Maca berasal daripada pokok Peruvian. Ia ditanam di kawasan tengah Peru yang dikenali sebagai Andes atau secara spesifiknya pergunungan Andes – 13000 kaki (4000 meter dari paras laut). Ia adalah sayuran dari kumpulan yang seakan brokoli, kobis dan kale.
Nama saintifik untuk maca ialah Lepidium Meyenii dan ia juga dikenali sebagai Peruvian ginseng.
Tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan dan perubatan di Peru. Ia bagus untuk “body builder”, malah wanita juga sesuai untuk amalkan maca. Ada masalah hormon tak stabil? Sangat sesuai dengan herba ini. Bahagian paling penting adalah akar pokok maca. Ia mempunyai beberapa warna antara putih ke hitam.
Akar pokok maca adalah kering dan biasanya dimakan dalam bentuk serbuk. Ia juga boleh dijumpai dalam bentuk kapsul dan ekstrak dalam bentuk jus atau cecair. Akar daun maca mempunyai rasa seperti tanah dan kekacang. Ia boleh dipelbagaikan menu menjadi smoothie, oat, dan makanan manis.
Nutrisi maca:
Maca mengandungi 91 kalori, 20 gram karbohidrat, 4 gram protein, 1 gram lemak dan 2 gram serat. Ia juga mengandungi zat besi, potassium, vitamin B6 dan manganese.
Khasiat maca:
1. Meningkatkan libido
Kurang keinginan seksual adalah perkara biasa bagi golongan dewasa lelaki dan perempuan. Tetapi ia tidak boleh dipandang enteng.
Maca adalah sejenis tumbuhan yang digunakan secara meluas dalam meningkatkan keinginan seksual. Kajian pada 2010 dalam kalangan 131 peserta menyatakan maca meningkatkan keinginan seksual selepas 6 minggu mengamalkan makanan ini.
2. Meningkatkan kesuburan lelaki
Untuk menjamin kesuburan lelaki, kualiti dan kuantiti sperma sangatlah penting terutamanya kepada mereka yang inginkan cahaya mata. Sperma yang kurang berkualiti akan mengganggu
Kajian telah menyatakan maca meningkatkan kualiti air mani dalam lelaki tidak subur dan sihat.
Kajian lain yang dilakukan keatas lelaki dengan masalah mild asthenozoospermia dan mild oligozoospermia. Setelah mengamalkan ekstrak maca secara konsisten selama 12 minggu, penyelidik mengenalpasti peningkatan kepekatan air mani, tetapi size, bentuk, jumlah, bilangan dan pergerakan sperma tiada perubahan.
3. Mengurangkan simptom menopause
Menopause adalah apabila kitaran haid seorang wanita berhenti sepenuhnya. Pelbagai simptom akan muncul menjelang menopause kerana penurunan hormon estrogen. Antaranya ialah rasa panas, kekeringan faraj, perubahan emosi, dan mudah marah.
Kajian yang dilakukan dalam kalangan perempuan menopause membuktikan maca membantu mengurangkan simptom menopause termasuk rasa panas dan masalah tidur.
Selain itu, risiko wanita menopause untuk mendapat tulang rapuh sangat tinggi. Hal ini kerana penurunan hormon estrogen. Hormon ini diperlukan oleh wanita untuk melindungi tulang apabila menopause. Oleh itu, maca membantu wanita dalam mengatasi masalah menjelang dan selepas menopause.
4. Meningkatkan mood
Masalah anxiety dan depresi (tekanan perasaan) terutamanya dalam kalangan wanita menopause mudah terjadi. Hal ini berlaku kerana perubahan dan pengurangan hormon estrogen dalam badan.
Dengan akar maca, ia telah dikaitkan dengan pengurangan simptom anxiety dan tekanan perasaan. Kandungan flavonoid (antioksidan) yang terdapat dalam maca ini membantu membaiki masalah emosi.
Banyak kajian telah membuktikan ekstrak maca berupaya meningkatkan kesihatan emosi. Malah kajian pada tahun 2015 membuktikan maca berupaya mengurangkan simptom tekanan perasaan dalam kalangan wanita Cina yang menopause. Dengan ini, maca yang diambil secara konsisten boleh mengurangkan masalah berkaitan emosi.
5. Merangsang prestasi sukan dan meningkatkan tenaga
Akar maca sangat popular dalam kalangan bina badan. Ia didapati membantu menambah kekuatan otot, meningkatkan kekuatan, meningkatkan tenaga, dan meningkatkan prestasi senaman.
Kajian juga ada menyatakan akar ini membantu merangsang prestasi ketahanan. Dalam kajian rintis (pilot study) keatas 8 pelumba basikal menunjukan masa untuk mereka menghabiskan kayuhan sejauh 40km bertambah baik selepas 14 hari mengamalkan supplemen maca. Oleh itu, maca terbukti membantu meningkatkan tenaga dan prestasi sukan.
6. Melindungi kerosakan kulit
Sinaran uv daripada matahari akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit terbakar. Kulit yang tak dilindungi lebih mudah untuk rosak.
Terdedah kepada sinaran UV secara berterusan dan jangka panjang akan menyebabkan kulit berkedut, dan meningkatkan risiko barah kulit.
Bukti menyatakan menyapu ekstrak maca yang pekat pada lapisan kulit akan melindungi kulit daripada sinaran UV. Perlindungan ini disebabkan antioksidan polyphenol dan glucosinolates yang terdapat dalam maca.
7. Meningkatkan pembelajaran dan ingatan
Ekstrak maca meningkatkan fungsi otak. Ia telah digunakan oleh orang Peru untuk meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah.
Kajian yang dilakukan keatas tikus makmal membuktikan maca telah meningkatkan pembelajaran dan memori dalam tikus yang mengalami masalah gangguan ingatan. Maca hitam lebih berkesan berbanding jenis lain.
Konklusi:
Akar maca adalah sejenis tumbuhan yang telah digunakan dalam perubatan untuk meningkat tenaga dalaman dan luaran. Malah, ia juga membantu mengatasi masalah berkaitan emosi. Dengan mengamalakan akar maca sama ada dalam bentuk ekstrak, jus teh, serbuk, kapsul atau sapuan dapat membantu melindungi diri daripada risiko penyakit.