dan petang.

Komposisi Badan Lebih Cekap

Image Source: istockphoto.com

Dalam Tongkat Ali terdapat sebatian kimia seperti quassinoids, eurycolactone, eurycomanone dan eurycomaoside yang dapat menambah baik komposisi fungsi badan kita. Selain itu, keempat-empat sebatian kimia yang terkandung dalam Tongkat Ali ini juga membantu badan kita untuk membahagi penggunaan tenaga dengan lebih baik.

Di samping itu, Tongkat Ali juga boleh mengurangkan kelesuan dan meningkatkan daya tahan badan kita. Ia juga mengandungi bahan kimia yang berperanan sebagai bantuan ergogenik yang meningkatkan komposisi dan prestasi badan.

Bolehkah Wanita Mengamalkan Tongkat Ali?

Image Source: istockphoto.com

Khasiat utama Tongkat Ali yang sangat terkenal dalam kalangan kaum lelaki ialah ia dapat membantu menyelesaikan masalah ereksi dan meningkatkan libido. Pada tahun 2010, terdapat kajian yang diterbitkan, Asian Journal of Andrology yang menyatakan ekstrak tumbuhan herba ini berpotensi mengatasi masalah sperma lelaki.

Walaubagaimanapun, untuk kaum wanita pula mungkin masih boleh mendapat manfaat herba ini dari segi kekuatan fizikal, tenaga tambahan, meningkatkan mood dan peningkatan komposisi badan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, herba Tongkat Ali memang dikenali dan digunakan secara meluas di Asia Tenggara sejak zaman dahulu lagi dan khasiatnya masih relevan sehingga hari ini. Baik untuk meningkatkan mood, membina otot, memberikan tenaga, memperbaiki komposisi badan dan membantu masalah seksual lelaki. 

Walaubagaimanapun, tidak kira lelaki atau perempuan, mana-mana individu yang ingin mengamalkan Tongkat Ali sebagai ubat atau suplemen alternatif disarankan untuk mendapat konsultasi dari pakar terlebih dahulu.

Rujukan

  1. Tongkat Ali Untuk Wanita
  2. Tongkat Ali Untuk Lelaki
  3. Benefits of Tongkat Ali
  4. Review on Tongkat Ali
  5. Benefits and Side Effects of Tongkat Ali
Erdiana
Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here