Kekal hidrat semasa puasa

Air sangat penting untuk badan manusia. 60-70% daripada badan kita merupakan air.

Manusia boleh hidup selama seminggu tanpa makanan tetapi hanya mampu hidup selama 3 hari tanpa air bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, tahap aktiviti harian, tahap kesihatan, dan jantina.

Mengikut Panduan Pemakanan Malaysia (2010), 8 gelas air kosong sehari (2 liter) disarankan kepada rakyat Malaysia yang sihat untuk memastikan diri kekal hidrat.

Puasa merupakan masa dimana kita perlu menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada siang hari.

Bulan Ramadan merupakan masa dimana kita akan kehilangan banyak air.

Ini kerana kita hanya minum pada waktu pagi (sahur) dan malam (berbuka).

Kita akan kehilangan banyak air semasa berpuasa melalui pembuangan air kecil, berpeluh, dan bernafas.

Kehilangan air boleh dirasai oleh sesetengah orang apabila mereka mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, kepenatan dan sukar fokus.

Tips untuk kekal hydrate

Pertama, banyakkan minum air semasa sahur dan setelah berbuka

  • 2 gelas air pada waktu pagi dapat membantu diri kurang kehilangan air pada siang hari.
  • Pada malam hari, disarankan untuk meminum air dengan banyak untuk mengatasi kehilangan air pada waktu siang.

Kedua, makan makanan yang tinggi kandungan air

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air dapat membantu menambah pengambilan air selain air kosong.
  • Buah-buahan dalam bentuk jus juga sesuai tetapi harus dikurangkan penambahan gula tambahan dalam jus tersebut kerana gula juga akan menyebabkan rasa dahaga .
  • Yogurt, dan makanan berasaskan sup dan rebusan juga sesuai diambil kerana mempunyai kandungan air yang banyak tapi harus dijaga kandungan garam dalam masakan berasaskan sup dan rebusan.
  • Yogurt mempunyai nutrient yang bagus serta kandungan air yang tinggi.

Ketiga, kurangkan makanan tinggi garam, gula dan pedas

  • Contoh makanan tinggi garam ialah ikan bilis goreng, ikan masin, makanan segera, telur masin
  • Sodium daripada garam dapat membantu menstabilkan air dalam badan.
  • Pengambilan makanan tinggi garam dan gula akan mendorong air dari sel-sel badan untuk keluar dan menstabilkan keadaan di luar sel.
  • Makanan tinggi garam, tinggi gula dan pedas akan mendorong rasa dahaga yang akan meningkatkan pengambilan air.

Oleh itu, untuk kekal hidrat di bulan puasa, banyakkan minum air kosong pada waktu malam dan sahur disamping tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.

Rujukan:

  1. Buku Panduan Pemakanan Malaysia 2010
  2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325174#:~:text=As%20a%20general%20rule%20of,uses%20water%2C%20can%20affect%20this.
  3. https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/seasons/ramadan.html
  4. http://www.myhealth.gov.my/awas-garam-tersembunyi-dalam-makanan-anda/

Artikel Berkaitan

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here