Sakit kepala adalah perkara biasa dan boleh terjadi dalam semua golongan. Ia adalah sakit pada mana-mana bahagian kepala, tetapi faktor, jangka masa, dan kadar kesakitan berbeza mengikut individu.
Sakit kepala boleh dibahagikan kepada episodic atau kronik. Sakit kepala episodic boleh berlaku dengan kerap atau sekali-sekala. Ia boleh berpanjangan dari setengah jam ke beberapa jam.
Manakala, sakit kepala kronik lebih kerap dan konsisten. Ia boleh berlaku hampir setiap hari dalam sebulan dan boleh berlangsung selama beberapa hari dalam satu masa. Sakit ini perlu pengurusan yang baik.
Jenis-jenis sakit kepala:
1. Sakit kepala tension
Sakit kepala jenis ini akan menyebabkan wujud rasa seperti kusam dan sakit di seluruh kepala. Lembut dan sensitif di bahagian leher, dahi, kulit kepala, dan otot bahu juga akan dirasai. Ia biasa terjadi dalam kalangan remaja dan dewasa.
Individu dengan sakit kepala tension lebih mudah terkesan dengan tekanan (stress). Biasanya ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve), acetaminophen dan kafein akan membantu mengurangkan masalah ini.
2. Sakit kepala kluster
Sakit ini digambarkan seperti rasa terbakar dan sakit menindik. Ia adalah sakit kepala paling teruk dan berlaku di kawasan sekeliling mata atau di bahagian belakang kepala.
Apabila sakit menyerang, individu akan mengalami rasa bengkak, mata kemerahan, anak mata mengecil, dan mungkin mengalirkan air mata. Hidung tersumbat dan berair boleh terjadi disebabkan masalah ini.
Sakit kepala jenis kluster akan berlaku secara berturut-turut. Disebabkan itu, ia dipanggil sakit kepala kluster. Rasa sakit boleh berlanjutan dari 15 minit ke 3 jam pada sekali serangan. Kebanyakkan individu boleh mengalami kesakitan hingga 3 ke 4 kali sehari, biasanya pada masa yang sama pada setiap hari. Selepas sekali serangan sakit ini hilang, sakit yang seterusnya boleh menyerang.
Rangkaian sakit kepala kluster boleh terjadi setiap hari selama berbulan-bulan pada satu masa. Sakit kepala jenis ni dikatakan lebih kerap terjadi pada musim bunga dan musim gugur. Malah, ia 3 kali ganda lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki.
Ubat seperti corticosteroids, melatonin, topiramate (Topamax), dan calcium channel blockers boleh membantu mengurangkan sakit kepala jenis ini.
3. Migrain
Sakit kepala migrain adalah denyutan yang kuat dari dalam kepala. Ia boleh berlarutan untuk beberapa hari. Ia akan menyekat pergerakan atau aktiviti harian. Individu akan mengalami rasa berdenyut dan biasanya pada 1 bahagian kepala sahaja. Mereka sensitif kepada cahaya dan bunyi, mudah loya, pening serta muntah.
Sesetengah migrain bermula dengan gangguan visual. 1 daripada 5 individu dengan migrain akan mengalami simptom yang dikenali sebagai aura. Mereka akan melihat:
- lampu berkelip
- lampu berkilauan
- garis zigzag
- bintang
- titik buta
Aura juga boleh merangkumi kesemutan di satu sisi wajah anda atau di satu lengan dan masalah untuk bercakap.
Migrain boleh adalah penyakit keturunan dan berkaitan sistem saraf. Wanita 3 kali ganda berisiko mendapat migrain berbanding lelaki. Individu dengan masalah tekanan selepas mengalami trauma berisiko tinggi untuk mendapat migrain.
Faktor persekitaran tertentu, seperti masalah sukar tidur, dehidrasi, tidak makan pada waktu makan utama, perubahan hormon, dan pendedahan kepada bahan kimia adalah punca terjadinya migrain yang biasa.
4. Allergy atau sinus
Sakit kepala jenis ini akan dialami di kawasan sinus dan bahagian muka. Ia terjadi disebabkan reaksi allergik.
Hampir 90% daripada sakit kepala sinus adalah migrain. Individu dengan reaksi allergi bermusim yang teruk lebih berisiko mendapat sakit kepala jenis ini.
Ia mudah dirawat dengan mengeluarkan lapisan lendir yang berkumpul dan menyebabkan tekanan sinus. Ia juga boleh dirawat dengan ubat seperti antihistamines. Sakit kepala sinus juga boleh disebabkan jangkitan pada kawasan sinus.
5. Sakit kepala hypertension
Tekanan darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada kepala dan menyebabkan sakit kepala. Ia berlaku pada kedua-dua bahagian kepala dan akan bertambah teruk dengan melakukan aktiviti.
Individu akan rasa berdenyut pada bahagian kepala, gangguan penglihatan, kebas-kebas atau semut-semut, hidung berdarah, sakit dada, dan nafas pendek. Ia akan hilang sejurus tekanan darah tinggi kembali ke paras normal.
6. Sakit kepala rebound
Sakit kepala jenis ini disebabkan terlebih pengambilan ubat-ubatan. Rasa seperti sakit kepala disebabkan tension atau lebih menyakitkan daripada migrain.
Sakit kepala jenis ini akan berlaku apabila ubat tahan sakit seperti ibuprofen, aspirin, dan naproxen digunakan lebih daripada 15 hari sebulan. Tambahan pula, ubat dengan kandungan kafein juga berisiko mennyebabkan sakit kepala ini.
Kaedah yang terbaik untuk mencegah dan mengelakkan sakit kepala ini adalah dengan mengurangkan pengambilan ubat tahan sakit.
7. Sakit kepala berkaitan kafein
Kafein tidak terhad kepada kopi. Teh dan coklat juga mengandungi kafein. Pengambilan kafein dengan berlebihan iaitu 400 mg atau 4 cawan kopi sehari boleh menyebabkan sakit kepala.
Individu yang sering mengambil kopi sekurang-kurangnya 200mg sehari selama lebih daripada 2 minggu jika berhenti secara mendadak akan mendapat pelbagai simptom termasuklah sakit kepala, kepenatan, sukar fokus, mudah marah dan loya tekak.
Simptom ini akan hilang selepas sejam pengambilan semula kafein atau dalam tempoh 7 hari selepas berhenti minum kopi. Walaubagaimanapun, kesan kafein ini berbeza ke atas setiap individu. Tetapi mengurangkan pengambilan kafein dapat membantu menurunkan risiko sakit kepala.
Konklusi:
Sakit kepala adalah berbeza ke atas setiap individu. Lain orang akan mengalami kadar kesakitan yang berbeza. Cara mengatasi yang lebih baik adalah dengan mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit sebagai alternatif. Banyakkan bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah pilihan lebih baik untuk mengelakkan dan mengurangkan sakit kepala.