Bawang Hitam Bukan Sebarang Hitam.. Khasiatnya Lebih Menakjubkan

Black garlic (bawang hitam) dijumpai kali pertama di Korea. Ia adalah bawang putih mentah yang telah mengalami proses pengawetan. Secara saintifiknya, ia mengalami proses reaksi Maillard dibawah suhu dan kelembapan tinggi yang terkawal selama 40 hari.

Dalam reaksi Maillard, haba akan memberi perubahan kepada asid amino dan gula dalam bawang putih. Reaksi ini akan menyebabkan bawang ini bertukar menjadi hitam dengan rasa pekat, tajam dan manis seperti gula molase. Paling unik, bawang ini tidak memberi rasa seperti bawang putih biasa. Bawang ini boleh bertahan lama untuk tempoh 18 bulan.

Black garlic boleh dipelbagaikan menu makanan seperti dimasukkan di dalam pasta, sup, dan piza. Selain itu, ia juga boleh dijadikan campuran jus dan kopi.

Bawang ini mengandungi manfaat kesihatan yang banyak dan lebih baik daripada bawang putih biasa. Pengambilannya secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Manfaat black garlic

1. Antioksidan

Proses pengawetan memberikan bawang hitam lebih banyak antioksidan berbanding bawang putih biasa. Hal ini kerana kompound allicin yang memberi bawang putih bau menyengat (pungent smell) telah ditukar kepada antioksidan seperti alkaloid dan flavonoid dalam proses mengawet ini.

Antioksidan adalah sejenis kompound yang melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan disebabkan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. 

Kajian pada tahun 2014 menyatakan bawang putih mencapai tahap antioksidan tertinggi pada hari ke 21 selepas diawet. Justeru itu, antioksidan daripada bawang hitam membantu mengurangkan dan mencegah risiko pelbagai penyakit.

2. Mengawal gula dalam darah

Paras gula dalam darah yang tinggi dan tidak terkawal akan meningkatkan risiko komplikasi penyakit termasuklah buah pinggang, jangkitan kuman dan penyakit jantung. 

Pelbagai kajian telah membuktikan keberkesanan bawang hitam dalam mengawal paras gula dalam kalangan pesakit diabetes. Kajian pada tahun 2009 ke atas tikus kajian dengan diabetes pula menunjukkan bawang hitam boleh melindungi badan daripada komplikasi penyakit disebabkan paras gula yang tinggi. 

Menurut kajian yang melibatkan 226 wanita yang berisiko mendapat diabetes, aktiviti antioksidan daripada bawang putih yang diawet menggunakan bakteria Lactobacillus Bulgaricus membantu mengelakkan diabetes ketika mengandung.

Dengan ini, black garlic membantu mengawal paras gula dalam kalangan pesakit diabetes.

3. Mengurangkan risiko sakit jantung

Pengambilan lemak dengan kerap boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan kolesterol pada saluran darah. Keadaan yang tidak dicegah dari awal boleh menyempitkan saluran darah. Ini akan menghalang oksigen untuk disalurkan keseluruh badan dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Kajian menunjukkan bawang hitam berupaya menurunkan tanda-tanda penyakit jantung termasuklah jumlah kolesterol, LDL kolesterol (kolesterol jahat), dan trigliserida. Ia juga meningkatkan HDL kolesterol (kolesterol baik).

Selain itu, kajian pada tahun 2019 juga dilakukan ke atas tikus kajian yang diberi makanan tinggi lemak dan gula. Rawatan dengan ekstrak bawang hitam menunjukkan penambahbaikan pada paras kolesterol, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan selera makan.

Kajian lain mendapati bahawa bawang hitam membantu melancarkan peredaran darah dan melindungi jantung daripada kerosakkan. Dengan ini, bawang hitam membantu mengurangkan risiko penyakit jantung jika diamalkan selalu.

4. Melindungi kesihatan otak

Kesihatan otak amat penting untuk dijaga sehingga akhir hayat. Hal ini kerana ia akan mengawal badan kita untuk berfungsi dengan baik serta bahagian utama yang mengawal ingatan. Kekurangan atau kecederaan seperti keradangan pada sistem otak akan mengganggu kesihatan.

Bawang hitam mengandungi komponen yang membantu mencegah keradangan. Masalah ini boleh mengganggu ingatan dan menurunkan fungsi otak dari semasa ke semasa. 

Kajian membuktikan bawang hitam boleh membantu mengurangkan keradangan otak disebabkan beta amyloid dan meningkatkan ingatan jangka pendek. Oleh itu, bawang hitam sesuai untuk dimakan dan diamalkan selalu untuk melindungi kesihatan otak.

5. Melindungi organ hati

Hati adalah organ yang diibaratkan sangat penting untuk kelangsungan hidup. Ia diperlukan untuk meneutralkan toksik dalam badan, penghasilan darah merah, penyingkiran hormon , bilirubin, dan kolesterol serta menyimpan glukosa.

Organ hati mudah terdedah kepada kerosakan dan kecederaan disebabkan bahan kimia, ubat-ubatan serta alkohol. Kegagalan fungsi hati akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan .

Kajian membuktikan bawang hitam mengandungi kompound yang melindungi hati daripada kecederaan dan risiko komplikasi penyakit yang lebih teruk. Bawang hitam juga terbukti dapat membaiki fungsi hati berkaitan penyakit hati kronik disebabkan alkohol. Oleh itu, mengamalkan bawang hitam secara konsisten dapat menguatkan sistem badan dan mengurangkan risiko kegagalan fungsi hati.

Konklusi:

Bawang hitam bukan sahaja boleh dimasukkan dalam menu makanan. Malah ia juga sesuai untuk dibuat kopi dan jus. Khasiatnya yang pelbagai menjadikannya pilihan terbaik pelbagai peringkat umur.

Rujukan:

  1. 6 Impressive Health Benefits of Black Garlic
  2. Ujian Fungsi Hati
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here