Gout bukan penyakit asing dalam kalangan rakyat malaysia malahan masyarakat dunia. Menurut statistik, kaum lelaki berumur dalam lingkungan umur 30 tahun keatas lebih berisiko mendapat penyakit gout. Manakala kaum perempuan juga berisiko mendapat penyakit ini apabila sudah menopause atau putus haid.
Gout adalah sejenis penyakit sendi yg juga dikenali sebagai artritis. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki. Gout menyebabkan keradangan, kebengkakkan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi terutamanya sendi besar.
Faktor terjadi gout:
Penyakit gout terjadi kerana lebihan asid urik dalam darah (hyperuricemia) atau asid urik tidak dapat dikeluarkan daripada badan. Keadaan ini disebabkan pengambilan makanan tinggi purin. Maka, asid urik yg diproses daripada makanan menjadi berlebihan.
Hyperuricemia adalah terlalu banyak asid urik dalam darah sehingga boleh berkumpul pada sendi dan menjadi kristal. Ia juga boleh menjadi batu karang dalam buah pinggang. Pengumpulan asid ini boleh menyebabkan benjolan kecil pada kulit, dikenali sebagai tophi (to-fai). Pada keadaan yang lebih serius, tophi menjadi terlalu besar dan berisiko pecah, serta mengeluarkan bahan seperti kapur.
Gout sering terjadi pada bahagian:
- ibu jari kaki,
- belakang kaki,
- buku lali,
- lutut,
- pergelangan tangan,
- siku,
- jejari tangan.
Punca asid urik berlebihan:
- Faktor keturunan
- Pengambilan makanan tinggi protein dan purin dengan lebih
- Obesiti
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Kerosakan buah pinggang
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.
- Kekurangan air di dalam tubuh yang serius
Risiko mendapat gout:
- Lelaki
- Berlebihan berat badan
- Mempunyai masalah kesihatan seperti hyperlipidemia, hypertension
- Penggunaan alkohol
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti diuretics
Tahap gout
1. Asimptomatik
Tiada sebarang gejala atau simptom berlebihan asid urik yang ditunjukkan oleh badan.
2. Akut
Gejala muncul secara tiba-tiba dan cepat. Biasanya terjadi pada tisu lembut beberapa sendi, dan sakit akan hilang dengan kadar yang cepat.
3. Interkritikal
Pada tahap ini, tiada sebarang serangan gout untuk tempoh beberapa bulan dan boleh berlangsung sehingga bertahun lamanya.
4. Kronik
Tahap ini dikenali sebagai ‘Polyarticular Gout’. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang serta kaki mungkin berubah bentuk menjadi bengkak, merah, dan panas, dan juga demam. Dalam kategori kronik yang sudah teruk, boleh berlaku kerosakan ginjal, darah tinggi, dan batu karang jika tidak dirawat daripada awal.
GOUT DALAM KALANGAN ORANG TUA
- Berumur 65 tahun ke atas
- Kesakitan melibatkan 5 atau lebih sendi secara serentak
- Perempuan lebih berisiko mendapat gout apabila berusia
- Melibatkan sendi kecil pada jari tangan dan sendi bahagian atas
- Tophi (benjolan kecil) lebih kerap menjangkiti
- Terjadi disebabkan masalah buah pinggang
- Penggunaan diuretik terutama dalam kalangan wanita
Tanda-tanda gout:
- Sakit
- Bengkak
- Kemerahan
- Rasa panas
Kaedah mencegah gout:
Penjagaan pemakanan sahaja tidak mampu membantu pesakit gout tetapi ia perlu diambil bersama ubat-ubatan untuk mengurangkan paras asid urik.
1. Pengambilan ubat mengurangkan asid urik
Beberapa jenis ubat diberikan sebagai penahan sakit akibat gout. ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine( kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’ akan diberikan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Contoh NSAIDs ialah ibuprofen, aspirin, neproxen dan indometachin.
Glucocorticoids biasa diberikan kepada warga tua dengan masalah buah pinggang, kerosakan hati, kegagalan jantung, ulser perut, dan sensitif terhadap ubat NSAIDs.
Terdapat juga rawatan jangka panjang untuk pesakit gout iaitu terapi ‘anti-hyperuricemik’ seperti probenecid and allopurinol. Ia akan mengurangkan paras asid urik dalam darah tetapi kesannya mengambil masa yang agak lama. Ubat-ubatan ini perlu mendapat saranan doktor yang bertauliah.
2. Kekalkan badan sihat
Obesiti meningkatkan risiko gout terutamanya golongan muda. Berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi-sendi terutamanya ketika berdiri. Lagi tinggi berat, lagi tidak efektif fungsi buah pinggang. Ini akan memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk memproses dan menapis asid urik dalam darah.
Menurunkan berat badan dapat mengurangkan tekanan pada sendi terutamanya pada bahagian pinggul dan lutut. Kekalkan berat badan sihat dapat menghilangkan kesakitan, meningkatkan fungsi dan melambatkan perkembangan sakit gout.
Individu yang mempunyai lemak viseral (masalah buncit) iaitu lemak yang meliputi organ-organ akan menghasilkan bahan kimia merangsang gout. Oleh itu, walaupun tidak mempunyai berat badan berlebihan, individu yang mempunyai lebihan lemak ini juga berisiko mendapat gout.
Kajian mendapati individu yang berjaya menurunkan berat badan kurang berisiko mendapat gout.
3. Hadkan makanan tinggi purin
Contoh makanan tinggi purin adalah daging merah, organ dalaman, makanan laut, dan produk tenusu. Makanan berproses, karbohidrat halus dan minuman beralkohol tidak digalakkan untuk pesakit gout. Makanan-makanan ini mengandungi purin yang akan dicerna dan diproses oleh badan menjadi asid urik.
Minuman beralkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah sebanyak 6.5% berbanding minuman tidak beralkohol sebanyak 4.4%. Lebihan pengambilan makanan tinggi purin boleh menyebabkan terbentuknya kristal pada sendi. Ini akan mendorong rasa sakit pada bahagian tersebut dan menyukarkan pergerakkan.
Makanan dan minuman manis dengan kandungan fruktosa yang tinggi tidak meningkatkan paras asid urik. Tetapi ia akan merangsang kesakitan pada pesakit gout. Maka, makanan dan minuman yang mengandungi fruktosa serta tinggi purin harus dikurangkan atau dielakkan untuk mencegah penyakit gout.
4. Pilih produk tenusu rendah lemak
Kajian mendapati produk tenusu rendah lemak boleh menurunkan paras asid urik dalam darah dan mengurangkan serangan gout. Protein daripada produk tenusu mendorong perkumuhan asid urik dalam air kencing.
Produk tenusu penuh lemak seperti ais krim dan susu tidak digalakkan untuk pesakit gout. Sebaliknya, pesakit haruslah memilih produk yang mengandungi lemak yang rendah.
5. Makan sayur-sayuran tinggi purin dengan sederhana
DASH diet disarankan oleh pakar pemakanan. Ianya adalah pemakanan yang melibatkan lebih pengambilan sayur, buah, bijirin penuh serta minyak sihat seperti minyak zaitun dan menghadkan pengambilan daging merah, gula dan makanan berproses.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dengan kandungan purin yang tinggi. Kajian mendapati makanan daripada sumber haiwan lebih berisiko mendapat gout berbanding makanan daripada sumber tumbuhan seperti sayur-sayuran. Sayur-sayuran tidak akan meningkatkan paras asid urik walaupun mengandungi purin yang tinggi.
6. Minum air secukupnya
Air yang mencukupi penting untuk badan menyingkirkan asid urik dengan efektif. Oleh itu, asid ini tidak akan berkumpul dan menjadi kristal yang menyakitkan pada sendi. Kesakitan dapat dikurangkan.
7. Melakukan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat mengurangkan kesakitan gout, meningkatkan fungsi, mood dan kualiti hidup. Terdapat aktiviti fizikal yang sesuai dengan masalah sendi iaitu aktiviti dengan tekanan yang rendah. Ia dapat mengurangkan tekanan pada badan seterusnya mengurangkan risiko kecederaan.
Pakar menyarankan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu dengan kadar yang sederhana untuk mengurangkan masalah gout. Antara aktiviti berkadar sederhana atau rendah yang disarankan ialah berjalan, berenang dan berbasikal. Aktiviti ini dapat menghilangkan kesakitan serta meningkatkan mood dan keupayaan untuk bergerak.
Kajian ke atas 228 individu lelaki yang melakukan larian sejauh 8km sehari mempunyai 50% kurang risiko mendapat gout. Ini disebabkan pengawalan berat badan. Di samping itu, aktiviti fizikal dapat mengelakkan daripada penyakit kronik seperti strok, jantung dan kencing manis.
Konklusi:
Gout yang tidak dirawat berisiko mendapat kencing manis, strok, penyakit jantung, dan darah tinggi. Gout bukan sahaja penyakit pada kaki malah boleh mengganggu fungsi jantung kerana lebihan asid urik dalam darah boleh merebak ke organ tersebut.
Konklusinya, pemakanan yang seimbang dan ubat-ubatan daripada doktor bertauliah akan mengurangkan masalah gout.