Jangan Takut Dengan Menopaus & Andropaus! Ianya Adalah Proses Semula Jadi Manusia!

Salah satu proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan dalam fasa kehidupan seseorang manusia adalah proses penuaan yang seiring dengan peningkatan umur. Apabila umur seseorang individu kian meningkat, terdapat perubahan yang akan berlaku dari segi fizikal, mental dan perubahan kitaran badan.

Image Source: istockphoto.com

Contohnya, perubahan dari segi fizikal adalah kemunculan kedutan dan kekenduran pada kulit muka. Antara perubahan kitaran badan adalah seperti Menopaus untuk kaum wanita.

Ramai yang tahu kaum wanita akan mengalami fenomena Menopaus setelah mencapai usia 40-an atau 50-an. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa kaum lelaki juga mempunyai dan mengalami fenomena yang lebih kurang sama setelah meningkat usia. 

Image Source: istockphoto.com

Untuk kaum lelaki, setelah meningkat usia 40-an atau 60-an, mereka akan mengalami fenomena yang dipanggil sebagai Andropaus. Dalam penulisan ini, segala info mengenai Menopause wanita dan Andropaus lelaki akan dibahaskan. 

Ini merupakan info atau ilmu yang penting untuk kita ketahui kerana ia melibatkan proses semula jadi dan perubahan kitaran badan kita. Dengan memahami fenomena semula jadi ini, kita dapat melakukan beberapa perubahan pada gaya hidup, pemakanan dan sebagainya untuk menyesuaikan diri.

Menopaus Wanita

Image Source: istockphoto.com

Fenomena Menopaus ini adalah proses semula jadi untuk kaum wanita dan ianya bukanlah sejenis penyakit. Menopaus bertindak sebagai petanda badan yang menunjukkan bahawa seseorang wanita sudah tidak subur. 

Proses semula jadi ini terjadi apabila seseorang wanita berhenti berovulasi (mengeluarkan telur untuk disenyawakan) kerana penurunan tahap estrogen dan progesteron.

Dalam bahasa mudahnya, Menopaus adalah keadaan dimana seorang wanita sudah putus dan tidak akan datang haid setelah berusia 40-an atau 60-an. Keturunan juga memainkan peranan dalam menentukan umur seseorang wanita mengalami proses Menopaus.

Image Source: istockphoto.com

Kajian yang dibuat oleh Human Reproduction menunjukkan wanita yang datang haid seawal 11 tahun atau lebih muda mempunyai kira-kira 80% risiko untuk mengalami gejala awal Menopaus (pra-menopaus) sebelum berusia 40 tahun. Kajian yang sama menyatakan wanita yang belum pernah hamil mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mengalami pra-menopaus.

Walaubagaimanapun, proses semula jadi ini berlaku secara berperingkat dan kebiasaannya dapat dilihat pada perubahan kitaran haid. Antara perubahan yang ketara adalah darah haid yang banyak atau sangat sedikit. Ada juga individu yang tidak didatangi haid selama berbulan atau datang setiap 2-3 minggu. 

Berapa fasa Menopaus yang akan dialami oleh setiap wanita? Terdapat 3 fasa Menopaus iaitu Pramenopaus, Perimenopaus dan Menopaus. Ketiga-tiga fasa ini mempunyai tanda dan gejala yang berbeza.

Bagaimana hendak kenal pasti tanda-tanda Menopaus?

Tanda & Gejala Setiap Fasa Menopaus

Image Source: istockphoto.com

Gejala Menopaus adalah berbeza untuk setiap wanita, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala dan ada yang mengalami satu atau lebih gejala. 

Fasa Pra Menopaus

Untuk fasa Pramenopaus, kebiasaannya wanita tidak mengalami sebarang tanda atau gejala yang ketara kecuali perubahan hormon yang berlaku secara perlahan.

Fasa Perimenopaus

Antara gejala fasa Perimenopaus yang biasa dialami adalah:

  • Perubahan emosi
  • Masalah tidur
  • Peningkatan berat badan
  • Kulit kering
  • Rambut menipis
  • Kekeringan faraj
  • Haid tak teratur
  • Hangat memerah
  • Mudah berpeluh pada waktu malam
  • Libido berkurang
  • Kerap sakit kepala, pening dan kembung perut

Fasa Menopaus

Tanda-tanda sewaktu fasa Perimenopaus ini akan meningkat seiring dengan usia sehingga memasuki fasa Menopaus iaitu secara puratanya apabila mencecah usia 51 tahun.

Apa yang perlu dilakukan setelah mendapati tanda-tanda tersebut? Disarankan untuk melakukan konsultasi dengan doktor bagi pengesahan dan mendapatkan nasihat. Hal ini kerana, ia memudahkan kaum wanita untuk merancang perubahan gaya hidup dan sebagainya. Bagi menyesuaikan diri dengan fasa baru kehidupan mereka.

Tips Jalani Hidup Dengan Menopaus

Image Source: istockphoto.com
  1. Menangani masalah tidur
  • Mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap malam.
  • Memakai pakaian yang nipis
  • Memastikan keadaan bilik yang selesa dan sejuk
  1. Sejukkan diri
  • Tidak mengamalkan tabiat yang menjadi perangsang kepanasan seperti merokok, kafein dan makanan pedas yang berlebihan.
  • Memakai pakai nipis di siang hari
  • Melakukan aktiviti fizikal atau senaman ringan
  1. Banyak merehatkan mental dan fizikal
  • Menangani stres dengan baik
  • Mencuba hobi baharu (Melukis, menari, menyanyi, etc)
  • Melakukan aktiviti yang digemari
  • Mencuba untuk bermeditasi
  1. Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat
  • Tidak merokok atau berhenti sekiranya merokok
  • Mengamalkan pemakanan harian yang seimbang 
  • Mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara

Andropaus Lelaki

Image Source: istockphoto.com

Bagi kaum lelaki, mereka juga akan mengalami fenomena seperti Menopaus. Ia dipanggil Andropaus. Tiada siapa di dunia yang tidak akan mengalami fasa Menopaus  atau fasa Andropaus ini. 

Ianya sangat normal bagi seseorang individu untuk mengalami proses penuaan seiring dengan peningkatan usianya.

Andropaus bagi kaum lelaki adalah keadaan atau perubahan semulajadi badan dimana hormon testosteron lelaki semakin merosot seiring dengan peningkatan usianya. Testosteron adalah hormon yang memainkan peranan dalam imej maskulin untuk seseorang lelaki seperti pertumbuhan misai dan janggut.

Image Source: istockphoto.com

Ini juga bermaksud kaum lelaki yang kian hampir dengan fasa Andropaus akan hilang minat dengan aktiviti seksual secara perlahan-lahan.

Berbeza dengan fenomena Menopaus kaum wanita, fenomena Andropaus kaum lelaki tidak mempunyai tanda atau gejala yang ketara. Untuk kaum wanita, gejala Menopaus mereka lebih ketara seperti kitaran haid terhenti.

Manakala bagi kaum lelaki, hormon kelelakian iaitu testosteron merosot sedikit demi sedikit setiap tahun. Secara puratanya, hormon testosteron lelaki mula merosot lebih kurang 10% setiap dekad selepas berumur 30 tahun. 

Apa tanda dan gejala yang bakal dialami oleh seseorang individu lelaki dalam fasa Andropaus?

Tanda & Gejala Andropaus

Image Source: istockphoto.com
  • Perut mula membuncit
  • Payudara lelaki atau ‘man boobs’ terbentuk
  • Sukar untuk melakukan aktiviti fizikal atau senaman
  • Sukar mengawal emosi dan cepat marah
  • Kerap rasa lesu
  • Libido berkurang
  • Susah untuk fokus dalam tempoh yang lama
  • Mengalami masalah tidur
  • Tulang menjadi rapuh
  • Kemurungan

Tips Jalani Hidup Dengan Andropaus

Image Source: istockphoto.com

Kemerosotan hormon testosteron lelaki ini tidak dapat dicegah. Walaubagaimanapun, gejala-gejala Andropaus ini boleh ditangani. Antara caranya adalah dengan mengamalkan  gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, melakukan aktiviti fizikal dan mengekalkan berat badan.

Menjaga corak pemakanan yang seimbang juga sangat penting dalam menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan dengan Andropaus. Selain itu, mengambil makanan atau minuman suplemen juga sangat baik untuk meningkatkan libido tetapi perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.

Kesimpulan

Tiada siapa di dunia boleh melambatkan atau mengelak daripada proses penuaan. Hal ini kerana fenomena Menopaus dan Andropaus ini adalah proses badan semulajadi. Tapi kita boleh bersedia atau melakukan beberapa perubahan dari segi pemakanan dan gaya hidup untuk menyesuaikan diri dengan perubahan kitaran badan ini.

Walaubagaimanapun, sangat digalakkan untuk kita berkonsultasi terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum melakukan sebarang perubahan dalam pemakanan dan gaya hidup. Bukan itu sahaja, malah digalakkan untuk kita berbincang dengan pakar perubatan sekiranya mendapati tanda-tanda Menopaus atau Andropaus.

Rujukan

  1. The ‘male menopause’ – NHS
  2. Male menopause: Myth or reality? – Mayo Clinic
  3. Andropause – The Hormone Center
  4. Hormon Lelaki Menurun Tanda Lelaki Bakal Alami Andropaus!
  5. Lelaki juga alami ‘menopaus’, ia dikenali sebagai andropaus | Sinar Harian
  6. Raikan kehadiran fasa menopaus
  7. Apa itu Menopaus? | Femcare
  8. What Is Menopause? | National Institute on Aging
  9. Hilang Minat Melakukan Seks Salah Satu Petanda Menopause, Periksa 4 Tanda Lain!
  10. Menopause – Symptoms and causes – Mayo Clinic.
  11. How Do I Know I’m in Menopause?
  12. Tip Menghadapi Menopaus, Baca Artikel Ini Jika Anda Hampiri Usia Tua
  13. Menopause – Treatment – NHS
  14. The Menopause Years | ACOG 
  15. Introduction to Menopause | Johns Hopkins Medicine

Erdiana
Erdania Putri, co-writer Fitpedia. Graduan Diploma Information Management dari UiTM. Minat dalam bidang penulisan, data, teknologi maklumat dan sistem. Info-info yang ditulis diambil dari sumber-sumber yang dipercayai dan dijamin authoritinya.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here