Awas! Steak Anda Dalam Bahaya! Ikuti Langkah Selamat Ini.

Steak biasanya akan dimasak secara medium rare atau medium. Terdapat juga individu gemar akan steak yang dimasak secara rare. Daging rare masih berwarna merah-kemerahan. Ia biasanya dimasak dengan suhu 50 – 55’C untuk tempoh 1 ½ minit setiap sisi.

Pernahkah terfikir, anda akan mendapat keracunan makanan selepas makan steak dimasak secara rare atau medium rare?

Makanan yang tidak atau kurang masak berisiko dengan jangkitan bakteria seperti Salmonella dan E. Coli.

Bagaimana pencemaran makanan terjadi?:

1. Makanan dan peralatan tidak dibersihkan sebelum memasak dan makan

Peralatan dan bahan memasak perlu dibersihkan dengan betul. Hal ini kerana peralatan ini berisiko mempunyai bakteria-bakteria jahat yang menyebabkan pencemaran dan keracunan. Contohnya bakteria E.Coli dan Salmonella.

Kajian daripada University of Nottingham membuktikan bakteria boleh hidup dalam daging yang dimasak secara rare kerana peralatan yang digunakan tidak bersih. Oleh itu, pastikan peralatan memasak sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Peralatan penyediaan makanan tidak bersih

Walaupun makanan sudah siap dimasak, tetapi ia masih berisiko akan pencemaran jika tempat dan peralatan penyediaan tidak bersih. Peralatan yang digunakan tidak boleh bercampur diantara makanan mentah dan sudah dimasak. Kawasan penyediaan yang bersih boleh mengelakkan pencemaran silang.

3. Pastikan suhu dalam daging optimum

Daging yang dimasak sehingga suhu dalaman 62’C atau 145’F (medium) sudah cukup untuk membunuh bakteria dan selamat dimakan. Suhu ini boleh di ukur menggunakan termometer makanan yang dicucuk pada bahagian tengah daging.

Walaubagaimanapun, daging yang dimasak pada tahap rare masih selamat jika permukaan dimasak dengan betul. Daging mentah biasanya mempunyai patogen pada permukaannya, tetapi ia tidak memasuki bahagian dalam daging tersebut. Oleh itu, apabila permukaanya sudah masak, daging rare selamat dimakan.

Kaedah memasak steak terbaik :

1. Pilih potongan yang berkualiti

Daging yang terbaik untuk dijadikan steak adalah daging tanpa tulang dengan ketebalan 1 inci hingga 1 ½ inci. Ribeye dan striploin antara bahagian yang menjadi pilihan para penggemar steak disebabkan “marbling“nya yang lebih banyak dan bagus.

Untuk menghasilkan daging steak yang enak dan sedap, bahagian daging yang mempunyai jalinan lemak atau dipanggil marbling sangat sesuai. Ini disebabkan bahagian ini akan menghasilkan steak yang lebih juicy, tekstur daging yang lembut apabila dikunyah dan rasa daging yang betul-betul naik dalam setiap kunyahan.

Bahagian daging ribeye dan striploin sesuai untuk dipanggang di atas dapur. Biasanya daging premium wagyu akan dipotong nipis-nipis kerana mempunyai lemak marbling yang tinggi. Lagi nipis daging, lagi singkat masa memasak diperlukan.

2. Perasakan dengan baik

Daging steak tidak perlu diperap dengan bahan yang banyak, cukup sekadar perasa seperti garam, lada hitam dan mentega. Garam yang lebih premium dan berkualiti  seperti garam laut digunakan untuk memberi rasa yang lebih sedap. 

Garam diperlukan sebagai bahan perapan kerana ia akan menyerap keluar kelembapan daripada permukaan daging. Daging akan mengering semasa memanggang dan menghasilkan steak yang rangup di luar tetapi juicy dan lembut di dalam. 

Daging ini boleh diperap selama 30 minit atau 18-24 jam sebelum memasak.

3. Masak dengan pantas di kuali yang betul-betul panas

Daging steak tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Suhu kuali haruslah betul-betul panas untuk memastikan daging tersebut tidak liat dan keras. Haba panas dari kuali ini akan menghasilkan permukaan steak yang perang, cantik dan rangup.

Steak perlu diterbalikkan beberapa kali supaya ia masak dengan sekata. Minyak tidak diperlukan pada awal proses memasak kerana akan melambatkan proses “browning” dan kerangupan steak.

Mentega, lada hitam, rosemary dan thyme boleh ditambah apabila daging hampir masak untuk mengelakkan ia hangus.

Cadangan masa memasak untuk 1 inci daging:

  1. Untuk tahap rare, suhu daging ialah 50-55°C dan waktu memasak biasanya 1 ½ minit setiap sisi.
  2. Untuk tahap medium rare, suhu daging 55-57°C dan waktu memasak sekitar 2 minit setiap sisi.
  3. Untuk tahap medium, suhu daging 60-65°C dan waktu memasak sekitar 2 ½ minit setiap sisi.
  4. Untuk tahap medium well, suhu daging 68-74°C dan waktu memasak sekitar 3 minit setiap sisi.
  5. Untuk well done, suhu daging 77°C dan waktu memasak sekitar 4-5 minit setiap sisi.

4. Jangan masak terus daging sejuk beku

Daging yang dikeluarkan daripada peti sejuk perlu direhat pada suhu bilik untuk sementara waktu. Hal ini untuk memastikan ia dimasak dengan sekata pada setiap bahagian. 

Konklusi:

Steak adalah makanan yang enak dan sedap dimakan. Kaedah memasak yang betul menjamin rasa dan kualitinya disamping pemilihan daging yang betul. Penjagaan kebersihan penting untuk mengelakkan pencemaran makanan. Oleh itu, masak steak dengan kaedah yang betul dan di tempat yang bersih.

Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here