8 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Mendapat Anak

Masalah jaundice atau demam kuning sering dialami oleh bayi berusia 2 – 3 hari. Ia boleh berlarutan untuk beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas dilahirkan. 

Keadaan ini akan menyebabkan kulit dan mata bayi menjadi kekuningan. Hal ini disebabkan bacaan bilirubin tinggi daripada paras normal. Masalah ini mudah dikenalpasti dalam bayi berkulit putih berbanding bayi berkulit gelap. Ia juga boleh dikesan dalam cahaya semulajadi.

1. Susu ibu penyebab demam kuning

Terdapat pelbagai mitos dan andaian mengenai susu ibu yang menyebabkan demam kuning. Susu ibu sebenarnya tidak menyebabkan demam kuning. Demam kuning dalam kalangan bayi adalah disebabkan peningkatan paras bilirubin dalam badan. Walaubagaimanapun, susu ibu boleh meningkatkan risiko demam kuning bayi menjadi lebih teruk atau berpanjangan. Oleh itu, bayi perlu sentiasa dipantau tahap kesihatannya.

2. Jenis-jenis demam kuning:

Demam kuning susu ibu (breastmilk jaundice)

Demam kuning boleh berlarutan dari beberapa minggu sehingga lebih sebulan. Ia berlaku dalam bayi yang sihat dan lahir cukup bulan.

Faktor demam kuning susu ibu tidak diketahui secara spesifik. Tetapi pakar perubatan mengatakan ia terjadi disebabkan komponen yang terdapat dalam susu ibu boleh menghalang organ hati untuk mengurai dan memproses bilirubin. Oleh yang demikian, bilirubin akan kekal di dalam badan dan menyebabkan bayi menunjukkan tanda-tanda warna kuning pada kulit dan matanya.

Komplikasi disebabkan demam kuning ini jarang berlaku selagi bayi mendapat bekalan susu dengan cukup dan paras bilirubin terkawal. Susu ibu terbukti mempunyai komponen yang akan menurunkan paras bilirubin dalam badan bayi. 

Demam kuning penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).

Breastfeeding jaundice adalah apabila bayi tidak mendapat susu dengan cukup. Keadaan ini akan menyebabkan bilirubin diserap semula ke dalam usus dan menyebabkan paras bilirubin tinggi dan terjadinya demam kuning. 

Demam kuning jenis ini sering terjadi dalam minggu pertama kelahiran bayi apabila ibu dan anak masih menyesuaikan diri untuk proses penyusuan. Susu ibu yang cukup akan meningkatkan pergerakan usus bayi. Ini akan membantu menyingkirkan bilirubin dengan lancar.

3. Teruskan susu ibu jika demam kuning

Ibu boleh meneruskan penyusuan bayi dengan susu ibu walaupun bayi mendapat demam kuning. Kekerapan menyusu akan meningkatkan penghasilan susu ibu. Malah, ia akan membantu memberi bayi tenaga dan air yang mencukupi seperti yang bayi perlukan. Dengan ini, bilirubin dapat disingkirkan dengan mudah dan demam kuning dapat berkurang dengan cepat.

4. Bayi perlu susu tambahan

Susu tambahan untuk bayi dengan demam kuning diperlukan biasanya jika susu ibu tidak mencukupi atau ibu tidak dapat memberi susu badan. Menambah susu ibu dengan susu formula dapat membantu menurunkan paras bilirubin dengan cepat dan mengurangkan penggunaan fototerapi untuk bayi. Hal ini kerana bayi dengan susu formula akan mendapat tenaga lebih banyak dan cepat berbanding susu ibu.

5. Susu formula lagi baik untuk demam kuning

Susu ibu adalah yang paling baik dan sihat untuk bayi. Tetapi tidak bagi bayi dengan demam kuning. Ini kerana masalah ini lebih banyak berlaku dalam bayi dengan penyusuan susu ibu disebabkan metabolisma badan mereka mengambil masa untuk berfungsi dengan baik.

Jika dibandingkan dengan bayi yang mengambil susu formula, mereka kurang berisiko mendapat demam kuning. Jika ada, masalah ini akan berlalu dengan cepat. Hal ini kerana susu formula mengandungi tenaga dan nutrien yang cukup seperti diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat. Tambahan pula, susu ibu memerlukan masa untuk dihasilkan terutamanya di awal kelahiran.

6. Tempoh demam kuning

Demam kuning untuk bayi menyusu dengan susu ibu sepenuhnya boleh berlarutan sehingga 1 bulan atau lebih. Manakala untuk bayi menyusu dengan susu formula, biasanya demam kuning ini akan mengambil tempoh 2 minggu. Jika ia lebih daripada 3 minggu, ia memerlukan rawatan dan pengawasan doktor. 

Bayi dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya mengambil masa untuk sembuh kerana mereka biasanya tidak mendapat susu yang mencukupi diawal kelahiran. Selain itu, enzim dan protein dalam susu ibu menghalang hati dari menguraikan bilirubin dalam sistem badan.

7. Kesan demam kuning

Demam kuning dalam bayi baru lahir jika tidak dikesan dan dirawat akan menyebabkan kerosakan otak bayi yang dikenali sebagai kernicterus. Jika keadaan ni berlaku, ia adalah masalah yang serius kerana akan menyebabkan kerosakkan yang kekal kepada bayi.

8. Diet ibu memberi kesan kepada demam kuning bayi

Makanan ibu sebenarnya tidak memberi kesan kepada bayi untuk mendapat demam kuning. Keadaan ini terjadi disebabkan darah bayi mengandungi lebihan bilirubin. Ia adalah komponen yang dihasilkan ketika penguraian sel darah merah yang lama.

Sel darah merah bayi dihasilkan dengan banyak ketika dalam kandungan untuk membantu bayi menyerap oksigen dengan efektif daripada ibu. Hal ini kerana bayi tidak boleh bernafas ketika dalam kandungan. Oleh itu, bayi akan mendapat bekalan oksigen daripada uri. Malah, bahan kumuh bilirubin juga disingkirkan daripada uri ke ibu.

Konklusi:

Makanan ibu tidak memberi kesan kepada terjadinya demam kuning pada bayi. Penyusuan susu ibu lebih digalakkan tetapi penambahan atau penggantian susu ibu dengan susu formula juga disarankan jika bayi tidak mendapat tenaga yang mencukupi daripada susu ibu. Pemberian tenaga (kalori) yang cukup kepada bayi penting untuk membantu tumbesaran.

Rujukan:

  1. Jaundice
  2. Jaundice in Newborns: Parent FAQs
  3. Breast Feeding and Jaundice
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi
Atikah Suhaimi, penulis Fitpedia. Merupakan graduan Dietetik dari UIAM. Minat dalam bidang nutrisi dan kesihatan dan suka berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi kepada masyarakat supaya masyarakat mendapat ilmu yang betul.Di Fitpedia, kita menyediakan info-info berkaitan kesihatan, nutrisi dan tips berkaitan pemakanan.

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here